Belimbing Kaya Khasiat Tetapi Ada Kesan Buruk



Buah belimbing besi merupakan sumber vitamin C yang baik, juga zat besi dan zat kapur. Belimbing merawat kencing manis, tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi. Dalam bahasa Inggeris buah ini disebut sebaga starfruit lantaran bentuknya yang meyerupai bintang apabila dipotong melintang.

Rasanya yang manis dan menyegarkan dengan aroma khas yang menaikkan selera. Belimbing besi bukan sahaja mempunyai nilai ekonomi yang tinggi bahkan dari segi khasiat kesihatan.

Dalam rawatan Ayurveda, buah matang Averrhoa carambola L. diterima sebagai mudah hadam, tonik menguatkan, untuk bawasir, merawat punca gangguan hempedu dan angin dalam perut.

Buah yang kering diguna dalam merawat demam; ia meyejukkan dan mempunyai sifat anti scorbutic.

Belimbing amat kaya dengan antioksida dan vitamin C dan rendah dengan gula, sodium dan asid. Ia juga adalah sumber penting kepada kedua dua primary dan secondary polyphenolic antioksida.

Belimbing mempunyai kedua dua aktiviti antioksida dan antimikrobia: Pembersihan NO oleh ekstrak buah ini bergantung pada kepekatan dan tahap pematangan. Ekstrak menunjukkan aktiviti antimicrobial terhadap E. coli, typhi Salmonella, Staphylococcus aureus dan Bacillus cereus.

Belimbing juga diguna untuk menghentikan pendarahan pada luka ringan. Caranya ialah dengan menumpuk lumat atau dikisar, kemudian ditampal pada bahagian yang luka tadi bagi menghentikan pendarahannnya.

Cara menghentikan pendarahan juga boleh diamalkan untuk mencuci nanah pada bisul.

Untuk membunuh dan mengeluarkan cacing dalam perut kanak-kanak boleh dilakukan dengan mengambil bunga belimbing dan rebus dengan api yang sederhana, kemudian beri minum air rebusan bunga belimbing tersebut, insys-Allah cacing dalam perut akan mati dan keluar.

Sekarang ini, banyak produk dihasilkan dari belimbing besi seperti minuman segar serta kordial, jem, gula-gula buah, sos buah, buah kering, campuran hirisan buah di dalam sirap atau jus, halwa dan sebagainya. Itu semua menggunakan buah belimbing besi yang telah masak.

Di samping sebagai sumber nutrisi yang baik, buah belimbing besi muda juga digunakan untuk pencegahan bahkan terapi pelbagai macam penyakit, antara lain bermanfaat dalam: menurunkan tekanan darah tinggi, anti oksida, anti kanser, melancarkan pencernaan, menurunkan kolestrol dan membersihkan usus.

Pada dinding sel belimbing terdapat pektin yang merupakan bahan pembentuk gel di dalam usus.Terbentuknya gel tersebut mempunyai pengaruh menurunkan kolestrol. Dalam hal ini pektin mengikat kolestrol dan asid hempedu dalam usus serta mendorong pengeluarannya.

Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada dalam keadaan yang normal. Penderita tekanan darah tinggi boleh meminum air parutan buah belimbing setiap dua hari sekali. Caranya buah belimbing yang cukup besar dan sudah setengah matang diparut halus, kemudian diperah airnya sebanyak satu gelas. Minumlah setiap pagi hari selama satu bulan.

Dikatakan tekanan darah tinggi akan menjadi normal apabila seseorang itu rajin meminum air belimbing. Tapi jangan sekali-kali mencampurkan air perahan belimbing dengan gula pasir atau sirap kerana ia akan menimbulkan kesan yang sebaliknya.

Buah belimbing besi yang telah kering digunakan untuk mengurangkan demam panas. Buah yang telah diawet pula digunakan untuk meredakan cirit-birit dan mabuk kerana pengambilan alkohol berlebihan. Minyak yang diekstrak dari buah dijadikan ubat mengubati penyakit mata.

Materia Medical Cina ada menyatakan bahawa rebusan buah dan daun belimbing elok diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah.Daunnya diramas dan diletakkan di atas dahi untuk menghilangkan sakit kepala. Sementara pucuk dan daun yang dihancurkan diletakkan di atas cacar dan ringworm.

Biarpun banyak senarai kebaikan buah belimbing besi, ia tidak baik atau bermanfaat untuk semua orang. Belimbing mengandungi asid oxalic, yang boleh merbahayakan mereka yang menderita kegagalan buah pinggang, ginjal batu atau bagi mereka yang menjalani rawatan dialisis.

Penggambilan bagi mereka yang mengalami masalah kegagalan buah pinggang boleh meyebabkan gangguan saraf seperti kekerapan tersedu sedu (hiccups), muntah muntah, mual gangguan saraf dan kekeliruan minda. Kematian juga pernah dicatit keatas beberapa pesakit yang memakan buah ini.

Kajian menunjukkan bahawa dengan memakan buah belimbing terlalu banyak akan menyumbangkan kesan toksik yang bahaya kepada pesakit kegagalan buah pinggang. Bahan toksik ini dikenali sebagai neurotoksin.

Ianya juga akan membuatkan carambolic acid yang berada dalam belimbing terkumpul di dalam otak dan seterusnya meracuni otak kita.

Toksin ini akan kekal di dalam badan dan akan menyebabkan penyakit yang serius seperti muntah-muntah, cirit birit, kekeliruan mental, kekejangan dan paling serius adalah kematian.

Jadi, pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang, harus mengelakkan pengambilan buah belimbing.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lokmanismail.blogspot.com/2020/07/gjj.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Ketat Lebih Bahaya Ini 6 Kesan Buruk Jika Pakai Korset Terlalu Lama Ketat Phm

Lebih Ketat Lebih Bahaya Ini 6 Kesan Buruk Jika Pakai Korset Terlalu Lama Ketat Phm

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 465 hits
Boleh dikatakan ramai wanita mengimpikan bentuk badan yang ideal Malah ada yang sanggup habis ribuan ringgit semata mata untuk kelihatan langsing dan cantik Ada yang menggunakan jalan pintas di mana mereka mengenakan bengkung atau korset ya...
Sering Berjaga Setiap Malam Ini Kesan Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari Bahaya

Sering Berjaga Setiap Malam Ini Kesan Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari Bahaya

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 331 hits
Sering Berjaga Setiap Malam Ini KESAN Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari BAHAYA Susah tidur malam isu yang sering dialami oleh individu dewasa Namun tanpa disedari masalah tidak cukup tidur ini boleh mendatangkan impak bahaya k...
Ruthob Kurma Segar Kaya Khasiat

Ruthob Kurma Segar Kaya Khasiat

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 903 hits
Kurma ruthob sering disebut juga kurma segar atau kurma basah Ruthob bermaksud basah Sesuai dengan namanya kurma ruthob dipasarkan dalam keadaan segar dan belum dikeringkan Kurma ruthob jarang ditemui di pasaran kecuali melalui pengedar ata...
Kesan Banjir Kilat Selangor Parah Mb Bawa Isu Ke Mtes

Kesan Banjir Kilat Selangor Parah Mb Bawa Isu Ke Mtes

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 337 hits
DENGKIL 20 JULAI Kejadian banjir kilat di beberapa kawasan di Selangor baru baru ini hampir melumpuhkan pergerakan dan aktiviti harian penduduk kata Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari berkata pihaknya akan membawa isu berkenaan ke ...
Trust Deficit Kini Menampakkan Kesan

Trust Deficit Kini Menampakkan Kesan

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 131 hits
lama sejak mengambilalih kuasa dari Kerajaan PH seawal 16 March saya sudah menulis mengenai Trust Deficit Kebimbangan saya tentang kesan negatif kepada ekonomi akibat Trust Deficit menjadi nyata Sektor yang paling terkesan ialah Foreign Dir...
Covid 19 Sikap Ambil Mudah Masyarakat Beri Kesan Pada Seluruh Negara

Covid 19 Sikap Ambil Mudah Masyarakat Beri Kesan Pada Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 221 hits
SELURUH negara akan terkesan sekiranya masyarakat masih bersikap mengambil mudah dan sambil lewa terhadap pematuhan prosedur operasi standard di tempat awam seperti yang disarankan oleh kerajaan Aktivis sosial Lee Lam Thye berkata ia beriku...
Kerajaan Batal Lima 21 Mac Tahun Depan Susulan Kesan Covid 19

Kerajaan Batal Lima 21 Mac Tahun Depan Susulan Kesan Covid 19

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 249 hits
Penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2021 yang dijadualkan berlangsung pada 16 Mac sehingga 20 Mac tahun depan dibatalkan Kementerian Pertahanan dalam kenyataan berkata wabak Covid 19 yang melanda dunia ketika i...
Doktor Ingatkan Kesan Merokok Asap Wap Panas Jadi Punca Tompokan Timbul Pada Langit Langit

Doktor Ingatkan Kesan Merokok Asap Wap Panas Jadi Punca Tompokan Timbul Pada Langit Langit

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 337 hits
Umum kita mengetahui merokok ini lebih banyak mendatangkan kesan buruk berbanding kebaikan Malah boleh jadi tiada langsung kebaikan yang boleh didapati apabila kita merelakan diri kita terbakar perlahan lahan dijarah asap rokok Selain menga...
Ops Sarang Kesan Penagih Dadah Tegar

Ops Sarang Kesan Penagih Dadah Tegar

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 463 hits
Kalau sangap dadah lautan api pun sanggup direnangi Mana tidaknya baru sebulan kena hukuman sebatan kerana salah guna dadah sekarang penyangak ini leburkan wang bantuan prihatin nasional BPN untuk membeli dadah syabu atau ICE Itu antara pen...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik

Layan Madu Sesekali

Menu Lunch By Adik Bongsu

Due Diligence Penting Banget Buat Generasi Milenial Dan Gen Z Yang Mau Jadi Smart Investor

Comel Mengadu Berpeluk Lama Peminat Teruja Lihat Keintiman Song Jihyo Lee Dongwook