Beli Kereta Baru Antara Alasan Tangguh Bayar Ptptn



SINTOK, 4 Nov  — Membeli kereta baharu antara alasan peminjam  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah tamat pengajian memohon rayuan penangguhan bayaran balik pinjaman mereka.

Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata alasan itu tidak munasabah kerana sekiranya peminjam itu mampu membayar ansuran bulanan kereta makanya mereka juga mampu untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN misalnya ada serendah RM90 sebulan.


Loading... “Rayuan ini banyak tapi kadang-kadang saya tengok, yerlah kalau rayuan itu (seperti) tak mampu bayar lagi sebab tak kerja, ibu bapa sakit, itu kita boleh fikirlah. Tetapi kalau sekiranya mohon rayuan penangguhan sebab nak beli kereta untuk kerja, agak tak adillah sekiranya mohon penangguhan daripada PTPTN.

“...kalau boleh buat macam itu, sepatutnya bolehlah bayar PTPTN. Kadang-kadang (peminjam yang) minta penangguhan bayar (PTPTN) RM90 sebulan, kereta itu bayar RM600 boleh,” katanya pada sidang media selepas majlis santai bersamanya di Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.

Wan Saiful berkata situasi itu menunjukkan satu budaya masyarakat yang mementingkan diri sendiri apabila sikap mereka yang lebih mengutamakan kereta baharu daripada membayar balik hutang PTPTN yang telah pun digunakan mereka.

“Ini isu sikap. Prioritinya di mana...realitinya dia (peminjam) dah ambil (pinjaman PTPTN), dan guna belanja duit PTPTN itu, dapat dah faedah, sepatutnya kena lunas balik pinjaman supaya orang lain boleh dapat pinjaman itu,” katanya.

Sebubungan itu, beliau berharap peminjam perlu lebih bertanggungjawab menunaikan tanggungjawab membuat bayaran balik pinjaman PTPTN mereka supaya pelajar baharu lain boleh mendapat manfaat sama nanti.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata peminjam PTPTN yang bekerja dengan gaji RM1,000 ke atas dan menghadapi masalah kewangan untuk membuat pembayaran balik secara potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus boleh mengemukakan rayuan kepada perbadanan tabung pendidikan itu.

“Sudah tentu mereka masih boleh membuat rayuan...kita akan tengok kepada rayuan-rayuan yang alasan munasabah,” katanya.

Beliau berkata dijangkakan pelaksanaan pemotongan gaji secara berjadual untuk bayaran balik pinjaman PTPTN itu dapat dilakukan pada suku pertama tahun depan.

“Dalam tempoh dua bulan ini pihak kita akan menjalankan penerangan di seluruh negara melibatkan pihak berkepentingan sama ada penduduk setempat, pihak universiti, NGO (Badan Bukan Kerajaan) dan juga media mengenai pelaksanaan pemotongan gaji secara berjadual ini,” katanya.

Dalam pembentangan Bajet 2019 Jumaat lepas, Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyatakan kerajaan memperkenalkan kaedah pembayaran balik pinjaman PTPTN menerusi potongan gaji berjadual dengan ia hanya diguna pakai untuk peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/11/beli-kereta-baru-antara-alasan-tangguh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Minta Tangguh Bayaran Ptptn Kerana Beli Kereta Baharu

Ramai Minta Tangguh Bayaran Ptptn Kerana Beli Kereta Baharu

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 371 hits
04 November 2018 7 43 PM SINTOK Membeli kereta baharu antara alasan peminjam nbsp Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang telah tamat pengajian memohon rayuan penangg
Umno Gesa Kerajaan Putuskan Cadangan Tangguh Bayar Ptptn

Umno Gesa Kerajaan Putuskan Cadangan Tangguh Bayar Ptptn

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 344 hits
PETALING JAYA Umno hari ini menggesa kerajaan memutuskan cadangan memulakan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional di tangga gaji RM4 000 ekoran pendedahan tentang penurunan kutipan bayaran balik Ketua Penera...
Ingin Cari Sebab Beli Barang Elektrik Baru Tunggu 11 11

Ingin Cari Sebab Beli Barang Elektrik Baru Tunggu 11 11

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 384 hits
Siapa yang tak nak rumah impian anda dipenuhi perabot dan barangan elektrik yang lengkap kan Cuba bayangkan rumah yang dilengkapi dengan peyaman udara Televisyen terkini peralatan dapur yang canggih dan mesin basuh baru Wow mesti seronok Te...
Kerajaan Tak Ada Duit Desak Bayar Pinjaman Ptptn

Kerajaan Tak Ada Duit Desak Bayar Pinjaman Ptptn

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 316 hits
KUALA LUMPUR 24 Sept Kerajaan Pakatan Ha rapan tidak mempunyai hak untuk me nuntut hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional daripada peminjam berpendapatan RM4 000 ke bawah setelah parti itu menjanjikan penangguhan bayaran buat g...
Surat Perjanjian Bertulis Rasmi Untuk Kereta Sambung Bayar

Surat Perjanjian Bertulis Rasmi Untuk Kereta Sambung Bayar

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 936 hits
Surat Perjanjian Jual Beli Kereta Kaedah Sambung Bayar Ramai sedia maklum hutang pembiayaan untuk membeli kenderaan banyak membantu orang ramai untuk memiliki kenderaan Tetapi adakah anda tahu hutang kenderaan juga banyak menyebabkan ramai ...
Potong Gaji Berjadual Galak Bayar Balik Ptptn Kata Menteri

Potong Gaji Berjadual Galak Bayar Balik Ptptn Kata Menteri

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 426 hits
KUALA LUMPUR 2 Nov Lima langkah akan diperkenalkan kerajaan bagi membantu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional membayar balik pinjaman mereka mulai tahun depan termasuk memberi potongan pinjaman kepada pelajar daripada isi ...
Mb Kedah Dapat Projek Baru Kereta Pun Tukar Baru Wow

Mb Kedah Dapat Projek Baru Kereta Pun Tukar Baru Wow

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 952 hits
Opcom dapat projek RM11 juta daripada Telekom Malaysia Siapa shareholder Opcom Mukhriz Mahathir 23 41 Norzietah Zakaria melalui M Ocean Capital Sdn Bhd 11 16 Siapa Norzietah Zakaria Norzietah Zakaria adalah isteri kepada Mukhriz Mahathir Si...
Gagal Tunai Janji Tangguh Bayaran Balik Pengerusi Ptptn Minta Maaf

Gagal Tunai Janji Tangguh Bayaran Balik Pengerusi Ptptn Minta Maaf

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 414 hits
Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional memohon maaf kerana gagal tunaikan janji untuk menangguh bayaran balik kepada peminjam bergaji bawah RM4 000 Wan Saiful Wan Jan berkata keputusan dibuat ekoran hutang negara yang tinggi...
Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Breakthrough Insights New Clinical Trial Results Unveil Potential Of Incretin Therapies

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

Smm Says Conditional Nod For Farhash Linked Firm Scrapped To Sue Media

Consumer Credit Law Risks Squeezing Poorer Households Further Says Think Tank


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Seorang Wanita Melecur 5 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Di Tawau

Drama Epok

Bila Dua Hati Belajar Memaafkan

Mykad Rosak Panduan Lengkap Cara Ganti Dengan Mudah Dan Cepat

Thailand Kemboja Bertempur Masuk Hari Ketiga 33 Terbunuh Phnom Penh Desak Gencatan Segera

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital