Belum Apa Apa 39 Mp Pkr Bercakap Tentang Peralihan Kuasa




Di tengah-tengah spekulasi bahawa Pakatan Harapan (PH) mempunyai sokongan yang cukup daripada anggota parlimen untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), anggota parlimen PKR menegaskan peralihan kuasa harus dilakukan "seperti yang dijanjikan".
Perkara itu ditegaskan oleh 39 anggota parlimen PKR dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh ketua whip parti itu, Johari Abdul.
Walaupun tidak mengulas lanjut, mereka dipercayai menyentuh janji bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk menyerahkan kuasa kepada presiden PKR Anwar Ibrahim tahun ini.
"Kami mengambil maklum bahawa proses rundingan dan perbincangan dengan semua pihak masih berterusan, demi mengembalikan mandat rakyat ke tempat yang sepatutnya pada kadar segera.
"Ini bukan pertarungan di kalangan elit politik untuk merebut kuasa, tetapi sebaliknya adalah usaha membawa agenda Reformasi sebenar yang mengutamakan kepedulian rakyat.
"Sebarang peralihan kuasa perlu berlaku sepertimana yang dijanjikan, berjalan dengan tertib dan aman, serta mengikut lunas undang-undang," tegasnya.
Terdahulu, dikhabarkan Pakatan Harapan (PH) dan Parti Warisan Sabah telah mengumpulkan sokongan 129 anggota parlimen daripada 222 anggota di Dewan Rakyat bagi mencabar keabsahan kerajaan PN.
Menteri Kanan (Kluster Ekonomi) Azmin Ali hari ini berkata, beliau tidak tahu mengenai perkara itu namun memberi amaran agar pihak berkenaan tidak mengheret negara ini ke dalam krisis politik sekali lagi.
Sebagai rekod, semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu, susunan tempat duduk menunjukkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai majoriti tipis dua kerusi dengan sokongan 114 anggota Parlimen.
Sementara itu, anggota parlimen PKR berkata, mereka akan melipatgandakan usaha bagi meneliti dan menggubal  dasar yang mengutamakan nasib rakyat, serta agenda reformasi di dalam dan luar parlimen.
Menurutnya, anggota parlimen PKR juga menekankan keperluan meneliti usaha selama ini untuk menepati janji-janji yang dibuat serta mengelak daripada mengulangi kesilapan lalu.
"Ahli-Ahli Parlimen Keadilan diingatkan agar menitikberatkan kebajikan warga terutama yang terkesan akibat Covid-19 termasuk yang kehilangan pendapatan dan pekerjaan, di mana usaha menyeluruh diperlukan," jelasnya.

MR :  Ini semua kerja HANCING belaka!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/belum-apa-apa-39-mp-pkr-bercakap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peralihan Kuasa Perlu Dilakukan Seperti Dijanji Kata 39 Mp Pkr

Peralihan Kuasa Perlu Dilakukan Seperti Dijanji Kata 39 Mp Pkr

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 396 hits
MALAYSIAKINIDi tengah tengah spekulasi bahawa Pakatan Harapan mempunyai sokongan yang cukup daripada anggota parlimen untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional anggota parlimen PKR menegaskan peralihan kuasa harus dilakukan seperti yang...
Madey Letak Jawatan Pm Tok Bomo Gile Ni Bgtau Penyokong Dsai Yang Salah Sebab Desak Tarikh Untuk Peralihan Kuasa

Madey Letak Jawatan Pm Tok Bomo Gile Ni Bgtau Penyokong Dsai Yang Salah Sebab Desak Tarikh Untuk Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 425 hits
NORSHIDAH MOHD DAUDMadey x cukup sokonganDSAI pun x cukup sokonganAlih alih DSAI lak kena p tarik sokongan dari PKR untuk menyokong Madey jadi PM untuk kali ke 3Nape bukan Madey yang p cari sokongan untuk lantik DSAI sebagai PM kalau betul ...
Wabak Covid 19 Belum Ada Penawar Datang Pula Wabak Kemaruk Kuasa Ustaz Kazim

Wabak Covid 19 Belum Ada Penawar Datang Pula Wabak Kemaruk Kuasa Ustaz Kazim

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 471 hits
Pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias meluahkan rasa kembimbangannya terhadap kemelut politik yang sedang melanda negara kini di sebalik pandemik COVID 19 Menerusi entri di laman Facebooknya beliau yang terkenal dengan panggilan Ustaz Kazi...
Ibrah Wabak Virus Covid 19 Mengajar Manusia Tentang Disiplin Diri

Ibrah Wabak Virus Covid 19 Mengajar Manusia Tentang Disiplin Diri

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 398 hits
Allah swt melalui virus covid 19 mengajar mendidik manusia berkaitan disiplin samada suka atau tidak untuk perbaiki diri agar hidup dengan lebih teratur dan pandai mengikut arahan Kebersihan Jangkitan virus covid 19 adalah berkait rapat den...
Elizad Dah Bersedia Nak Jawab Persoalan Tentang Anak Di Hari Raya Mohon Doa Yang Baik Baik Sahaja

Elizad Dah Bersedia Nak Jawab Persoalan Tentang Anak Di Hari Raya Mohon Doa Yang Baik Baik Sahaja

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 572 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan untuk mempunyai zuriat sendiri Namun itu semua ketentuan dari Ilahi sama ada rezeki anak itu datang dengan cepat atau lambat Pelakon dan pengacara Siti Elizad akui sudah bersedia berdepan ...
Adakah Sekolah Boleh Dibuka Semula Ini Kenyataan Dari Dg Noor Hisham Tentang Isu Sekolah

Adakah Sekolah Boleh Dibuka Semula Ini Kenyataan Dari Dg Noor Hisham Tentang Isu Sekolah

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 459 hits
Sekolah dan institusi pendidikan lain di negara ini mungkin dibenarkan dibuka semula sekiranya k3s baru C0vid 19 kekal rendah sehingga 9 Jun menurut Kementerian Kesihatan Ketua Pengarahnya Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya perlu menu...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali

Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah

Moment Empat Beradik Berkumpul Masak Mee Kari Resepi Arwah Mak

Ada Yang Setahun Jagong Memandai Palatao