Benarkah Facebook Mendengar Perbualan Pengguna Dan Menukarnya Kepada Iklan



Pernah tak, bila anda ada perbualan dengan seorang rakan tentang sesuatu, contohnya Pizza, tak lama selepas itu bila anda buka Facebook, keluar iklan berkaitan Pizza.
Khabar angin tentang Facebook mendengar perbualan penggunanya bukan benda baru. Ia bukan sahaja tidak benar, malah sebenarnya Facebook tidak perlu merekod setiap perbualan untuk mengeluarkan iklan bersasar.
Pertama sekali, mari kita huraikan dahulu kenapa ia tidak berasas. Teorinya begini: Facebook boleh merekod dan menganalisa setiap apa yang diperkatakan oleh penggunanya, iaitu anda, kita, kucing, makcik rumah sebelah, pokok, Tupperware, dan sebagainya lagi. Huh.
Jika Facebook mendengar dan merakam setiap perbualan anda, katakanlah hanya 12 jam sahaja dalam sehari, dengan pilihan kualiti audio paling rendah iaitu 32kbps, maka ia perlu menghantar data rakaman suara kembali ke pelayan sebanyak 169MB setiap hari.
Ini agak tidak masuk akal, ditambah lagi dengan kebanyakan pengguna di Malaysia menggunakan plan prabayar yang mempunyai kuota data kecil. Rakaman seperti ini akan dapat menghabiskan data sebanyak 5GB sebulan – tidak termasuk dengan aktiviti sampingan anda seperti menonton video di YouTube, Netflix, dan sebagainya.
Tidak lupa juga, 32kbps adalah rakaman berkualiti super-rendah. Jika Facebook hendak mendapatkan rakaman yang lebih baik bagi analisa mesinnya, mereka memerlukan audio dengan kualiti 128kbps. Rakaman untuk 12 jam dari kualiti ini pula akan menggunakan sebanyak 675MB data anda, dan lebih kurang 20GB sebulan.
Sekiranya ini berlaku, mustahillah anda tidak akan perasan. 20GB tu! Jangan kata pakar sekuriti internet, orang biasa pun akan dapat mengesan perbuatan seperti ini kerana ‘beratnya’ data yang dihantar keluar.
Oleh itu, munasabah atau tidak teori ini?
Ya, jawapannya tidak.
Jadi, bagaimana caranya Facebook mendapatkan data hiper-khusus penggunanya sehingga keluar pula iklan hiper-khusus?
Facebook tidak perlu buat semua perkara yang sangat tidak praktikal seperti itu (mendengar rakaman perbualan). Ini adalah kerana Facebook sudah mempunyai data-data anda, lebih dari mencukupi untuk membuat penalaan identiti unik.
Baru-baru ini, Facebook ada melepaskan satu ciri yang amat penting untuk disemak iaitu Off-Facebook Activity. Anda boleh lihat segala data yang telah dikutip oleh Facebook pada pautan ini: Off-Facebook Activity
Anda juga boleh lihat ia melalui aplikasi Facebook. Pergi ke Settings – skrol ke bawah hingga ke bahagian Your Facebook Information – Off-Facebook Activity.

Apa sebenarnya yang boleh kita rumuskan melalui bahagian ini?
Pernah tak anda menonton filem bertajuk ‘The Truman Show‘, di mana watak bernama Truman Burbank (Jim Carrey) hidup dalam satu dunia palsu ciptaan rancangan realiti TV. Seluruh hidupnya menjadi bahan rakaman, dari hal umum hinggalah yang melibatkan hal peribadi.
Begitulah jua perumpamaan apa yang telah dibuat oleh Facebook ini. Melalui ‘Off-Facebook Activity’, iaitu data setiap aktiviti anda yang telah dijejaki oleh Facebook dengan pelbagai kaedah, ia menunjukkan bahawa Facebook, dan aplikasi lain yang berada di bawah seliaannya iaitu Instagram, Messenger, WhatsApp – tidak memerlukan mikrofon untuk merakam setiap aktiviti dalam hidup anda.

Meskipun anda menutup aplikasi Facebook di telefon, mereka akan tetap dapat mengesan aktiviti di luar talian anda apabila mereka menerima notifikasi dari syarikat-syarikat lain yang menyerahkan ia secara sukarela.
Anda tidak buka Facebook tetapi ada mencari informasi mengenai pakej percutian? Jangan bimbang. Sebentar lagi anda akan menerima iklan mengenainya.
Facebook menerima informasi tersebut menerusi trackers (penjejak) dan juga dari syarikat yang mengambil bahagian menggunakan apa yang dipanggil oleh Facebook sebagai ‘Business Tool’. Trackers atau ‘mata-mata’ Facebook ini sudah ada dan boleh dikatakan hampir pada setiap laman sesawang popular.
Maklumat anda yang dihantar di luar aplikasi Facebook itu, akan disimpan pula oleh Facebook lalu membentuk data spesifik diri anda – dari pembelian ubat nyamuk, kasut, makanan, hinggalah kepada makanan kucing, dan pembayaran ansuran bulanan kepada AEON Credit.
Anda boleh rujuk mengenai Off-Facebook Activity di laman Facebook: Off-Facebook Activity: Control your information.
Ini bukanlah perkara baru, cuma bagaimana, dari mana, dan bila Facebook menerima data-data kita itulah yang baru ditunjukkan di bahagian ini.
Sudah bertahun lamanya Facebook bekerjasama dengan pelbagai syarikat yang bersedia berkongsi data pengguna, dan mereka inilah yang menjadi ‘kamera serta mikrofon’ bagi pihak Facebook.
Off-Facebook Activity ini memberikan gambaran yang agak jelas akan cara Facebook mengeluarkan iklan bersasar yang begitu tepat sekali kepada para pengguna, dan ia juga ada memberi (sedikit) kawalan data serta bagaimana ia digunakan, kepada pengguna Facebook.

Data yang dikumpul itu diletakkan dalam beberapa kategori dan minat. Sebagai contoh mungkin saya sendiri dimasukkan ke dalam ruangan penduduk di Putrajaya – minat kucing. Jadi saya berasa tidak beberapa hairan jika keluarnya iklan mengenai kucing dan lain-lain perkara yang seangkatan dengannya.
Ini semua tidak susah pun untuk Facebook perolehi, kerana kebanyakannya diserahkan sendiri oleh anda. Tak percaya?
Anda boleh lihat di sini pula: Ad Preferences.
Ini adalah contoh sebahagian dari aktiviti yang dikategorikan sebagai ‘minat’ saya, dan diasingkan pula oleh Facebook menjadi satu bahagian khusus untuk membentuk profil diri:

Jadi, konklusinya di sini, Facebook ada cara yang begitu hebat sekali dalam melakukan pemantauan, perisikan (boleh guna kot istilah ni ya?), dan pengintipan serta pengutipan data pengguna mereka, dari cara dalam aplikasi, dalam talian, dan juga luar talian.
Kesemua maklumat diri pengguna disusun secara terperinci, lalu profil khusus pun terbentuk. Pengguna tidak lagi perlu untuk klik butang ‘suka’ atau log masuk menggunakan butang Facebook pada aplikasi tertentu, kerana ‘tools’ atau ‘trackers’ mereka ada di mana-mana.
Anda tidak perlu bimbang tentang penggunaan mikrofon pada telefon anda, sebaliknya gunakanlah apa yang telah disediakan oleh Facebook melalui pautan-pautan yang saya kongsikan di atas untuk mengawal dan menyelia data peribadi anda.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/benarkah-facebook-mendengar-perbualan-pengguna-dan-menukarnya-kepada-iklan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teknik Iklan Di Facebook

Teknik Iklan Di Facebook

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 186 hits
Bismillah Imej dari hisocial comSebenarnya jika nak senaraikan teknik beriklan di facebook banyak Tapi di sini saya cuba memberikan tips yang paling utama terlebih dahulu Memandangkan facebook adalah satu laman sosial yang paling tip top ma...
Kini Pengguna Domain Id Lebih Tinggi Dari Co Id Ini Alasannya

Kini Pengguna Domain Id Lebih Tinggi Dari Co Id Ini Alasannya

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 216 hits
Pertumbuhan nama domain id semakin signifikan berdasarkan kinerja tahun lalu Menurut data Pengelola Nama Domain Internet Indonesia sebagai registri id pada tahun lalu pengguna domain id naik 45 persen menjadi 135 812 nama Bahkan jumlah peng...
Laporan Polis Dibuat Terhadap Pengguna Fb Raimy Jay

Laporan Polis Dibuat Terhadap Pengguna Fb Raimy Jay

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 351 hits
Rompin 28hb Satu laporan polis telah dibuat keatas pemfitnah yang mengatakan bahawa PKR larang menggunakan Al Quran sebagai kitab umat Islam Walau dipujuk agar memadamkan posting beliau namun tidak diendahkan malah mencabar Hari ini satu la...
Loe Gue Run 2020 Pengguna Kursi Roda Ikut Lomba Lari

Loe Gue Run 2020 Pengguna Kursi Roda Ikut Lomba Lari

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 218 hits
Lomba lari LGR 2020 ini diketahui memiliki tiga jenis kelas 10K 5K dan 2 5K Uniknya dalam kejuaraan tahun ini Kodam Jayakarta turut memberi kesempatan kepada disabilitas pengguna kursi roda untuk dapat mengikuti kejuaraan LGR 2020
Pengguna Malaysia Masih Menuggu

Pengguna Malaysia Masih Menuggu

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 413 hits
Realme akhirnya mula meluncurkan firmware update Over The Air terbaru yang membawakan UI mereka sendiri yang dikenali sebagai Realme UI tiada lagi Color OS Walaupun ia berasaskan Color OS 7 tetapi Realme mengambil pendekatan berbeza agar le...
Xiaomi Mi Note 10 Salah Satu Telefon Pilihan Untuk Pengguna Vlog

Xiaomi Mi Note 10 Salah Satu Telefon Pilihan Untuk Pengguna Vlog

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 255 hits
Pada era masa kini ramai pengguna telah aktif menerbitkan video di YouTube dan Instagram Untuk tujuan berkenaan salah satu ciri utama yang diperlukan pada telefon adalah kamera Mi Note 10 hadir dengan kamera 108 megapixel dan pada video kal...
Lapas Penuh Menkum Ham Kaji Aturan Pengguna Narkoba Tak Harus Dipenjara

Lapas Penuh Menkum Ham Kaji Aturan Pengguna Narkoba Tak Harus Dipenjara

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 147 hits
Oleh karena itu Pemerintah Indonesia sedang mempertimbangkan untuk melakukan pendekatan bagi pengguna narkoba tidak harus dipenjara tapi bisa direhabilitasi sehingga lapas dan rutan tidak over kapasitas mengingat kondisi di dalam lapas dan ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii

Jadual Cuti Panjang 2025