Benar Atau Tidak Wanita Tidak Subur Kerana Kerap Alami Kencing Kotor


Benar Atau Tidak, Wanita TIDAK SUBUR Kerana Kerap Alami Kencing Kotor?Jangkitan saluran kencing (UTI) atau kencing kotor merupakan masalah kesihatan yang sering berlaku kepada wanita. Tidak dinafikan, UTI boleh menyebabkan ketidakselesaan sepanjang hari. Namun, selain rasa yang tidak selesa, bolehkah UTI memberikan masalah kesuburan pada wanita?

Wanita dijangka akan mendapat kencing kotor sekali seumur hidup. Sebenarnya, ada beberapa faktor yang menyebabkan UTI lebih lazim dalam kalangan kaum Hawa.
Antaranya ialah anatomi wanita itu sendiri. Saluran urethra wanita lebih pendek berbanding lelaki. Oleh sebab itu, bakteria lebih mudah masuk dan menjangkiti kawasan pundi kencing.
Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa jenis kaedah kontraseptif yang meletakkan wanita dalam golongan yang lebih berisiko.
Sebagai contoh, mereka yang lebih banyak menggunakan diafragma dan juga spermisid mempunyai peratusan yang lebih tinggi untuk menghidap UTI.
Wanita yang sudah mencecah menopaus juga mempunyai tahap hormon estrogen yang kian berkurangan. Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan wanita lebih terdedah kepada jangkitan.
Tetapi, itu tidak bermaksud kaum Adam terlepas daripada mengalami UTI! Lelaki juga berisiko, namun tidak setinggi wanita. Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut, mari baca kupasan kami di bawah!
Bolehkah UTI menyebabkan masalah kesuburan pada wanita?
Jangkitan saluran kencing berlaku apabila bakteria memasuki saluran urinari melalui urethra dan mula membiak di dalam pundi kencing.
Walaupun sistem urinari manusia dicipta untuk menghalang kemasukan sebarang bakteria, kadangkala bakteria yang bersaiz mikroskopik masih boleh masuk dan menyebabkan jangkitan.
UTI bukanlah sejenis penyakit yang boleh membawa maut. Malah, ia boleh dirawat jika pesakit melakukan rawatan secepat mungkin.
Namun, jika ia dibiarkan tanpa sebarang rawatan, pesakit berisiko untuk mengalami komplikasi yang serius. Sebagai contoh:
Jangkitan yang berulang, terutamanya pada wanita yang dijangkiti 2 atau lebih UTI dalam masa kurang dari 6 bulan.Kerosakan buah pinggang yang kekal atau jangkitan buah pinggang akut disebabkan kencing kotor.Mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi yang kurang berat atau pramatang.Saluran urethra menyempit dalam kalangan kaum Adam.Sepsis, sejenis jangkitan yang boleh membawa maut, lebih-lebih lagi jika jangkitan tersebut bergerak ke kawasan buah pinggang.UTI selalunya tidak akan menyebabkan masalah kesuburan pada wanita. Walau bagaimanapun, simptomnya sama dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai penyakit radang pelvis atau PID.
Berbeza dengan UTI, penyakit radang pelvis boleh menyebabkan masalah kesuburan pada wanita.
Apakah maksud penyakit radang pelvis?
PID merupakan sejenis penyakit yang mempengaruhi organ reproduktif wanita. Sama seperti UTI, PID boleh menjangkiti wanita menerusi hubungan seks.Namun, penyakit ini berlaku disebabkan jangkitan kelamin atau STI seperti gonorea dan klamidia.
Kebanyakan orang dijangkiti PID menerusi seks yang tidak selamat. Namun, wanita juga boleh menghidap PID melalui jangkitan lain seperti vaginosis bakteria (BV) yang bukan disebarkan melalui hubungan seks.
Jangkitan ini juga boleh merosakkan sistem reproduktif termasuklah uterus, ovari dan tiub falopio.
Menurut American College of Obstetricians and Gynecologists, 1 dalam 10 wanita yang menghidap PID akan mengalami kemandulan.
Malah, penyakit ini juga boleh menyebabkan tiub falopio menjadi berparut. Parut ini jugalah yang menyebabkan masalah kesuburan pada wanita.
Setiap kali wanita dijangkiti dengan PID, bakteria akan bertindak merosakkan kawasan rahim dan juga tiub falopio.
Malah, wanita yang pernah dijangkiti PID mempunyai risiko yang lebih besar untuk mengalami jangkitan sekali lagi pada masa akan datang.
Tanda penyakit radang pelvisPenyakit radang pelvis mempunyai beberapa simptom yang lebih kurang sama dengan UTI. Sebagai contoh, penghidap kedua-dua penyakit ini akan rasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
Namun, penghidap PID mempunyai simptom yang lebih serius. Selalunya, mereka akan alami tanda-tanda seperti:
Rasa sakit pada kawasan abdomen.Keputihan yang abnormal dan berbau busuk.Sakit ketika melakukan hubungan seks.Demam dan sering seram sejuk.Rasa sakit ketika membuang air kecil.Sebarang luka pada kawasan organ reproduktif boleh menyebabkan masalah kesuburan pada wanita.
Oleh sebab itu, penghidap PID perlu berjumpa doktor dengan segera. Semakin lama pesakit menunda rawatan, semakin besar kemungkinan untuk mengalami masalah kesuburan.
Saluran tiub falopio yang rosak atau tersumbat selalunya boleh dipulihkan dengan pembedahan. Walau bagaimanapun, jika opsyen ini tidak dapat dilakukan, wanita tersebut terpaksa menimbang teknik konsepsi lain seperti IVF.
KesimpulanSebab itulah, amat penting untuk wanita melakukan pemeriksaan secepat mungkin jika mengalami masalah seperti sakit ketika membuang air kecil.
Hanya doktor sahaja yang boleh melakukan diagnosis dan menentukan sama ada penyakit tersebut berlaku disebabkan jangkitan saluran kencing atau penyakit radang pelvis.
Kedua-dua penyakit ini boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada penghidapnya dan boleh mengganggu emosi wanita. Malah, PID yang tidak dirawat juga boleh menyebabkan masalah kesuburan pada wanita.


sumber : sini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.syamimisaad.com/2021/07/benar-atau-tidak-wanita-tidak-subur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Itu Pendapat Penulis Tapi Soalan Saya Apakah Benar Agong Akan Terkejut Atau Terkesan Description Description

Itu Pendapat Penulis Tapi Soalan Saya Apakah Benar Agong Akan Terkejut Atau Terkesan Description Description

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 223 hits
ZUS DIN Agong will be shocked when he sees the following damages due the mis management of the government Koon Yew Yin Author Koon Yew Yin Publish date Sun 27 Jun 2021 10 09 PM CLOSE Kuala Lumpur Johor and Penang 126 hotels closed Langkawi ...
Wakil Bank Atau Wakil Rakyat Banyak Kencing

Wakil Bank Atau Wakil Rakyat Banyak Kencing

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 196 hits
AHMAD FIRDAUS MOHAMADPembentangan Bajet 2021 tahun lepas Tengku Zafrul sibuk bertemu dengan pelbagai pihak termasuk wakil pembangkang Mendengar pandangan dalam merangka belanjawan yang menyeluruh Beriya la PH bagi pandangan cis Rupanya dala...
Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021 Permohonan Bantuan Sehingga Rm4000

Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021 Permohonan Bantuan Sehingga Rm4000

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 364 hits
TABUNG USAHAWAN WANITA KELANTAN 2021 PERMOHONAN BANTUAN SEHINGGA RM4000 Permohonan bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan bagi tahun 2021 dibuka bermula 18 Julai 2021 sehingga 5 Ogos 2021 Urus Setia Kebajikan Pembangunan Keluarga dan Wanit...
3 Tahun Cerai Masih Ingat Butiran Peribadi Wanita Terkejut Jumpa Bekas Suami Di Ppv

3 Tahun Cerai Masih Ingat Butiran Peribadi Wanita Terkejut Jumpa Bekas Suami Di Ppv

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 465 hits
Berikutan peningkatan kes COVID 19 yang semakin meningkat di negara kita rakyat disyorkan mengambil suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin yang ditetapkan
Bukan Wanita Biasa Tukang Sapi Langganan Raffi Juga Jual Berlian Dan Apartemen

Bukan Wanita Biasa Tukang Sapi Langganan Raffi Juga Jual Berlian Dan Apartemen

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 264 hits
Elsa Dewana pengusaha yang menjual sapi berukuran besar kepada Raffi Ahmad itu ternyata bukan wanita biasa Ia tak hanya menjajal bisnis hewan kurban Beberapa bisnis lain yang dijajalnya adalah berlian dan apartemen
Empat Polis Empat Wanita Berseronok Dalam Balai Dicekup Jips

Empat Polis Empat Wanita Berseronok Dalam Balai Dicekup Jips

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 313 hits
PETALING JAYA Lapan termasuk Ketua Balai Polis serta tiga anggotanya yang leka berhibur bersama empat wanita dalam bilik khas di sebuah balai polis dalam daerah Kajang ditahan semalam Serbuan pukul 6 petang dijalankan pasukan Jabatan Integr...
Mini Disko Di Balai Polis 4 Anggota Berpesta Dengan Wanita Ditahan

Mini Disko Di Balai Polis 4 Anggota Berpesta Dengan Wanita Ditahan

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 302 hits
Dalam serbuan itu polis merampas botol minuman keras pembesar suara lampu disko peralatan sistem pembesar audio perakam mikrofon serta televisyen PETALING JAYA Seorang ketua balai polis bersama tiga anggotanya ditahan dalam serbuan parti li...
Wanita Mati Depan Klinik Didapati Positif Covid 19

Wanita Mati Depan Klinik Didapati Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 295 hits
Wanita Mati Depan Klinik Didapati Positif Covid 19 KLANG Seorang wanita yang meninggal dunia selepas terbaring tidak sedarkan diri di depan sebuah klinik di Taman Sentosa di sini hari ini disahkan positif Covid 19 Ketua Polis Daerah Klang S...
Wanita Penghidap Covid 19 Rebah Maut Di Depan Klinik

Wanita Penghidap Covid 19 Rebah Maut Di Depan Klinik

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 222 hits
FMT ReportersSeorang wanita rebah di hadapan klinik selepas mengadu kepada adiknya keletihan dan mengalami kelesuan PETALING JAYA Seorang wanita berusia 45 tahun dipercayai penghidap Covid 19 meninggal dunia di hadapan sebuah poliklinik di ...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur