Beli Set Komputer Desktop Acer Aspire Xc 885 Di Karamunsing
hi semua, kalau kamu di KK dan mau cari barang-barang komputer seperti laptop atau desktop, mrs pip syokkan kamurang untuk pergi ke kompleks karamunsing. kalau yang masih belum tahu (tapi rasa-rasanya semuar orang KK ni memang tahu lah bah kan), Kompleks Karamunsing ni memang hub atau centre atau pusat untuk barang barang komputer kan ... memang tumpuan semua kedai kedai komputer ada di sini kan, banyak pilihan dan harga pun kompetitif, ndak jauh beza harga satu kedai dengan kedai yang lain kan
Beli set komputer desktop di Karamunsing
dijadikan cerita, laptop kesayangan mrs pip yang berusia masuk 10 tahun tu mula menunjukkan tanda-tanda penuaan. haha, ingat orang jak ada tanda-tanda tua, laptop pun ada tau! bila kejap kejap rosak itu ini, nah makanya bersedialah untuk ditukar
so, selama hampir setahun la juga guna phone jak untuk update blog. boleh tahan juga kena sabar bila update entry guna phone ni screen size dia sangat limited. lepas tu blog layout jadi besar kecik besar kecik jak setiap kali mau edit entry. huh
Beli set komputer desktop di Karamunsing
jadi kebetulan mr.Husband pun perlukan laptop / desktop untuk buat kerja-kerja dia kan, dan lepas bincang punya bincang dan ada sedikit peruntukan, maka kami pun bercadang untuk beli set desktop baru.pada asalnya mau beli laptop tetapi memandangkan keperluan untuk bawa laptop ke sana sini tu dah berkurangan (bukan macam time mrs pip kerja dulu memang kena angkut laptop sentiasa), jadi kali ni kami decided untuk beli desktop sahaja, dan bajet sekitar RM2500 siap dengan monitor sekali
Beli set komputer desktop di Karamunsing
Beli set komputer di Karamunsing. Memang setiap kali cari barang-barang komputer atau repair laptop, memang mrs pip akan datang ke Karamunsing ni pasal di sini kan kiranya syurga barang barang berkaitan dengan komputer.
Dari satu kedai ke satu kedai mr.Husband survey, buat perbandingan spek untuk desktop dan kena beli yang sesuai dengan bajet yang ada. 4/1/20 tu kitorang jalan-jalan untuk survey saja dulu, angkut budak tiga orang ni. Bila bawa anak-anak kecil ni, memang limited untuk beli barang , time kau mau pilih time tu lah anak sibuk tengok benda lain, lari sana sini so kami tengok tengok jak la dulu, sambil sambil happykan anak anak bawa dorang jalan jalan
sweet cherry SCR6
Iman dan Amin jadi geng daddy lah, kena pegang oleh daddy manakala Nami jadi geng mommy masuk dalam stroller. seronok la Nami duduk elok elok dalam stroller, suka dia jalan jalan cuci mata.
kalau ada yang tanya Nami guna stroller apa, ni stroller Sweet Cherry SCR6. Stroller ni travel stroller compatible dengan car seat sweet cherry tapi kalau nak pasang car seat kat stroller ni kena beli adapter sweet cherry tu dalam RM60.00 ..
stroller ni mrs pip beli time preggy-kan Amin, now Amin pun sudah berusia 5 tahun ++ (November baby), dan stroller ni masih dalam keadaan tip top sampai sekarang dan berbaloi melabur stroller mahal sikit (Harga time beli sekitar RM600.00) , tahan lama as long as kau jaga elok elok dan kalau kotor lapis stroller tu boleh dibuka sepenuhnya untuk cucian tangan
sweet cherry SCR6
Alang-alang sudah tercakap pasal stroller ni kan, mrs pip bagi review stroller sweet cherry SCR6 sikit lah ya, manatau ada yang mau beli stroller sweet cherry SCR6 ni juga.
Stroller ni mrs pip beli di LAZADA satu ketika dulu, dan harga sedikit murah berbanding beli di laman web sweet cherry sendiri atau di kedai! dan time tu kalau ndak silap kena bayar postage RM60.00 tapi lepas bayar postage pun harga still sedikit murah berbanding beli di kedai ..
Pilihan mommy 'the sweet cherry stroller 6' from LAZADA
Stroller ni so far mrs pip happy lah guna. memang agak heavy duty dan senang untuk maneuver. Tetapi no things are perfect kan. Yang mrs pip a bit unhappy ialah ruang untuk simpan barang di bawah stroller ni memang sangat limited, in fact macam tak berfungsi kalau kau ada new born pasal new born kan kena letak banyak barang segala diapers kan ..
dan untuk kau sangkut barang kat handle dia pun kau kena beli extra s-hook untuk sangkut beg! tapi kalau kau sejenis tak kisah pasal ruang simpan barang pasala boleh sandang baby bag kau, dan jenis tak suka sangkut2 barang lain kat stroller, makanya YES you can buy this stroller
Sekarang ni Nami pun dah besar sikit, baby bag dia pun dah ringan so sandang sajalah baby bag dia , tak pun mrs pip just ikat kat handle bar (tak guna s-hook pun) baby bag si Nami dan ruang simpan barang kat bawah tu memang mrs pip jarang sangat guna
Aura Hijab rawat rambut gugur
Lepas dah jalan jalan survey desktop, mrs pip memang dah buat temujanji dengan kawan untuk collect stok Aura Hijab. Aura Hijab tu apa?
Syampu AURA HIJAB untuk rambut gugur
kalau ada yang ndak tau , mrs pip salah seorang agen Aura Hijab , produk syampu dan hairbooster merawat rambut gugur. jadi kamurang yang di Sabah, kalau ada maslah rambut gugur ni, boleh jak calling calling wasap mrs pip untuk beli Aura Hijab dari mrs pip ok. Kami boleh pos seluruh Sabah dan Sarawak bah.
Aura Hijab Syampu Rawat Rambut Gugur
Untuk Semenanjung, kalau ada yang berminat, kami boleh referkan agen dari sana :)) so jimat postage korang kan kalau nak beli. Biar beli dengan agen sendiri gitu
14 Punca Rambut Gugur dan 6 Cara Merawat Keguguran Rambut
Beli set komputer desktop di Karamunsing
lepas ambil stok Aura Hijab, kita jalan jalan lagi dan anak anak "pau" daddy dorang minta toys. so, sorang satu pilih toys masing masing. Iman pilih dragon yang Amin pilih senapang. Nami pula dapat musical toys. Lepas tu rasa lapar lah pula, end up mr.Husband bawa masuk KFC. sesekali layan KFC apa salahnya kan.
lepas tu kitorang balik , memang hari tu ndak beli pun desktop. Lagi satu kalau beli pun, ndak da ruang untuk simpan desktop dalam kereta, almaklumlah kereta full house! banyak betul barang anak anak ni kalau kami berangkut jalan
Jadi, minggu satu lagi 10/1/20 lepas mr.Husband balik dari kerja, dia pergi balik Karamunsing tu dan beli set desktop selepas dia yakin dengan specs yang dia nak (at least ada graphic card boleh main games dan tidak lagging katanya) ...
jadi mari kita unboxing set desktop baru dan semoga lepas ni akan lebih rajin update blog insya allah
unboxing new desktop
mr.Husband pilih Acer Aspire XC-885. Kenapa pilih Acer?
Dari pengalaman kami berdua guna laptop (yes all these years memang kami buat kerja guna laptop) , so far lah kan, laptop Acer mampu bertahan sehingga hampir 10 tahun, walaupun kena angkut selalu ke hulu ke hilir berbanding jenama lain yang kami pernah guna. Maka stick jak la bah guna Acer. Dan untuk monitor screen pula, mr.Husband beli Samsung LCD screen 21.5 inc.
Just in case la bah kamurang mencari set desktop baru, berikut ialah specs bagi desktop
Acer Aspire XC-885:-
Operating System: Window 10 Home 64-bitProcessor: 8th Gen IntelCore i5 processor 8400 Graphics: NVIDIA GeForce GT1030 2GBMemory: 4GB DDR4 MemoryHard Drive: 1TB H/DOptical Device: DVD Re-writable Drive Card Reader: Card ReaderNetworking: 802.11ac wireless networking, 802.11a/b/g/n compatible & bluetooth
unboxing new desktop
Tada! inilah rupa set desktop baru milik bersama mr.Husband dan mrs pip. CPU tower tu kecik kompak jak saiz, memang jimat ruang sangat. Harga pula sesuai dengan bajet yang ditetapkan.
Untuk harga Acer Aspire XC-885 tu bersama wireless keyboard dan mouse ialah RM2050.00, dan monitor pula RM300.00
Dan memandangkan mrs pip seorang minimalist, jadi meja kerja haruslah simple, ndak perlu dihias-hias , nanti hias cantik cantik, habis si Nami kerjakan kacau satu persatu barang atas meja. akak juga yang muka stress nanti
semoga lebih bersemangat menulis blog selepas ini XD :))
cheers
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrspip.com/2020/02/beli-desktop-acer-aspire-xc885-di-karamunsing.html