Benarkah Pahala Dan Dosa Diberatkan Dalam Bulan Bulan Haram



SOALAN:
Benarkah jika seseorang buat amal soleh dalam bulan haram pahalanya lebih besar berbanding bulan-bulan lain dan bagaimana pula dengan maksiat? Mohon pencerahan.

JAWAPAN:
Secara umumnya Allah SWT mempunyai dua sifat perbuatan yang utama iaitu menciptakan dan setelah itu Dia melakukan pemilihan. Ini jelas dilihat berdasarkan firman Allah SWT:

وَرَبُّكَ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَيَخْتَارُ
“Dan Tuhan kamu Dia menciptakan apa sahaja yang Dia kehendaki dan Dia melakukan pemilihan (yang terbaik dari kalangan makhluk-Nya).” [Surah Al-Qasas (68)]

Justeru, berdasarkan ayat di atas ini, kita jelas bahawa seluruh makhluk diciptakan oleh Allah SWT, namun kedudukan dan kemuliaan makhluk sesama mereka adalah tidak sama antara satu sama lain disebabkan pilihan yang dilakukan oleh Allah SWT. Sebagai contoh, Allah SWT menciptakan masa dan dalam masa yang sama Allah memilih masa-masa tertentu yang lebih baik serta mempunyai kebaikan yang banyak di dalamnya. Antaranya adalah firman Allah SWT:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ
“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah sebanyak dua belas bulan, seperti yang ditetapkan pada hari Dia menciptakan langit-langit dan juga bumi. Antaranya adalah empat bulan haram. Yang demikian itu adalah agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi diri kamu di dalam bulan-bulan tersebut (bulan haram).” [Surah Al-Taubah (36)]

Bulan-bulan haram yang empat tersebut adalah bulan Muharram, Rejab, Zulqa’dah dan Zulhijjah. Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الزَّمَانَ قَدِ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا، أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثٌ مُتَوَالِيَاتٌ، ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ
“Sesungguhnya masa itu beredar seperti keadaan asalnya pada hari Allah menciptakan langit-langit dan juga bumi. Setahun itu ada dua belas bulan, dan ada empat bulan-bulan haram. Tiga yang berturut-turut, iaitu Zulka’dah, Zulhijjah, dan Muharram, serta bulan Rejab Mudhar yang berada di antara Jumada (al-Akhir) dan juga Sya’ban.” [Riwayat Al-Bukhari (184)]

Bulan-bulan haram membawa maksud dua iaitu pertama, bulan-bulan yang diharamkan untuk berperang di dalamnya. Kedua, bulan haram membawa maksud bulan yang sangat dihormati lagi dimuliakan.

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, kami nyatakan bahawa setiap yang mempunyai kemuliaan dan kelebihan di sisi Allah SWT sudah tentu menatijahkan ganjaran dan hukuman yang berbeza berkaitannya. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu solat di dalam Masjid Al-Nabawi maka ganjaran pahalanya lebih besar berbanding solat di masjid-masjid selainnya kecuali Masjid al-Haram. Ini seperti yang disebutkan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

صَلاَةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلاَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ
“Solat di dalam masjid aku ini (Masjid Al-Nabawi) adalah lebih afdhal sebanyak seribu kali ganda solat di dalam masjid selainnya, melainkan Masjid al-Haram.” [Riwayat Muslim (1395)]

Manakala berkenaan isu adakah dosa-dosa di dalam bulan-bulan haram itu lebih berat berbanding selainnya, maka ini adalah pendapat Imam Ibn Katsir dalam tafsiran beliau ke atas ayat ke- 36 dari surah Al-Taubah tersebut. Beliau berkata:

كَمَا نَهَى تَعَالَى عَنِ الظُّلْمِ فِي الْأَشْهُرِ الْحُرُمِ، وَإِنْ كَانَ فِي جَمِيعِ السَّنَةِ مَنْهِيًّا عَنْهُ، إِلَّا أَنَّهُ فِي الْأَشْهُرِ الْحُرُمِ آكَدُ
“Sebagaimana Allah SWT melarang perbuatan zalim (maksiat) di dalam bulan-bulan haram. Sekalipun ia dilarang sepanjang tahun cumanya ia lebih berat apabila dilakukan di dalam bulan-bulan haram.” [Rujuk: Tafsir Al-Quran Al-‘Azhim, Ibn Katsir (1/545)]

Begitu jugalah keadaannya dengan ganjaran pahala bagi amalan soleh yang dilakukan di dalam bulan-bulan haram ini adalah lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain. Bahkan Imam Ibn Rajab al-Hanbali menukilkan pendapat Ibn Abbas R.A yang menyebut:

اختص الله أربعة أشهر جعلهن حرما وعظم حرماتهن وجعل الذنب فيهن أعظم وجعل العمل الصالح والأجر أعظم
“Allah SWT telah mengkhususkan empat bulan dan menjadikan mereka sebagai bulan-bulan haram dan membesarkan kehormatan mereka. Dia juga menjadikan dosa-dosa padanya itu lebih berat serta menjadikan amalan soleh dan ganjaran pahala (di dalamnya) juga lebih besar (berbanding bulan-bulan lain).” [Rujuk: Latha’if al-Ma’arif, Ibn Rajab Al-Hanbali (Hlm. 115)]

Penutup

Sebagai kesimpulan kami menyatakan bahawa yang lebih tepat adalah pendapat yang menyebutkan bahawa ganjaran pahala serta dosa maksiat yang dilakukan di dalam bulan-bulan haram adalah lebih berat dan besar berbanding bulan-bulan yang lain. Ini bukanlah bermaksud dosa-dosa atau pahala tersebut digandakan seperti yang difahami sebahagian orang, bahkan ia merujuk kepada perkataan أعظم iaitu lebih berat. Wallahua’lam.

Justeru, marilah kita bersama mempertingkatkan amalan soleh selama keberadaan kita di dalam bulan-bulan haram serta meninggalkan maksiat di dalamnya. Mudah-mudahan ia menjadi asbab istiqamahnya kita dalam taqwa kepada Allah SWT dalam bulan-bulan yang lain.

Akhir kalam kami berdoa kepada Allah SWT agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/benarkah-pahala-dan-dosa-diberatkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru Nikah 4 Bulan Isteri Tersayang Pergi Secara Tiba2 Bersama Zuriat Pertama

Baru Nikah 4 Bulan Isteri Tersayang Pergi Secara Tiba2 Bersama Zuriat Pertama

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 467 hits
Siapa yang tidak gembira apabila disatukan dengan kekasih hati dalam ikatan yang sah sebagai suami isteri Pastinya kebahagian yang diharapkan adalah sehingga ke akhir hayat Namun pertemuan dan perpisahan adalah ketentuan daripada Allah S W ...
Kerajaan Baru Sasar 1 Bulan Selesai Isu Minyak Sawit Dengan India

Kerajaan Baru Sasar 1 Bulan Selesai Isu Minyak Sawit Dengan India

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 276 hits
KUALA LUMPUR Malaysia menyasarkan untuk menyelesaikan isu minyak sawit dengan India dalam masa sebulan kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang baru Mohd Khairuddin Aman Razali Katanya beliau mahu menghantar sepasukan delegasi ...
Jom Iftar Chatz Brasserie Istimewa Bulan Ramadan Di Parkroyal Kuala Lumpur

Jom Iftar Chatz Brasserie Istimewa Bulan Ramadan Di Parkroyal Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 465 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Laporan pekembangan virus Covid 19 di negara kita semakin meningkat dari hari ke hari jadi kita kena lebih berhati hati dan juga selalu beringat Wa...
Dampak Virus Corona Bandara Ahmad Yani Merugi Rp 207 M Dalam 3 Bulan

Dampak Virus Corona Bandara Ahmad Yani Merugi Rp 207 M Dalam 3 Bulan

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 177 hits
Selama Januari Maret 2019 kemarin ada 541 000 penumpang Maka periode yang sama pada 2020 jumlahnya anjlok jadi 449 000 penumpang Turunnya jumlah penumpang pesawat secara otomatis juga akan berdampak pada target tahunan
Bulan Sudah Jatuh Ke Riba Kalau Umno Tak Berubah Apa Lagi Nak Dikato

Bulan Sudah Jatuh Ke Riba Kalau Umno Tak Berubah Apa Lagi Nak Dikato

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 290 hits
SETAHUN 10 bulan tidak ada kuasa UMNO pasti sudah merasai pahit getirnya Dihina macam macam disepak terajang sana sini seakan jasa UMNO dan Barisan selama lebih 60 tahun tidak dikenang Kalau UMNO tidak mahu berubah setelah bulan jatuh ke ri...
Iuran Batal Naik Kelebihan Bayar Bpjs Dikembalikan Di Bulan Berikutnya

Iuran Batal Naik Kelebihan Bayar Bpjs Dikembalikan Di Bulan Berikutnya

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 174 hits
Mahkamah Agung telah membatalkan kenaikan iuran BPJS Kesehatan Pembatalan kenaikan itu karena MA mengabulkan sebagian judicial review atas Perpres Nomor 75 Tahun 2019 tentang Jaminan Kesehatan yang diajukan Komunitas Pasien Cuci Darah Denga...
Bermain Fotografi Hikarimoji Di Bulan Syawal

Bermain Fotografi Hikarimoji Di Bulan Syawal

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 181 hits
Teknik fotografi Hikarimoji di bulan syawal ini bersama anak anak semasa bermain bunga api Teknik ini manipulasi penggunaan cahaya dengan shutter speed yang paling rendah dan aperture yang tinggi Bergantung pada anda berapa lama nak benarka...
Hidangan Al Quran Di Tv Alhijrah Sepanjang Bulan Mac

Hidangan Al Quran Di Tv Alhijrah Sepanjang Bulan Mac

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 310 hits
TV AlHijrah menyasarkan tahun 2020 sebagai tahun yang akan membawa lebih kejayaan buat stesen ini TV AlHijrah berazam untuk memberikan sepenuh penumpuan kepada penerbitan dan penyiaran rancangan rancangan yang berunsurkan islamik serta pene...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya