Belia Diminta Bantu Ahli Keluarga Jiran Mendaftar Untuk Bantuan Kerajaan


MIRI: Generasi berpendidikan khasnya dari luar bandar perlu membantu ahli keluarga atau jiran mereka mendaftar secara dalam talian untuk memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan.


Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan Dennis Ngau berkata, sebilangan besar penerima bantuan di pedalaman luar bandar adalah terdiri daripada golongan B40 dan M40 termasuk warga emas.

“Ketika ini semua permohonan untuk mendapatkan bantuan kerajaan dibuat secara dalam talian, bagi warga emas atau mereka yang tiada pendidikan maka agar sukar mereka untuk memohon atau mengemas kini permohonan.






“Sehubungan itu, saya meminta generasi muda yang celik teknologi dan berpendidikan membantu ahli keluarga, saudara mara atau jiran yang tidak berpendidikan mendaftarkan permohonan atau mengemas kini bantuan BSH atau Bantuan Prihatin Nasional,” kataya kepada Utusan Borneo kelmarin.

Dennis turut menghargai inisiatif kerajaan dalam memperkenalkan satu lagi bantuan baharu yang lebih fokus kepada kumpulan isi rumah berpendapatan RM4,000 hinggga RM8,000 atau M40.


“Bagaimanapun saya bimbang bantuan ini tidak sampai kepada penerima kerana kebanyakan penduduk tinggal berselerak dan sukar diakses menyebabkan mereka yang sepatutnya layak menerima bantuan tercicir daripada sistem pangkalan data kerajaan.

“Justeru saya berharap kerajaan mencari inisiatif lain untuk memastikan golongan B40 dan M40 yang layak menerima bantuan Prihatin Nasional ini tidak tercicir,” katanya.






Dennis berkata, terdapat segelintir penduduk luar bandar yang layak menerima bantuan tetapi tercicir kerana tidak tahu saluran atau cara hendak memohon.

“Ada penduduk sering berjumpa wakil rakyat untuk meminta bantuan persekolahan anak-anak atau untuk rawatan ke klinik.

“Saya juga sentiasa menasihati mereka untuk berjumpa dengan pegawai kita di pejabat dearah terdekat untuk mendaftar bantuan agar keluarga mereka dapat dibantu kerajaan,” jelasnya.

Menurut Dennis, sebahagian besar yang sangat memerlukan bantuan ialah mereka yang tidak berpendidikan dan warga emas yang menghadapi kesukaran memohon bantuan secara dalam talian.

“Sebab itu saya memohon agar generasi yang celik teknologi serta berpendidikan ini membantu mendaftarkan kumpulan yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional,” jelasnya.

Dennis juga tidak mahu golongan yang layak menerima bantuan tetapi tercicir seterusnya menyebabkan mereka beranggapan bahawa kerajaan tidak membantu mereka.

“Jika boleh kerajaan turun padang dan tidak hanya bergantung kepada pendaftaran secara dalam talian kerana banyak kawasan luar bandar tiada jaringan komunikasi,” jelasnya.
https://www.utusanborneo.com.my/2020/04/01/belia-diminta-bantu-ahli-keluarga-jiran-mendaftar-untuk-bantuan-kerajaan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2020/04/belia-diminta-bantu-ahli-keluarga-jiran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Minta Bantuan Kerajaan Adam Shahz Jadi Frontliner Bantu Negara

Tak Minta Bantuan Kerajaan Adam Shahz Jadi Frontliner Bantu Negara

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 263 hits
Minggu ini hangat diperkatakan mengenai isu beberapa artis yang meluahkan pendapat mengenai penggiat seni terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakkan Perkara itu menimbulkan The post appeared first on
Tak Tahan Dicemuh Jiran Ahli Keluarga Pesakit Covid 19 Ancam Bakar Rumah Sendiri

Tak Tahan Dicemuh Jiran Ahli Keluarga Pesakit Covid 19 Ancam Bakar Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 242 hits
Dalam detik detik yang sukar ini muncul satu stigma atau pandangan negatif dalam sesetengah masyarakat kepada pesakit yang telah dijangkiti dengan virus maut itu Stigma ini akhirnya boleh membuatkan si pesakit ini menjadi sedih dan dipandan...
Kerajaan Perlu Wujud Bantuan Khas Bantu Ekonomi Golongan Pks Shahril Hamdan

Kerajaan Perlu Wujud Bantuan Khas Bantu Ekonomi Golongan Pks Shahril Hamdan

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 396 hits
Ketua Penerangan UMNO Malaysia Shahril Hamdan berkata walaupun faktor keselamatan amat penting di kala negara menangani wabak pandemik COVID 19 namun kerajaan harus turut memandang serius kesan perintah Kawalan Pergerakan terhadap para peni...
Anak Rayu Doakan Ayah Selepas Lima Ahli Keluarga Maut Akibat Covid 19

Anak Rayu Doakan Ayah Selepas Lima Ahli Keluarga Maut Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 252 hits
Penularan wabak Covid 19 semakin membimbangkan apabila lebih 3000 individu dilaporkan telah dijangkiti di negara ini Anak Rayu Doakan Ayah Selepas Lima Ahli Keluarga Maut Akibat Covid 19
Artis Pun Rakyat Malaysia Mungkin Kerajaan Boleh Bagi Bantuan Khusus

Artis Pun Rakyat Malaysia Mungkin Kerajaan Boleh Bagi Bantuan Khusus

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 426 hits
Sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan apabila ada beberapa selebriti meluahkan pendapat mengenai nasib artis susulan lajutan Perintah Kawalan Pergerakan di mana periuk nasi mereka terjejas kerana tiada kerja Perkara itu turut mendapat...
Hidup Ikut Kemampuan Zarina Anjoulie Hentam Artis Minta Bantuan Kerajaan

Hidup Ikut Kemampuan Zarina Anjoulie Hentam Artis Minta Bantuan Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 512 hits
Pagi tadi pelakon Zarina Anjoulie ada memuat naik sebuah video di instagram mengenai sikap artis Malaysia yang boros dalam berbelanja dan terpaksa meminat bantuan dari pihak kerajaan di saat negara dilanda Covid 19 Foto IG Zarina AnjoulieVi...
Mari Kita Bantu Artis Yang Meminta Bantuan Ini Caranya

Mari Kita Bantu Artis Yang Meminta Bantuan Ini Caranya

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 250 hits
Semenjak dua atau 3 hari ini admin melihat artis atau selebriti Malaysia bersama sama memeriahkan Perintah Kawalan Penggerakan di laman sosial samada di FB atau Twitter Meriahnya apabila Black dan rakan rakan memohon bantuan kepada kerajaan...
Bantu Keluarga Odp Dan Pdp Pemkab Banyuwangi Kolaborasikan Lembaga Zakat

Bantu Keluarga Odp Dan Pdp Pemkab Banyuwangi Kolaborasikan Lembaga Zakat

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 159 hits
Dalam kesempatan itu Anas juga berterima kasih kepada seluruh ormas yang telah melakukan aksi nyata membantu masyarakat seperti penyemprotan disinfektan di tempat ibadah fasilitas publik dan lembaga pendidikan
Intan Najuwa Hulur Bantuan Rm10 000 Buka Tabung Bantu Golongan Yang Memerlukan

Intan Najuwa Hulur Bantuan Rm10 000 Buka Tabung Bantu Golongan Yang Memerlukan

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 491 hits
Pelakon terkenal Intan Najuwa dikatakan telah membuka tabung bantuan untuk bantu golongan yang berada dalam kesusahan sebanyak RM10 000 semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Intan mengatakan yang dia mampu beri sebanyak itu sahaja...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik