Belum Sepuluh Langkah Sudah Meletup
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt
BELUM SEPULUH LANGKAH SUDAH MELETUP |"Biar pecah diperut jangan pecah dimulut..janji tau..tau..tau..alif lam lam ha (Allah)".Besar ke.Kecil ke.Berat ke.Ringan ke.Kalau dah namanya rahsia tetap rahsia.Janji?..Janji!
Janji untuk simpan. Janji untuk laksanakan amanah atau amanat. Ada dua jenis.
Pemegang amanah itu berat dan besar tanggungjawabnya.Apa yang diamanahkan pada kita sila jaga sebaik-baiknya.Tidak semestinya bila sebut jaga amanah itu hanya tertumpu pada harta benda yang terlihat sahaja.Cerita,rahsia atau apa sahaja yang disampaikan jika disebut rahsia maka itu juga satu amanah yang perlu dijaga.Amanah cara bertulis,cara lisan atau penyerahan nyata.Besar tanggungjawabnya.
Bila ada rasa percaya.Kenapa orang suka atau mudah mahu menceritakan sesuatu yang berbentuk peribadi kepada kita.Begitu juga sebaliknya kita mudah untuk berkongsi sesuatu pada orang lain..jawapannya kerana ada rasa percaya.Tidak semua orang boleh dipercayai dan tidak semua orang mudah untuk mempercayai.
Perlu dipupuk.Sifat saling mempercayai itu perlu dipupuk.Susah untuk kita percaya orang lebih-lebih lagi bila sudah berkali-kali dikhianati.Boleh maafkan tapi susah melupakan kerana takut terjerumus ke lubang yang sama.Bahaya wooo.Lebih bahaya bila lain dihadapan kita..lain juga dibelakang kita.Belum sepuluh langkah sudah meletup dimulut.Tak sampai lagi pun di perut.Allahuakbar.
Amanah pada diri sendiri.Amanah menjaga amanah orang.Amanah itu satu sifat terpuji.Menyampaikan juga satu sifat terpuji namun tidak semua boleh disebarkan atau disampaikan lebih-lebih lagi kalau apa yang mahu disampaikan berbentuk satu perkara peribadi yang sedari awal permintaannya ia suatu yang perlu dirahsiakan.Jelas?.Justeru itu bijaklah membezakan ya.
Sekian.
#sama-sama mencari redha Allah swt
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://perducinta.blogspot.com/2020/02/belum-sepuluh-langkah-sudah-meletup.html