Beli Brownies Sedap Dari Iqram Dinzly Di Cikbvaganzafoodfest
Beli Brownies Sedap Dari Iqram Dinzly di CikBVaganzaFoodFest. Alhamdulillah bertemu kita lagi ya.. Diharap semuanya sihat dan ceria selalu.
Baru-baru ini selepas pulang dari bercuti dan zaza masih berada di KL..sempat lagi zaza ke CikBVaganzaFoodFest di Stadium Shah Alam.
Sebenarnya pada hari tu kakak zaza masih lagi bercuti..Jadi disebabkan macam tak tahu dah nak kemana..zaza baru teringat ada CikBVaganzaFoodFest. Lagi pun lokasi festa tu pun tak jauh sangat dari rumah. Jadi zaza ajak la kakak dan anak-anaknya berjalan ke sana sambil boleh tengok artis-artis yang terlibat dalam festa ini.
Alhamdulillah cuaca pada mulanya baik. Sampai je ke lokasi jenuh juga mencari parking kereta.
Dari jauh terdengar ada nyanyian..ingatkan nyanyian dari orang-orang biasa yang berkaraoke..rupanya bila dah dekat barulah nampak yang menyanyi tu adalah Zulin Aziz disertai oleh Dato Vida, Azza Elite dan Iqram Dinzly.
Dapatlah juga tengok Dato Vida dari jauh..macam biasalah dengan perangai gila-gila Dato Vida yang cukup menghiburkan penonton yang melihat.. Tapi zaza tak tengok sampai habis pun sebab selepas tu kami terus meronda-ronda kawasan gerai untuk melihat apa makanan dan barangan yang best dijual kat situ..
Biasa kalau pergi festa-festa ni zaza lebih tertarik untuk membeli makanan saja.. Jadi kebetulan masa lalu kat gerai-gerai tu..ternampaklah gerai jualan Iqram Dinzly. Siapa tak kenal kan Iqram ni..seorang pelakon yang dikenali suatu ketika dulu.
Dekat gerai Iqram Dinzly ni ada jual brownies..mulanya kami diberi test dulu untuk rasa. Bila dah rasa tu memang sedap sungguh. Jadi yang tukang belinya adalah kakak zaza hehe..adik dia yang sorang ni tukang tolong makan je..
Sempat lagi zaza shoot gambar Iqram sedang menyiapkan dan pack brownies yang dibeli tu.. 4 ketul brownies ni hanya RM25. Memang berbaloi la beli dan makan. Lembut je browniesnya..Dah sudah beli tu kami pun minta untuk ambil gambar bersama..Terima kasih Iqram Dinzly
Seterusnya kami pusing-pusing lagi..biasa zaza kalau festa macam ni apa yang dicari adalah makanan kegemaran zaza lah iaitu laksa. Kebetulan dari jauh zaza nampak ada gerai menjual laksa sarang. Harganya RM6 sebekas. Oklah harga dekat KL ni kan.. Kalau kat tempat zaza laksa sarang hanya RM3.50 saja
Selepas tu pusing-pusing lagi dan kakak zaza adalah juga membeli beberapa makanan lain di beberapa gerai jualan artis seperti Zulin Aziz, Abang Abon, Abang Mubarak Majid, Vicha Barbie dan juga melihat artis-artis lain yang berjualan di sana.
Gerai Abang Abon yang menjual roti..sedappp.
Bersama Abang Mubarak Majid
Bersama Zulin Aziz.. jual nasi sambal petai..sedapp
Bersama Vicha Barbie ( Maharajalawak )
Siapa masih kenal artis veteran Kismah Johar ni
Syed Ali..sempat lagi buat peace..dulu selalu juga tengok Syed Ali ni berlakon kat tv..cuma sekarang macam dah tak ada..maybe sekarang dia fokus kepada bisnes agaknya.
Dan ramai lagi sebenarnya artis yang ada. Cumanya zaza tak sempat-sempat nak terjah semua gerai memandangkan tiba-tiba hujan mula turun.. So zaza, kakak dan anak-anaknya berlari-lari ke tempat parking untuk pulang
Nyanyian dari Zulin Aziz dan borak-borak oleh Dato Vida, Iqram Dinzly dan juga Azza Elite
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.zazaiman.com/2020/01/beli-brownies-sedap-dari-iqram-dinzly.html