Beli Tempe Mentah Di Tiktok


Review Pengalaman Pertama Order Tempe OnlineAkhirnya sejarah peribadi tercatat, aku beli barang dapur paling ‘rare’ di TikTok. Aku dah pernah beli makanan segera, bahan mentah masakan dan kali ni aku beli tempe. Ye weh aku beli tempe mentah, aku sendiri tak pernah terfikir akan terjebak.
Inilah akibatnya kalau asyik scroll TikTok. Aku tak sengaja masuk ‘Live’ penjual tempe. Tak sangka tempe mentah pun orang jual. Mudahnya sekarang semua benda boleh beli online je. Waktu dalam live tu, seller tu tunjuk tempe mentah yang masih fresh, siap balut elok.

Dia tunjuk tempe yang belum jadi tempe. Ha faham tak? Kiranya tempe fresh yang masih belum ada warna putih-putih tu. Masih dalam bentuk kekacang soya dan tak melekat di antara satu sama lain. Oh ya sebelum ni aku pernah beli Kek Tapak Kuda Ustaz ya. 

 




Beli Tempe Mentah Di Tiktok Aku memang jenis suka makan tempe goreng. Makan goreng kunyit pon sedap. Kalau rajin buat sambal tempe. Alang-alang teruja memang terus aku checkout sebab dapat free shipping. Memang mudah dan jimat.

Tempeh merupakan hidangan yang kaya dengan nilai gizi dan merupakan makanan sumber protein tinggi yang dibuat daripada kacang soya yang difermentasikan dengan ragi. Ia kaya dengan mineral seperti magnesium, fosfor, kalium, vitamin A, vitamin B6, kalsium, dan zat besi.

 



Hantar Sampai Depan Pintu Sebelum ni aku terpaksa tunggu hari Sabtu sebab selalu beli dekat Pasar Tani. Tempe dekat pasar dia balut dengan daun pisang dan confirm fresh. Aku trauma beli dekat pasaraya sebab pernah dapat tempe cepat busuk.

Sekarang tak payah susah-susah sebab tunggu je parcel sampai depan pintu. Yang best, penghantaran tak lama pun. Bila parcel sampai, aku agak berdebar juga membayangkan keadaan tempe.

Tapi Alhamdulillah. Syukur, packaging dia kemas. Tempe masih elok, tak busuk. Bau dia pun masih fresh. Memenuhi tanggapan aku dan semestinya boleh repeat beli lagi lepas ni.  

 

Beli Di Pojie’s Tempe Aku beli tempe mentah jenama Pojie. Produk ni adalah produk Bumiputera dan dijamin Halal. Dah lama wujud dan aku je baru tahu kewujudan mereka. Ada kilang sendiri. Bangga weh, pemilik dia mula masa umur 24 tahun. Baca lebih tentang Tempe Pojie 

Dalam parcel dia siap selit manual langkah perlu dibuat selepas terima parcel. Ada panduan dan tips yang dia kongsikan supaya elok tempe terbentuk. Masa korang terima, tempe tu dalam bentuk kacang soya yang belum melekat antara satu sama lain tau.

Kena biarkan tempe tu beberapa hari, tunggu dia proses sendiri. lepas tu baru boleh makan. Tak susah pun. Dah siap boleh simpan dalam fridge.

Korang yang nak cuba boleh beli guna link di bawah ni:

TikTok – klik sini

Shopee – sini pon okay

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2025/09/tempe-mentah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Trust Legal Process Says Ex Rep After Ewon S Premature Resignation

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Truth About Slot Gampang Menang And Consistent Wins

Kedai Makan Cantik Di Bangi Lauk Pauk Meriah Sedap Teruk Update Secara Pukal

Indonesia Plans Rupiah Redenomination Bill

Resipi Ayam Masak Madu Suri Hati Dan Moist Kek Cinnamon Roll Omggg

Delicious Authentic Indian Beef Curry Recipe With Coconut Milk

Lorong Seni Dan Pelancongan Kkb