Belanjawan 2023 Diharap Prihatin Oku


 
Masih terdapat banyak lagi kawasan tumpuan pelancong yang tidak mesra OKU, kata Presiden OKU Sentral, Ras Adiba Radzi.PETALING JAYA: Persatuan hak asasi berharap kerajaan akan membentangkan Belanjawan 2023 yang prihatin kepada orang kurang upaya (OKU) kerana masih terdapat isu memerlukan perhatian, antaranya perluasan kemudahan di pinggiran dan luar bandar, elaun pekerja, dan pengambilan lesen kenderaan.
Presiden OKU Sentral, Ras Adiba Radzi berkata kemudahan di luar bandar perlu ditambah baik serta diperluas, dan masih banyak kawasan tumpuan pelancong yang tidak mesra OKU.
“Kerajaan harus memberikan penekanan kepada perkara ini agar membolehkan OKU turut menikmati kemudahan,” katanya kepada FMT, menjelang belanjawan yang akan dibentangkan awal bulan depan.
Ras berharap kerajaan memperuntukkan sekurang-kurangnya RM100 juta bagi menaik taraf kemudahan di bangunan kerajaan, terutama hospital dan sekolah, serta di kawasan perumahan.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
“Peruntukan ini dapat digunakan untuk menyediakan laluan khas bagi OKU penglihatan, tempat letak kenderaan OKU, lif yang mempunyai (tulisan sentuh) Braille, tandas OKU, dan tanjakan yang sesuai untuk OKU dengan kecerunan tidak lebih daripada 1:12,” katanya.
Presiden Persatuan Pemulihan Orang Cacat Perak, Mohd Fhami Mohamed Norrdin, berkata pembangunan kemudahan untuk OKU lebih tertumpu di bandar-bandar besar.
“Pinggiran atau luar bandar agak kurang diberi perhatian, terutama di kawasan perumahan,” katanya, yang juga meminta kemudahan pengangkutan untuk OKU di kawasan berkenaan diperluas.
Fhami menyarankan kerajaan menarik pernyataan pihak swasta dalam usaha memperluas kemudahan OKU, misalnya insentif pelepasan cukai untuk pemilik premis perniagaan yang memudahkan kehidupan warga OKU, di pinggiran dan luar bandar.
Beliau juga mencadangkan insentif untuk syarikat insurans memberi diskaun kepada warga OKU yang memperbaharui insurans kenderaan.
Pendekatan insentif boleh digandingkan dengan penguatkuasaan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT), katanya.
“PBT boleh menguatkuasakan syarat di dalam lesen PBT bagi premis tumpuan awam – seperti kedai atau restoran – untuk menyediakan kemudahan OKU di premis mereka.”
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Kecederaan Tulang Belakang Malaysia, S Jeyaraj, berharap kerajaan menaikkan kadar elaun untuk pekerja OKU, daripada RM450 kepada RM1,000.
“Pekerja golongan OKU perlu menanggung lagi beberapa kos tambahan untuk alat bantuan bagi memudahkan urusan harian mereka,” katanya.
Jeyaraj juga menggesa kerajaan membantu sekolah memandu menyediakan kenderaan ubah suai khas untuk kegunaan OKU.
“Ramai dalam kalangan OKU berdepan masalah untuk mengambil lesen kerana tidak semua mempunyai kenderaan sendiri dan ada yang perlu meminjam kereta orang lain, ini kerana untuk membeli kereta mereka memerlukan lesen kenderaan,” ujarnya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/09/belanjawan-2023-diharap-prihatin-oku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2023 Diharap Dapat Tangani Cabaran Pemilikan Rumah Kata Propertyguru

Belanjawan 2023 Diharap Dapat Tangani Cabaran Pemilikan Rumah Kata Propertyguru

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 150 hits
KETIDAKTENTUAN ekonomi telah menyebabkan bakal pembeli rumah menangguhkan rancangan pembelian hartanah pertama mereka menurut PropertyGuru Malaysia Sesetengah pembeli juga bimbang tentang isu kemampuan di tengah tengah kenaikan inflasi dan ...
Belanjawan 2023 Dan Tarikh Pru15

Belanjawan 2023 Dan Tarikh Pru15

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 211 hits
Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke 14 akan bermula pada Isnin 03 Oktober 2022 hingga 29 November 2022 Mesyuarat tersebut mengambil masa selama 32 hari Pada Jumaat jam 4 00 petang 07 Oktober 2022 akan dibentangkan Belanjawan Kerajaa...
Belanjawan 2023 Ngo Gesa Tingkat Insentif Harga Padi Kepada 80 Sen

Belanjawan 2023 Ngo Gesa Tingkat Insentif Harga Padi Kepada 80 Sen

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 179 hits
Pesawah menaruh harapan kerajaan mengumumkan berita gembira pada Bajet 2023 untuk membantu meningkatkan pendapatan mereka dan pengeluaran padi negara PETALING JAYA Kerajaan digesa menaikkan insentif harga padi kepada 80 sen per kilogram ber...
Timnas Indonesia Lolos Piala Asia U 20 2023 Shin Tae Yong Dilempar Ke Udara

Timnas Indonesia Lolos Piala Asia U 20 2023 Shin Tae Yong Dilempar Ke Udara

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 219 hits
Timnas Indonesia Lolos Piala Asia U 20 2023 Shin Tae yong Dilempar ke Udara Pasukan Garuda berhasil memastikan diri lolos ke Piala Asia U 20 2023 setelah mengalahkan Vietnam dengan skor tipis 3 2 Seusai laga pelatih Shi Tae yong dilempar ke...
Penyaluran Kur Tahun 2023 Naik Jadi Rp460 Triliun

Penyaluran Kur Tahun 2023 Naik Jadi Rp460 Triliun

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 175 hits
Penyaluran KUR Tahun 2023 Naik Jadi Rp460 Triliun Penyaluran Kredit Usaha Rakyat semakin membesar tahun depan Pemerintah akan menaikkan target penyaluran KUR menjadi Rp460 triliun di 2023
Pm Jamin Bajet 2023 Tidak Pinggir Usaha Perkasa Komuniti Cina

Pm Jamin Bajet 2023 Tidak Pinggir Usaha Perkasa Komuniti Cina

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 172 hits
PM jamin Bajet 2023 tidak pinggir usaha perkasa komuniti Cina Dikemas kini 3 jam yang lalu Diterbitkan pada 18 Sep 2022 10 54
The Major Decoration Trends That We Will See Everywhere In 2023

The Major Decoration Trends That We Will See Everywhere In 2023

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 213 hits
By 2023 between grim reality and an urgent desire for fantasy designers are gradually abandoning the neutral tones sustained by harsh minimalism in favor of slimmer silhouettes with spontaneous variations Either a contrasting design but The...
Permohonan Kemasukan Institut Kemahiran Baitulmal Maiwp 2023

Permohonan Kemasukan Institut Kemahiran Baitulmal Maiwp 2023

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 284 hits
Permohonan Kemasukan Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP 2023 Individu yang ingin meneruskan pengajian dalam bidang kemahiran peringkat sijil adalah dialu alukan untuk memohon kemasukan ke Institut Kemahiran Baitulmal Majlis Agama Islam Wila...
Pemerintah Tetapkan Anggaran Ketahanan Pangan Di 2023 Rp95 Triliun

Pemerintah Tetapkan Anggaran Ketahanan Pangan Di 2023 Rp95 Triliun

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 154 hits
Angka ini naik 0 9 persen dibandingkan outlook tahun ini sebesar Rp94 1 triliun dan sempat mengalami penurunan pada 2020 yang hanya Rp73 6 triliun dibandingkan pada 2019 Rp100 2 triliun
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025

Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Januari 23 2025