Belum Masa Untuk Rentas Negeri Kkm



Oleh Ahmad Suhael Adnan



KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menyifatkan belum masanya untuk rentas negeri dibenarkan walaupun jumlah kes harian baharu COVID-19 menunjukkan penurunan ketika ini.
KKM menjelaskan, beberapa kluster baharu yang dikesan akibat aktiviti rentas negeri, jelas menunjukkan pandemik itu masih di tahap bahaya dan jangkitan sangat mudah berlaku.
Membuktikan perkara itu, KKM mengambil contoh Kluster Bukit Bayas di Terengganu dan Kluster Pasai di Sarawak yang berlaku akibat aktiviti rentas negeri untuk menziarahi ahli keluarga meninggal 
"Kontak rapat keluarga menjangkiti kontak rapat di tempat kerja dan kontak rapat sosial termasuk rakan joging serta rakan main golf.
"Kluster Bukit Bayas adalah kluster rentas negeri terbaharu di Terengganu membabitkan 48 kes positif setakat 12 Mac dan merebak di lima daerah," kata KKM dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.
Kenyataan itu turut memetik Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus, yang memaklumkan kes sedemikian pernah berlaku di Besut, Terengganu, apabila ahli keluarga dari Kuantan dan Johor menziarahi nenek berusia 100 tahun yang sakit tua.
Ia menyebabkan lima ahli keluarga dikesan positif COVID-19 termasuk nenek yang uzur dan akhirnya meninggal dunia.
KKM menjelaskan, Kluster Pasai di Sarawak membabitkan aktiviti rentas negeri kes indeks dari Johor yang pulang ke Sibu bagi menghadiri pengebumian mendiang bapanya sebelum menyebar jangkitan ke rumah panjang.
"Lebih 2,600 dikesan positif dan kluster itu masih aktif dan merebak hingga generasi keenam. Dua kluster ini menjadi contoh mengapa pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan," katanya.
Jelas KKM, rentas negeri untuk kes kecemasan dibenarkan namun individu yang mahu berbuat demikian perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk melindungi ahli keluarga daripada risiko penularan COVID-19.
"Jika diri kita kurang sihat dan bergejala, langkah paling selamat untuk diri sendiri dan orang lain ialah tidak perlu rentas negeri.
"Walaupun jumlah kes jangkitan baharu menunjukkan trend penurunan, belum tiba masanya kita merentas negeri kerana pandemik ini masih bahaya dan jangkitan sangat mudah berlaku," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/belum-masa-untuk-rentas-negeri-kkm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Kerajaan Benarkan Rentas Negeri

Terkini Kerajaan Benarkan Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 325 hits
March 9 2021 Kerajaan bersetuju membenarkan aktiviti merentas negeri bagi tujuan pelancongan domestik melibatkan negeri negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bermula esok Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia berpan...
Terkini Menteri Air Suam Beri Bayangan 18 Mac Boleh Rentas Negeri

Terkini Menteri Air Suam Beri Bayangan 18 Mac Boleh Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 282 hits
March 6 2021Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata larangan rentas negeri mungkin dibatalkan seawal 18 Mac jika jumlah kes Covid 19 dapat dikurangkan ke tahap mampu diuruskan Beliau berkata kementeriannya akan membuat cadangan kepada keraj...
Pdrmsia Perketat Pemeriksaan Rentas Negeri

Pdrmsia Perketat Pemeriksaan Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 395 hits
PDRMsia PERKETAT PEMERIKSAAN RENTAS NEGERI KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia akan memperketatkan lagi pemeriksaan terhadap sebarang pergerakan rentas negeri bermula esok bagi mengesan individu yang mengambil kesempatan melakukan pergerakan...
Kekal Sekatan Rentas Negeri Hingga Mei Jika Mahu Kes Bawah 500 Pakar Kesihatan

Kekal Sekatan Rentas Negeri Hingga Mei Jika Mahu Kes Bawah 500 Pakar Kesihatan

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 258 hits
Sekiranya ingin jangkitan Covid 19 berada di bawah 500 kes larangan rentas negeri perlu terus dilaksanakan sehingga Mei depan Demikian kata Pakar kesihatan pekerjaan kecemasan dan kesihatan awam Dr Hanafiah Bashirun yang menjadikan kebenara...
Sudahlah Rentas Negeri Tanpa Kebenaran Maki Polis Pulakdah

Sudahlah Rentas Negeri Tanpa Kebenaran Maki Polis Pulakdah

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 364 hits
KULIM Sepasang suami isteri ditahan polis atas kesalahan merentas negeri tanpa surat kebenaran selain menghalang penjawat awam ketika melalui pemeriksaan sekatan jalan raya COVID 19 di Jalan Junjong Kulim semalam Ketua Polis Daerah Kulim Su...
Isu Rentas Daerah Dibenarkan Kecuali Satu Negeri Ini Ds Ismail Sabri Tampil Dedahkan Maklumat Terkini

Isu Rentas Daerah Dibenarkan Kecuali Satu Negeri Ini Ds Ismail Sabri Tampil Dedahkan Maklumat Terkini

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 436 hits
Makluman tentang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dikuatkuasakan di Melaka Pahang Terengganu Sabah Putrajaya Labuan dan Perlis mulai 5 Mac ini
Rakyat Rentas Negeri Penjenayah Vip Rentas Negara Bercuti

Rakyat Rentas Negeri Penjenayah Vip Rentas Negara Bercuti

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 258 hits
Beliau berkata rakyat di bawah ni dipaksa berkurung tak boleh ke mana mana malah ada yang bertahun tak dapat bertemu keluarga sebelum musim COVID 19 lagi Bukan sahaja dipaksa bercuti tanpa gaji sebahagiannya tu bahkan dibuang kerja ketika b...
Nibongtebal Viral Video Lelaki Mahu Rentas Negeri Maki Polis

Nibongtebal Viral Video Lelaki Mahu Rentas Negeri Maki Polis

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 360 hits
Satu video yang memaparkan seorang lelaki membalas pertanyaan polis sambil melemparkan kata kata kesat yang tular di media sosial hari ini dilaporkan berlaku di sekatan jalan raya di Nibong Tebal baru baru ini Ketua Polis Daerah Seberang Pe...
Kerajaan Akan Benarkan Rentas Negeri Selepas Rakyat Divaksin Pada Tahap Tertentu

Kerajaan Akan Benarkan Rentas Negeri Selepas Rakyat Divaksin Pada Tahap Tertentu

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 267 hits
Pagi tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan amanat secara langsung di RTM dan menyatakan kebenaran merentas negeri dan pembukaan semula sempadan akan diberikan sebaik sahaja tahap imunisasi berjaya mencapai tahap y...
Lirik Lagu Dalam Diam Mojack Hafiz

Cerita Di Sebalik Lagu Dalam Diam

Building Products That Retain Users

Legal Loopholes Big Tech And The Politicians Who Let Them Thrive

Kerajaan Akan Kaji Keperluan Gubal Akta Anti Buli Azalina

Ibu Saman Ladang Tenusu Dakwa Susu Mentah Punca Bayi Maut Dalam Kandungan

Cara Masak Telur Rebus

Jiwa Guna Line Internet Umobile


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Honor Malaysia Partners With Legasi Bomba The Movie Featuring A Mystery Unreleased Smartphone Built For Toughness

Double Jeopardy In Zara Case Lawyer Says It Depends

Many Businesses In Kl Now Hesitant To Fly Jalur Gemilang Due To Fear Of Backlash

Creativity

Misi Memburu Sunset Penjelajahan Pantai Di Langkawi

Makan Tengahari Ikan Bakar Di Lawar Village Seri Pristana Sungai Buloh