Benarkah Ahli Ma Rifat Boleh Tinggalkan Syariat



SOALAN:
Jika seorang ahli Sufi itu sudah mencapai ma’rifatullah, benarkah dia boleh meninggalkan syariat seperti solat lima waktu dan lain-lain?

JAWAPAN:
Banyak orang yang mengambil kesempatan mengaku sebagai ahli Sufi padahal mereka tersasar daripada jalan tasawwuf yang sebenar. Sebahagian mereka pula berkata: “Kami adalah ahli batin. Mereka adalah ahli zahir.” Inilah tipu daya dan belitan Iblis yang amat berbahaya kepada salik yang sedang menuju Allah SWT.

Kedudukan Syariat dan Ma’rifat di sisi Allah SWT

Kekeliruan timbul apabila ramai tidak memahami hakikat sebenar seseorang yang berada pada peringkat syariat dan ma’rifat. Walaupun ada perbezaannya, tetapi kedua-dua kelompok ini tetap sama di sisi Allah SWT.

Menurut Syeikh ‘Abdullah al-Syarqawi: “(Sekelompok orang) dipilih (Allah untuk berkhidmat kepada-Nya) melalui ibadah zahir hingga mereka layak menerima syurga-Nya. Mereka adalah ahli zuhud dan ahli ibadah. (Sekelompok lainnya ditempatkan untuk mencintai-Nya) sehingga mereka layak dekat dengan-Nya dan masuk ke hadrat-Nya. Mereka adalah pencinta (muhibbin) dan ahli ma’rifat (arifin). Tetapi dua kelompok yang berbeza ini tetap dinisbahkan dan berkhidmat kepada Allah. Apa yang berbeza adalah kelompok pertama lebih banyak berkhidmat dengan anggota tubuh. Kelompok kedua lebih banyak berkhidmat dengan hati.

Firman Allah SWT: “Tiap-tiap golongan dari keduanya, golongan dunia dan golongan akhirat Kami hulurkan kepada mereka dari pemberian Tuhanmu (wahai Muhammad); dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (dari sesiapapun)” atau dihalang. Ketika menyaksikan keesaan Allah pada penempatan secara khusus hamba-Nya ke dalam dua kelompok itu, nescaya seseorang takkan meremehkan salah satu dari keduanya. Abu Yazid berkata: “Allah memandang hati para wali-Nya. Ketika ada sebahagian daripada mereka tidak layak menyandang kema’rifatan, Allah mengalihkannya pada ibadah.” (Lihat: Syarh al-Hikam, 1/59).

Hal ini disokong lagi dengan kenyataan oleh Ibn ‘Ajibah: “Menurutku, hamba Allah yang khusus mendapat inayah dari-Nya terdiri atas dua kelompok...tetapi hikmah di sebalik penempatan sekelompok untuk khidmat kepada-Nya, adalah penghormatan kepada mereka secara umum. Hal ini tidak secara terus menafikan kelebihan ahli ma’rifat dan para pecinta di atas kalangan ahli ibadah dan ahli zuhud. Cuba perhatikan firman Allah setelah itu, “Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya.” Ayat ini menunjukkan keutamaan sebahagian kelompok atas kelompok selainnya. Pun begitu, secara umum semua hamba Allah itu mulia. Allah tidak meremehkan hamba-Nya dari kelompok mana saja sekalipun darjat mereka berbeda di sisi-Nya. Wallahua‘lam.” (Lihat: Iqaz al-Himam fi Syarh al-Hikam, 1/108-109)

Ingatan Para Ulama’ Sufi Untuk Tidak Memisahkan Hakikat, Ma’rifat dan Syariat

Kami lampirkan di sini beberapa pesanan ulama’ Sufi yang muktabar berhubung kewajipan untuk terikat dengan syariat walaupun sudah mencapai ma’rifatullah.

Abu Yazid al-Bustami pernah berkata kepada beberapa sahabatnya: “Berdirinya brsama-sama kami sehingga kami melihat orang yang memperkenalkan dirinya sebagai wali. Dia terkenal sebagai seorang yang zuhud.” Lalu mereka pergi kepada orang tersebut. Ketika dia keluar daripada rumahnya, lalu memasuki masjid, dia meludah ke arah kiblat. Maka Abu Yazid al-Bustami meninggalkannya tanpa bersalam dengannya. Beliau berkata: “Ini sungguh tidak sesuai dengan adab Rasulullah SAW. Lalu bagaimana dia boleh dipercayai dalam hal yang dia dakwa?” (Lihat: al-Risalah al-Qusyairiyyah, m. 16)

Beliau juga diriwayatkan pernah berpesan: “Jika engkau melihat seseorang yang diberi karamah sampai dia boleh terbang di udara, maka janganlah engkau terpedaya olehnya sehingga engkau melihat bagaimana dia melaksanakan perintah Allah, menjauhi larangan-Nya, memelihara peraturan dan melaksanakan syariat.” (Lihat: Qawa’id al-Tasawwuf, m. 76)

Syeikh Ahmad Zarruq berkata: “Setiap Syeikh yang belum melaksanakan Sunnah, maka dia tidak boleh diikuti. Ini kerana keadaannya belum jelas. Sekalipun dia benar dalam ucapannya dan terlihat ribuan karamah pada dirinya.” (Lihat: Iqaz al-Himam fi Syarh al-Hikam, 1/76)

Syeikh ‘Abdul Qadir al-Jilani mengkritik orang yang berpendapat bahawa melaksanakan syariat tidak wajib bagi salik yang sudah mencapai maqam tertentu. Katanya: “Meninggalkan ibadah yang wajib adalah sifat zindiq. Melakukan perkara yang dilarang adalah maksiat. Apa yang wajib tidak pernah berubah dalam apa jua keadaan sekalipun.” (Lihat: Tabaqat al-Sufiyyah, m. 159)

Kata Junaid al-Baghdadi: “Mazhab kita ini terikat dengan dasar al-Quran dan al-Sunnah.” (Lihat: al-Risalah al-Qusyairiyyah, m. 22). Beliau juga diriwayatkan pernah berkata: “Semua jalan tertutup bagi makhluk, kecuali bagi orang yang mengikuti Rasulullah SAW, meneladani sunnahnya dan berpegang teguh kepada jalannya. Semua pintu kebaikan akan terbuka kepadanya.” (Lihat: Tabaqat al-Sufiyyah, m. 158).

Kesimpulan

Seorang salik yang sudah mencapai ma’rifatullah, tetap tidak terlepas daripada kewajipan melaksanakan syariat-Nya. Ini sebagaimana yang ditegaskan oleh para ulama’ Sufi yang muktabar. Sebarang usaha untuk melepaskan diri daripada syariat-Nya adalah sia-sia kerana kita tetap berada di bawah qabdhah, qudrah dan iradah-Nya.

Walaupun aqidah Ahli Sunnah wal Jama’ah menekankan sebab dan akibat, begitu juga kepada musabbib al-asbab iaitu Allah SWT, ia tetap tidak menafikan hak-Nya ke atas manusia. Itulah sifat insan yang diistilah oleh Imam Fakhr al-Din al-Razi dengan katanya:

إن الإنسان مجبور في صورة مختار
“Sesungguhnya manusia itu adalah terpaksa dalam keadaan mempunyai pilihan.”

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/benarkah-ahli-marifat-boleh-tinggalkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Benarkah Ahli Parlimen Bn Dan Pas Ke Istana Hari Ini

Terkini Benarkah Ahli Parlimen Bn Dan Pas Ke Istana Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 439 hits
Menurut kemungkinan Insha Allah seluruh Ahli Parlimen Barisan Nasional dan PAS akan ke Istana Negara hari iniKhabar panas ini di percayai akan terjadi setelah Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong XVI Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al ...
Peguam Penyokong Is Pun Boleh Mohon Gugurkan Kes

Peguam Penyokong Is Pun Boleh Mohon Gugurkan Kes

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 271 hits
Diterbitkan Hari ini 7 50 malam BERITAPenyokong kumpulan militan Islamic State yang sedang berdepan dakwaan mempromosikan kumpulan itu kini mempunyai peluang untuk menggugurkan kes mereka kata peguam Ini susulan keputusan Peguam Negara Tomm...
Menu Sambal Telur Pun Boleh Buat Bertambah Nasi

Menu Sambal Telur Pun Boleh Buat Bertambah Nasi

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 539 hits
Menu Sambal Telur pun boleh buat bertambah nasi Sambal Telur mudah dan cepat ni memang kalau kena dengan lauk lainnya memang berhantu kan Seriusly umi sepanjang berkahwin umi tak The post appeared first on
Orang Jahat Juga Boleh Jadi Motivasi Terbaik Untuk Kita

Orang Jahat Juga Boleh Jadi Motivasi Terbaik Untuk Kita

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 248 hits
Pernah kan ada kelompok sekeliling kita yang ajet2 support kita benda kita buat tapi sebenarnya kat belakang diorang lah yang paling suka tikam kita balik Harey sangat Itu lah juga yang berlaku masa saya mula hasilkan buku Project Based Lea...
Dia Tidak Boleh Membaca Terjemahan Penerbit Parasite Balas Kenyataan Trump

Dia Tidak Boleh Membaca Terjemahan Penerbit Parasite Balas Kenyataan Trump

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 183 hits
Hiburan Syarikat penerbit filem Parasite Neon memberikan kenyataan balas susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mencemuh kemenangan filem Korea Selatan itu di Anugerah Akademi baru baru ini Menurut laporan Awani Neon mengan
Anak Sekarang Tak Boleh Susah Siket Semua Nak Cepat Ustaz Syamsul Debat

Anak Sekarang Tak Boleh Susah Siket Semua Nak Cepat Ustaz Syamsul Debat

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 376 hits
Anak Sekarang Tak Boleh Susah Siket Semua Nak Cepat Ustaz Syamsul Debat Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Zed Zaidi Didakwa Buat Kenyataan Berhubung Covid 19 Yang Boleh Sebabkan Kegentaran Pada Umum

Zed Zaidi Didakwa Buat Kenyataan Berhubung Covid 19 Yang Boleh Sebabkan Kegentaran Pada Umum

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 471 hits
Presiden Persatuan Seniman Malaysia Rozaidi Jamil hari ini adalah antara empat individu didakwa di Mahkamah di sini kerana membuat kenyataan berhubung COVID 19 di media sosial yang boleh menyebabkan kegentaran pada orang awam Loading Pada 3...
Rakyat Israel Langgar Perintah Kuarantin Boleh Dipenjara Sehingga Tujuh Tahun

Rakyat Israel Langgar Perintah Kuarantin Boleh Dipenjara Sehingga Tujuh Tahun

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 286 hits
BAITULMAQDIS 21 Feb Rakyat Israel yang melanggar arahan kuarantin COVID 19 boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun memetik kenyataan Kementerian Kesihatan pada Khamis lapor agensi berita Anadolu Dalam satu kenyataan kementerian itu berk...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga