Beli Rumah Atau Hartanah Di Kawasan Berisiko Banjir Berbaloi Atau Tidak


Assalamualaikum. Hai
 
Sebenarnya cuaca kat Terengganu ni masih tak menentu lagi. Tapi dalam minggu ni alhamdulillah cuaca nampak cerah dan matahari ada la memancarkan cahaya. Dapat la keringkan jemuran dalam masa sehari lepas kena basuh. Kalau tidak, terpaksa la tunggu berhari-hari baru kering sebab sidai kat bawah garaj je. Malas nak pergi keringkan kat dobi
  Malam tadi dah dapat rasa aura yang hujan akan kembali turun. Selalunya bila cuaca tu rasa sejuk lain macam je, mesti akan hujan lebat non-stop. Begitu lah keadaannya. Memang hari ni hujan dah start turun dengan lebat non-stop. Mungkin akan berhari-hari jugak la agaknya
  Bila cakap pasal hujan ni kan, macam kat Terengganu ni dah sinonim dengan banjir. Ada kawasan tertentu yang akan dinaiki air. Macam kat tempat kawasan aku tinggal ni, alhamdulillah terhindar dari bencana banjir. Syukur la juga. Walaupun dekat dengan kawasan yang selalu dinaiki air. Setakat ni tak pernah sampai ke sini lagi la. Mungkin tanah kawasan rumah ni tinggi. Alhamdulillah


Kadang aku terfikir juga, kesiannya pemilik rumah yang selalu dinaiki air ni bila banjir melanda. Air naik paras betis pun dah merunsingkan kepala tau. Jenuh nak cuci rumah satu hal. Lepas tu banyak juga harta benda yang akan rosak. Tak terjangkau apa la perasaan depa
  Selalunya bila banjir dah surut, encik CH akan bawa kami anak-beranak meronda tengok keadaan. Nak menolong kudrat dengan membersihkan rumah mangsa belum berkemampuan sebab dengan anak kecik berderet. Jadi pergi tengok kawasan dan muhasabah diri je la mampu setakat ni.   Bersyukur juga dapat tinggal di kawasan tak kena banjir walaupun tinggal sekali dengan mertua dan bukan rumah sendiri lagi. Ada la sebabnya tu Allah belum izin kami beli rumah/hartanah sendiri buat masa ni. Sebut pasal ni, tetiba idea mencurah nak tulis pasal beli rumah/hartanah. So, let's talk about this!



Beli Rumah atau Hartanah Di Kawasan Berisiko Banjir. Berbaloi Atau Tidak?

Susah jugak sebenarnya nak cakap pasal ni. Ada yang cakap berbaloi sebab harga murah. Lagipun bukan selalu banjir pun. Cuma bila tiba musim dia ja yang perlu bersedia nak hadap kejadian banjir ni. Jadi boleh plan dari awal untuk kemas dan pindahkan barangan dalam rumah di kawasan yang lebih tinggi. Contohnya atas loteng. Ataupun beli/bina rumah 2 tingkat, jadi bila banjir boleh berlindung di tingkat atas


Tapi ada juga yang kalau boleh nak elakkan beli rumah/hartanah di kawasan banjir. Sebab tak sanggup nak hadap risiko kerosakan harta benda akibat banjir. Bukan semua berkemampuan nak bina/beli rumah 2 tingkat atau renovate rumah buat loteng kat atas untuk persediaan banjir. Kena tengok juga jumlah pinjaman perumahan yang layak diterima untuk tujuan beli rumah/hartanah ni dulu.
  Oh, cakap pasal pinjaman perumahan yang layak ni, kita kena bersedia juga dengan bermacam kos yang terlibat. Antara kos yang perlu ditanggung adalah kos guaman, kos ejen hartanah, kos proses dapatkan pinjaman dan kelulusan bank. Boleh tahan besar juga kosnya tu. Belum lagi nak kena bertungkus-lumus kumpul duit deposit rumah sebanyak 10%. Uishhh..jenuh juga kan? Selain tu, sebelum apa-apa kita kena buat dulu semakan samada ada kita layak beli rumah/hartanah atau tidak


Bila fikir balik memang banyak yang perlu diambil kira sebelum decide nak beli rumah/hartanah ni. Tambah-tambah di kawasan yang berisiko banjir. Memang la ada yang kata takpa je janji harga murah. Tapi bukan semua yang sanggup nak hadap risiko yang bakal jadi. Kan?


Tips Atasi Kesilapan Beli Rumah/Hartanah Di Kawasan Berisiko Banjir
Kebiasaannya, masa kita nak beli rumah/hartanah, semua yang elok-elok je akan diberitahu oleh ejen hartanah yang kita berurusan. Bukan salah ejen tu juga sebenarnya. Tambahan kalau memang tak pernah lagi berlaku banjir kat kawasan rumah/hartanah yang kita nak beli tu. Atau tapak pembinaan rumah yang baru dibangunkan tu memang bukan kawasan yang akan banjir.
  Tapi banjir ni kan bencana alam yang kita pun tak dapat jangka. Mungkin sebelum ni tak pernah dinaiki air banjir, mana tahu masa akan datang tiba-tiba masalah banjir ni boleh terjadi. Selalunya disebabkan beberapa faktor contohnya sungai berdekatan yang semakin dicemari sampah, sistem perparitan/saliran air yang tak sistematik, kawasan perumahan rupanya dibina di tanah rendah dan lain-lain kemungkinan lagi




Jadi apa penyelesaian yang boleh difikirkan untuk atasi kesilapan yang kita dah buat tu? Nak refinance macam takda kesan apa-apa pun. Nak jual semula rumah pun macam susah je nak dapatkan pembeli yang baru dan harga memang jatuh teruk la. Aduhai. Dugaan sungguh kan?
  Takpa. Jangan risau okay. Meh aku kongsikan beberapa cara yang mungkin boleh diambil untuk atasi masalah ni dan korang masih boleh tinggal kat rumah tu. Antaranya adalah:

    Langgan polisi insurans bencana alam     Buat tuntutan pampasan banjir daripada LPPSA    Buat tuntutan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Mungkin prosesnya sedikit rumit dan memakan masa (biasa la tu bila bab tuntutan ni), tapi sekurang-kurangnya ada jalan penyelesaian yang boleh kita usahakan. Terasa la ringan sedikit beban yang mungkin akan ditanggung. Begitulah dugaan yang akan dihadapi bila kita decide nak miliki rumah/hartanah sendiri


Adakah Kenaikan OPR akan Menjejaskan Pinjaman Perumahan?Haaa...cakap pasal beli rumah/hartanah ni, tetiba aku teringat pula pasal pengumuman OPR yang akan naik lagi untuk tahun 2023 ni. Sebut pasal kenaikan OPR, ramai juga la pemilik rumah/hartanah yang buat pinjaman perumahan merungut dan bising. Sebab bila OPR naik, kadar untuk bayaran pinjaman perumahan akan naik juga. Sebab tu la ramai yang rasa runsing dan terbeban. Komitmen jadi makin bertambah. Aduhai. Aku mampu tumpang simpati je la. Huhu
  Nak buat macam mana kan? Nak taknak terpaksa jugak hadap. Cuma kalau rasa makin terbeban, sebagai pemilik kena rancang semula kewangan untuk dapat bayar juga installment rumah/hartanah yang ada tu tanpa gagal. Kalau tidak, naya je kena lelong pulak rumah/hartanah tu nanti
  Untuk tujuan perancangan kewangan tu, korang kena la kira semula loan rumah/hartanah yang dimiliki. Banyak je mortgage kalkulator yang tersedia secara online untuk buat pengiraan jual beli rumah/hartanah. Semoga dapat membantu korang ya
  Aku sendiri ambil tahu pasal ni sebab berimpian nak ada rumah/hartanah sendiri juga. InsyaAllah satu masa nanti kalau diizinkan Allah dan ada rezeki buat kami sekeluarga bina 'syurga' kami sendiri. Kalau boleh, nak ada rumah tanpa terpaksa membuat hutang. Gituhhh berangan tak hengat. Hihi. Korang doakan tau!


Bisik-bisik :: Semua orang ada keinginan memiliki rumah sendiri kan? Aku pun tak terkecuali.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2023/01/beli-rumah-atau-hartanah-di-kawasan-berisiko-banjir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Netizen Tergamam Tokti Beli Rumah Mewah Pertama Di Dubai Alhamdulilah Rezeki Dia

Netizen Tergamam Tokti Beli Rumah Mewah Pertama Di Dubai Alhamdulilah Rezeki Dia

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 164 hits
Nama penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tokti tidak asing dalam dunia hiburan Mana tidaknya beliau sering dijadikan idola ramai dengan pencapaiannya sebagai penyanyi nombor satu negara Pun begitu baru baru ini Tok...
Mb Terengganu Umum Bantuan Tunai Dan Baiki Rumah Mangsa Banjir

Mb Terengganu Umum Bantuan Tunai Dan Baiki Rumah Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 208 hits
MB Terengganu umum bantuan tunai dan baiki rumah mangsa banjirBantuan wang tunai akan disalurkan kepada mangsa banjir yang terjejas di Terengganu baru baru ini umum Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Menteri Besar Terengganu berkata mangsa...
Cara Cek Harga Website Atau Blog Untuk Jual Atau Beli

Cara Cek Harga Website Atau Blog Untuk Jual Atau Beli

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 199 hits
Banyak orang atau lembaga yang memilih membeli website atau blog yang sudah banyak pengunjung ketimbang bikin baru Berikut ini cara cek harga website atau blog untuk jual atau beli Jika Anda ingin menjual membeli website tentu harus menentu...
Bantuan Wang Ihsan Rm1000 Bagi Isi Rumah Terjejas Banjir

Bantuan Wang Ihsan Rm1000 Bagi Isi Rumah Terjejas Banjir

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 199 hits
TERKINI Bantuan Wang Ihsan RM1000 Untuk Setiap Ketua Isi Rumah Terjejas Banjir ANDA TERKESAN DENGAN BANJIR Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Wang Ihsan syarat syarat kelayakan mendapatkan bantuan RM1000 RM5000 serta cara memb...
Elak Bercuti Di Kawasan Berisiko Tinggi Pada Musim Tengkujuh

Elak Bercuti Di Kawasan Berisiko Tinggi Pada Musim Tengkujuh

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 166 hits
Hi Korang Ramai ibu bapa telah merancang percutian menarik untuk anak anak mereka pada cuti persekolahan hujung tahun ini Namun musim tengkujuh juga bermula dan para pelancong perlu menjangkakan hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir k...
Rumah Terkunci Seorang Korban Banjir Di Semarang Meninggal Dunia

Rumah Terkunci Seorang Korban Banjir Di Semarang Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 138 hits
Banjir yang melanda kawasan Perumahan Dinar Indah Kelurahan Meteseh Kecamatan Tembalang Kota Semarang Jawa Tengah Jumat menyebabkan seorang warga meninggal dunia
Banjir Terburuk Besut 11 Rumah Musnah 100 Mangsa Banjir Buntu Penyelesai Harap Bantuan Kerajaan Negeri Pusat

Banjir Terburuk Besut 11 Rumah Musnah 100 Mangsa Banjir Buntu Penyelesai Harap Bantuan Kerajaan Negeri Pusat

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 146 hits
Hampir semua 53 mangsa banjir daripada 12 keluarga di Kampung La Besut masih berada di pusat pemindahan sementara selepas rumah yang dihuni sejak berpuluh tahun lalu musnah sepenuhnya akibat banjir Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Ram...
Siti Nurhaliza Beli Rumah Pertama Di Dubai

Siti Nurhaliza Beli Rumah Pertama Di Dubai

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 177 hits
Berita gembira itu dikongsikan oleh anaknya Asyraf Khalid yang mengucapkan tahniah di atas kejayaan ibu tirinya itu serta menjadikan ianya inspirasi buat dirinya dan isteri Tya Arififn untuk bekerja keras Sementara itu menerusi video di Ins...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul