Bella Astillah Fail Cerai Secara Ekspres





 KUALA LUMPUR: Pelakon, Bella Astillah, 29, memfailkan permohonan perceraian daripada suami, Aliff Aziz, 33, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, kelmarin.
Sebutan kali pertama berlangsung hari ini, apabila Bella atau nama sebenar, Dayang Nabellah Awang Astillah, tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi, ditemani ibu Zarinah Astillah dan adiknya, Didi Astillah.
Bagaimanapun, kelibat Aliff, 33, tidak kelihatan.
Sebaik sebutan kali pertama kes berakhir, Bella yang ditemui pemberita, memberitahu dia nekad untuk bercerai.
"Sebenarnya, saya fikir ini jalan terbaik untuk saya. Seperti mana semua tahu, kami pernah rujuk sebelum ini. Jadi, saya fikir, dengan memilih jalan masing-masing, ini mungkin yang terbaik untuk diri Aliff dan saya.
"Pada awalnya, dia bersetuju dan lagi-lagi pada Ramadan ini, saya mahu semuanya lancar... Itu sahaja," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Sementara itu, peguam syarie mewakili Bella, iaitu Azmi Mohd Rais berkata, Aliff tidak hadir atas urusan penggambaran dan prosiding diteruskan, bulan depan.
"Hari ini adalah sebutan pertama bagi kes tuntutan cerai dengan kebenaran mahkamah. Kami sudah failkan kes ini, kelmarin, iaitu perceraian secara ekspres sebab kami dapat berita sebelum ini Aliff bersetuju.
"Tetapi hari ini Alif cakap dia tidak bersedia kerana ada penggambaran. Jadi, saya sudah mohon tarikh sebutan seterusnya untuk menyempurnakan serahan saman secara kendiri dan berbincang untuk menyelesaikan kes secara baik," katanya.
Sejak minggu lalu, rumah tangga Bella dan Aliff, sekali lagi menjadi topik hangat apabila suaminya itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara, Jumaat lalu.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah, di sini.
Sumber Harian Metro dilapor berkata, tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam. Menurutnya, pasangan selebriti yang sedang sibuk menjalani penggambaran drama, ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.
Rentetan insiden itu, Aliff dan Ruhainies masing-masing dilapor berjanji memberi penjelasan lanjut berhubung kontroversi terbabit. Namun, sehingga hari ini, baik Aliff mahu pun Ruhainies, masing-masing belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kontroversi tercetus.
Sebelum ini, melalui hantaran Instagram Story (IGs), Aliff atau nama sebenar, Mohammad Aliff Aziz mendakwa laporan dia ditahan anggota penguat kuasa JAWI ditokok tambah dan terlalu banyak spekulasi berbanding cerita sebenar.
Bagaimanapun, Aliff dilapor mengaku dirinya faham tanggapan yang timbul disebabkan apa yang berlaku menimbulkan syak wasangka yang boleh mendatangkan fitnah.
Aliff juga dilapor menafikan penjelasan yang bakal dibuat sebagai cuba menegakkan benang basah.
Sementara itu, Ruhainies atau nama penuh, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, dalam reaksi balas dilapor menjelaskan hubungannya dengan Aliff sekadar rakan artis dan mereka sedang menjalani penggambaran drama.
Ruhainies mendakwa berkawan dengan Aliff sejak lebih 10 tahun lalu dan mereka sedang menjalani penggambaran drama bersiri, Jerat. Ruhainies juga dilapor meminta semua pihak menghentikan spekulasi berhubung kejadian itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Bella yang turut memegang watak dalam drama Jerat, dilapor menarik diri daripada meneruskan penggambaran drama terbitan OrangeTree Production itu.
Difahamkan, keputusan itu dibuat susulan kontroversi membabitkan Aliff dan Ruhainies yang ditangkap khalwat, minggu lalu.
Bella dilapor berkata, keputusan dibuat selepas bertemu dengan penerbit drama berkenaan, iaitu Datuk Seri Jaspal.
Dalam drama itu, Bella sepatutnya memegang watak perampas suami, iaitu watak dibawa Fendy Bakry daripada kakaknya, iaitu 
karakter dijayakan Ruhainies.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritasetiap-hari.blogspot.com/2024/03/bella-astillah-fail-cerai-secara-ekspres.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cerai Adalah Jalan Terbaik Bella Astillah Hadir Mahkamah Untuk Sebutan Cerai

Cerai Adalah Jalan Terbaik Bella Astillah Hadir Mahkamah Untuk Sebutan Cerai

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 97 hits
Hari ini pelakon Bella Astillah nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya Aliff Aziz Peguam yang mewakiki Bella Azmi Mohd Rais berkata aktres itu memfailkan perceraian terhadap aktor tersebut pada Isnin Kes hari ini adalah tarikh sebuta...
Saya Akan Cakap Daddy Kerja Bella Astillah Belum Sedia Kongsi Berita Cerai Dengan Anak Anak Hanya Mampu Menangis

Saya Akan Cakap Daddy Kerja Bella Astillah Belum Sedia Kongsi Berita Cerai Dengan Anak Anak Hanya Mampu Menangis

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 72 hits
Pelakon Bella Astillah memaklumkan kedua dua anaknya Ayden Adrean dan Ara Adreanna masih lagi tidak mengerti mengenai kisah perceraian yang sedang dialaminya bersama suami Aliff Aziz Ujar Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Ast...
Hantaran Instagram Ruhainies Dikecam Gara Gara Tuntutan Cerai Bella Berhenti Guna Nama Allah Stop Play Victim

Hantaran Instagram Ruhainies Dikecam Gara Gara Tuntutan Cerai Bella Berhenti Guna Nama Allah Stop Play Victim

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 101 hits
Susulan daripada kehadiran pelakon Bella Astillah ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk prosiding tuntutan cerai terhadap suaminya aktor Aliff Aziz ruangan Instagram aktres Ruhainies dihujani dengan komen komen berbaur ...
Datuk Red Dedah Isteri Pertama Turut Fail Cerai Bakal Hilang Dua Isteri Sekelip Mata Mereka Tak Sepakat Hanya Kebetulan

Datuk Red Dedah Isteri Pertama Turut Fail Cerai Bakal Hilang Dua Isteri Sekelip Mata Mereka Tak Sepakat Hanya Kebetulan

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 87 hits
Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan mendedahkan dia bukan sahaja bakal kehilangan Adira isteri keduanya tetapi juga isteri pertama Datin Seri Sharifah Norshafika Hassim atau Datin Red nbsp var currentUrlTwo window location hostn...
Puteri Sarah Minta Doakan Bella Astillah Makin Kurus Amp Tiada Selera Makan

Puteri Sarah Minta Doakan Bella Astillah Makin Kurus Amp Tiada Selera Makan

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 68 hits
Pelakon Puteri Sarah Liyana meminta orang ramai mendoakan rakan selebriti Bella Astillah untuk terus kuat menghadapi ujian rumah tangga Puteri Sarah kongsi keadaan Bella Astillah Puteri Sarah berkata kesihatan penyanyi berusia 29 tahun itu ...
Ibu Aliff Aziz Sudah Unfollow Bella Astillah Di Instagram Nama Ruhainies Ada Dalam Following

Ibu Aliff Aziz Sudah Unfollow Bella Astillah Di Instagram Nama Ruhainies Ada Dalam Following

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 110 hits
Terdahulu ibu Aliff Aziz iaitu Hafiza mengesahkan anak lelakinya itu telah pulang ke rumah keluarga di Singapura selepas memuat naik video mempamerkan penyanyi tersebut Menerusi rakaman itu Aliff dan kedua ibu bapanya dipercayai baru selesa...
I Tak Tahu Limit Kesabaran I Tu Sampai Bila Bella Astillah

I Tak Tahu Limit Kesabaran I Tu Sampai Bila Bella Astillah

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 103 hits
Video Bella Astillah kembali tular susulan suaminya ditangkap khalwat dengan rakannya yang juga pelakon wanita popular Ruhainies baru baru ini Rakaman yang tular di TikTok itu memaparkan Bella bercakap tentang kesabarannya menerusi satu tem...
Bella Astillah Jual Batang Buruk Amp Biskut Red Velvet Saya Buat Semua Sendiri

Bella Astillah Jual Batang Buruk Amp Biskut Red Velvet Saya Buat Semua Sendiri

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 61 hits
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah memaklumkan bahawa dia akan berniaga kuih muih sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini Bella Astillah jual kuih muih Ujar Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah 32 kuih muih yang dij...
Tahap Empat Babitkan Keseluruhan Kulit Otot Dan Tulang Ini Gambaran Lecur Mengikut Tahap

Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Pertumbuhan Berterusan Wall Street Hijau Untuk Hari Ketiga Berturut Turut

Don T Let Renovations Ruin Your Home And Your Budget Or Some Tips For Choosing A Contractor

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Faisal Halim Kini Di Icu Tangan Kiri Tiada Tindak Balas



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Apakah Surat Asy Syu Ara Disebut Juga Surat Pemusik

Terapkan Budaya Kemas Dan Susun Di Mana Saja Anda Berada

Selepas Bersara Setiap Ringgit Berguna

Laundry Day Woes Say Goodbye To Lost Socks With Inchbug

Astrazeneca Akhirnya Tarik Balik Vaksin Covid 19 Selepas Pengakuannya Yang Mengejutkan

Buat Ujian Darah Menjelang Usia Menua