Beli Air Fryer Russell Taylors Dan Microwave Samsung
Sejak PKP ni dah dua barangan elektrik kegunaan dapur yang dibeli. Dek kerana pkp malas rasanya nak keluar rumah. Memandangkan tak keluar rumah, macam biasalah beli barangan online di shopee. Maka dengan rasminya saya beli Air Fryer Russell dan Microwave samsung.
Air Fryer Russell TaylorsPada mulanya, saya beli Air Fryer dari Russell Taylors. Pertama kali beli air fryer ni nak cuba masak makanan tanpa minyak terutama sekali masakan yang bergoreng. Air Fryer ni menggunakan suhu tinggi dan kitaran panas.
Di pasaran ada Air Fryer yang jenis manual dan juga digital. Yang saya beli Frni Airyer Russell Taylors AF-24. Terpulang pada bajet korang. Kat bawah ni gambar Air Fryer yang dibeli jenis manual. Warna hitam dan kelabu. Ada dua pelaras untuk set suhu dan masa bergantung pada jenis masakan. Boleh rujuk manual yang diberi.
Saiz bagi pan memasak kat ruang bawah tu 3.8L dan basket bawah tu untuk kapasiti 2.6L. Pan dan basket tu boleh dibuka dengan cara tolak dan tekan tombol anak panah yang dah sediakan tu. Lepas guna terus cuci basket ye jangan biarkan macam tu je.
Penggunaan minyak pada masakan tu bergantung pada korang lah. Nak guna sedikit minyak atau tak nak guna langsung. Kalau nak goreng ayam salut lah minyak sikit kat ayam tu. Kalau nak kering tak payah letak minyak. Goreng je macam tu.
Senang betul bila air fryer ni. Macam saya kalau goreng fries, nugget atau sosej saya letak je macam tu tanpa minyak. Terus set suhu dan tempoh masa yang ditetapkan. Tunggu sehingga berbunyi "Ting" tandanya dah siap. Kalau anda berminat untuk lihat Air Fryer Russell Taylors ni bolehlah ke pautan berikut : Shopee Air Fryer
Microwave SamsungMicrowave samsung ni adalah microwave yang kedua dibeli. Memandangkan microwave Sharp yang sebelum ni dah rosak. Dah cuba hantar kedai katanya tak boleh nak repair. Sayang betul microwave Sharp ni sebab desingnye cantik. Banyak jasa microwave sharp ni.
Setelah beberapa bulan tak guna microwave akhirnya beli lah microwave baru. Kali ni cuba beli brand samsung, orang rumah nak cuba brand lain. Jadi yang menjadi pilihan adalah Samsung ms23k3513 23L di shopee.
Kalau dah ada microwave macam ni senang nak panaskan makanan atau minuman. Nak defrost makanan yang beku pun boleh dengan microwave ni. Macam saya ni selalu defrost barang basah kalau-lupa nak keluarkan dari peti awal-awal. Kekadang bila nak masak baru perasan barang basah masih dalam freezer.
Banyak kegunaan microwave ni untuk memasak. Untuk resepi boleh la cuba google ye. Microwave samsung yang saya beli keseluruhannya warna hitam. Yang tak bestnye bila kita on microwave kita tak nampak progress masakan dalam tu sebab warna yang hitam. Itu je yang saya perasaan & yang lain-lain ok jer. (^-^)
Berminat untuk beli air fryer & microwave bolehlah survey-survey di shopee ye.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azzahairi.com/2020/12/beli-air-fryer-russell-taylors-dan-microwave-samsung.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+BlogAzzahairiSulaiman+(Blog+Azzahairi+Sulaiman)