Beli Barangan Bayi Pada Harga Murah Dapat Jimat Lebih Ini Yang Mama Papa Suka
Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ini, kos perbelanjaan keluarga akan menjadi keutamaan ibu bapa. Ini bagi memastikan kelangsungan hidup ahli keluarga terjamin dan segala keperluan penting dapat disediakan dengan baik.
Bagi ibu bapa yang ada anak kecil atau yang sedang dalam fasa menunggu kehadiran orang baru, semestinya sentiasa ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak kerana masih jauh lagi perjalanan mereka untuk membesar.
Mungkin sebelum ini, untuk berbelanja membeli segala keperluan anak ibu bapa tak kisah. Namun dengan situasi yang berlaku sejak beberapa bulan lalu, ada yang mula berkira-kira dan akan hadkan bajet yang tak penting bagi mengelakkan pembaziran.
Lagipun ramai ibu bapa berpendapat, untuk membeli barangan yang mahal untuk bayi mungkin agak merugikan kerana bayi akan cepat membesar. Contohnya seperti pakaian.
Baiklah untuk memudahkan ibu bapa membuat pilihan tepat, disertakan panduan dan tip yang boleh diguna pakai dalam membeli barang keperluan si manja.
Banyakkan pakaian bersaiz besar
Saiz bayi selepas dilahirkan tidak dijangka. Mungkin dia bersaiz besar. Mungkin juga bersaiz kecil. Jadi, baju yang anda patut belikan kepadanya biarlah lebih besar sikit. Nak beli pakaian bersaiz newborn boleh tapi jangan terlalu banyak.
Tambahan pula, bayi memang cepat membesar. Kalau dibeli pakaian bersaiz kecil, tidak semena-mena anda perlu membeli pakaian yang lain pula dalam masa yang singkat. Selain daripada itu mungkin ada juga ahli keluarga atau kawan-kawan rapat anda menghadiahkan bayi set pakaian.
Buat pilihan bijak
Jika anda nak berjimat, tak salah pilih barangan yang kualitinya bagus tapi pada harga berpatutan. Banyak barangan anak yang kini dijual di pasaran dengan pelbagai jenama.
Jika anda bakal bergelar ibu bapa, buat dulu survey untuk memudahkan anak buat pilihan tepat.
Sekiranya anda dah mempunyai anak, dan koleksi barangan anak yang sedia ada masih elok apa salahnya guna dulu. Melainkan jika dah tak sesuai bolehlah dipertimbangkan untuk membeli produk yang baru.
Parkson Baby Fair tawarkan diskaun berbaloi!
Jadi untuk memberi pilihan yang lebih baik kepada ibu bapa, Parkson Baby Fair yang diadakan bermula 29 Ogos hingga 29 September depan boleh memberi nilai yang menjimatkan untuk berbelanja keperluan anak.
Pelbagai barangan keperluan bayi dan kanak-kanak seperti pakaian, lampin, susu dan banyak lagi ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan dan menjimatkan poket anda. Kempen tahunan Parkson ini dibuat khusus untuk memberi peluang kepada ibu bapa membeli-belah dengan lebih senang hati.
Menariknya juga, sepanjang Parkson Baby Fair ini berlangsung, selain promosi barangan berjenama yang menarik dengan diskaun istimewa untuk setiap barangan yang ditawarkan, ibu bapa juga berpeluang untuk menyertai peraduan secara online iaitu Parkson Baby Fair “Fairy Tale Stories”.
Peraduan online foto bayi ini antara yang dinanti-nantikan kerana ia memberi peluang ibu bapa untuk mencuba nasib dengan menghantar gambar aksi anak yang menarik. Mana tahu rezeki anak anda kali ini. Tak cuba tak tahu kan!
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Parkson Baby Fair, anda boleh layari Facebook Parkson dan laman web Parkson. Sementara itu, bagi ibu bapa yang berminat nak dapatkan info lengkap mengenai peraduan online foto bayi “Fairy Tale Stories” boleh dapatkannya di sini.
The post Beli Barangan Bayi Pada Harga Murah, Dapat Jimat Lebih. Ini Yang Mama Papa Suka! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/beli-barangan-bayi-pada-harga-murah-dapat-jimat-lebih-ini-yang-mama-papa-suka/