Belanjawan 2020 Tidak Ada Benda Baru Tidak Ada Wow




Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah melihat Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh kerajaan hari ini bukan sahaja tidak menyeluruh malah tidak ada sesuatu yang baru sebaliknya menyambung pendekatan serta program yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Pada masa yang sama beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong melihat apa yang dilaksanakan oleh kerajaan terkebelakang berbanding dengan apa yang telah dibuat oleh kerajaan dahulu sepertimana program digital ekonomi.
“Harapan rakyat tentu mahu melihat bajet ini dapat menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji yang mereka kemukakan kepada rakyat terutama dalam manifesto sebelum ini.
“Namun ternyata bajet ini keseluruhannya tidak ada sesuatu program baru. Yang banyak kita lihat adalah menyambung kebanyakan program dan pendekatan yang dibuat oleh kerajaan BN sebelum ini. Ini dapat dibuktikan melalui program-program misalnya dari sudut ekonomi.
“Program digital ekonomi misalnya yang dibuat oleh kerajaan BN dahulu lebih terkedepan. Kita membawa Jack Ma membuka Digital Free Trade Zone (DFTZ) di Sepang yang memperlihatkan lebih besar untuk membuka gerbang digital ekonomi Malaysia ke pasaran antarabangsa,” katanya kepada UMNO-Online, di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Namun tambah Shamsul lagi dalam bajet hari ini kelihatan kerajaan PH kembali semula ke projek MSC yang dilaksanakan oleh Tun Dr Mahathir dahulu dan ini memberi makna negara kembali ke belakang sedangkan kerajaan BN dahulu telah bergerak ke depan iaitu ke sudut digital ekonomi.
Tegas Shamsul lagi secara umum walaupun ada pemberian bantuan-bantuan kepada petani, nelayan dan pekebun kecil tetapi ianya jauh lebih rendah berbanding dengan apa yang diberikan oleh kerajaan BN dahulu.
Ujarnya lagi nampak jelas kerajaan hari ini juga membuat persediaan untuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan sebab itulah beberapa pengumuman dibuat baik daripada sudut prasarana, pendidikan mahupun bantuan-bantuan lain dilihat sebagai satu usaha untuk memberi ‘gula-gula’ kepada rakyat di Sarawak.
“Saya sebenarnya mengharapkan bajet hari ini akan dapat melihat sesuatu yang baru sebagaimana kita mahu mengemukakan bajet yang membolehkan negara menghadapi situasi ekonomi global yang semakin tidak menentu. Kita mahu kerajaan mengemukakan formula bagaimana mahu meningkatkan kedudukan ringgit kita yang jatuh begitu teruk berbanding dengan Dolar Amerika dan juga matawang-matawang lain.
“Kita juga mahu melihat bagaimana pendekatan yang mahu dibuat oleh kerajaan bagi memulihkan kemasukan FDI ke dalam negara ini dan juga menaikan semula indeks di bursa saham tetapi formula yang tidak jelas dikemukakan tadi. Ianya lebih menumpu kepada usaha-usaha untuk menarik semula sokongan rakyat kepada kerajaan hari ini. Nampaknya banyak yang dikemukakan itu dulunya mereka kritik tetapi hari ini mereka laksanakan,” ujarnya.
Shamsul Anuar turut menyentuh soal gaji minimum yang dinaikkan kepada RM1200 yang dilihat tidak menepati sepertimana dijanjikan.
“Itu pun hanya dinaikkan terhad di kawasan bandar sahaja dan bagaimana pula mereka di luar bandar dan ianya tidak disebut… masih lagi tidak melepasi RM1,500 sepertimana dijanjikan walaupun berlaku kenaikan.
“Yang akan menjadi masalah nanti bagaimana mahu mentafsirkan bandar. Kalau di Lenggong pun bandar juga. Jadi tafsiran kita harap perkara ini diteliti dan saya minta apa yang dijanjikan itu ditunaikan,” tambahnya.
Sementara itu, Ketua Whip Ahli Parlimen BN, Datuk Seri Mahdzir Khalid melihat Bajet 2020 tidak ada ‘wow factor’ yang boleh dibanggakan kerana kerajaan hari ini pun huru-hara.
“Ia meneruskan apa yang dibuat oleh kerajaan BN sahaja dan tidak ada apa nilai tambah pun kepada belanjawan.
“Saya tidak nampak apa yang baharu dan itu semua ‘copy paste’ dari BN, dan buat sedikit penambahbaikan di sana sini kemudian baca balik apa yang dibuat dahulu dan sesetengah daripadanya tukar nama. Apa yang nak ‘wownya’ kerajaan pun huru-hara,” ujarnya.- UMNO Online




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/12/belanjawan-2020-tidak-ada-benda-baru-tidak-ada-wow/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Intipati Belanjawan Bagi Tahun 2020

Intipati Belanjawan Bagi Tahun 2020

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 522 hits
Intipati Belanjawan Bajet 2020 Alhamdulillah bajet belanjawan 2020 telah diumumkan petang tadi Berikut ialah intipati ekonomi Belanjawan 2020 bertemakan Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama yang dibentangka...
77 Intipati Belanjawan 2020 Bajet Negara Bertunjangkan Empas Teras Utama

77 Intipati Belanjawan 2020 Bajet Negara Bertunjangkan Empas Teras Utama

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 633 hits
KUALA LUMPUR 11 Okt Berikut ialah inti pati Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat hari ini Belanjawan 2020 yang bertemakan Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama deng...
Belanjawan 2020 Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Dan Pesara

Belanjawan 2020 Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Dan Pesara

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 771 hits
Belanjawan 2020 Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Dan Pesara di bentangkan di dalam belanjawan 2020 di mana melibatkan hampir 1 6 juta penjawat awam serta pesara kerajaan KUALA LUMPUR Beberapa berita baik diumumkan dalam Belanjawan 2020 b...
Belanjawan 2020 Cukai Pendapatan Naik 30 Peratus

Belanjawan 2020 Cukai Pendapatan Naik 30 Peratus

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 631 hits
KUALA LUMPUR Golongan yang berpendapatan melebihi RM2 juta bakal dikenakan Cukai Pendapatanyang lebih tinggi pada 30 peratus berbanding 28 peratus sebelum ini Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika mengumumkan kenaikan cukai pendapatan terhad...
Belanjawan 2020 Rm10 Juta Diperuntukkan Kepada Mdec Untuk Melatih Usahawan Mikro Digital Media Sosial

Belanjawan 2020 Rm10 Juta Diperuntukkan Kepada Mdec Untuk Melatih Usahawan Mikro Digital Media Sosial

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 656 hits
Antara pekerjaan yang tidak wujud sedekad yang lalu ialah usahawan digital yang menjana pendapatan sepenuhnya di atas talian Kini ramai menggunakan media sosial sebagai platform perniagaan pilihan kerana ia mudah digunakan lengkap dengan si...
Belanjawan 2020 Skmm Memperuntukkan Rm250 Juta Untuk Menaiktaraf Akses Jalur Lebar Di Sabah Dan Sarawak

Belanjawan 2020 Skmm Memperuntukkan Rm250 Juta Untuk Menaiktaraf Akses Jalur Lebar Di Sabah Dan Sarawak

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 610 hits
Sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan bahawa semua rakyat Malaysia mendapat akses kepada sambungan Internet yang berkualiti tinggi Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan bahawa SKMM akan memperuntukkan RM250 juta un...
Belanjawan 2020 Rakyat Malaysia Berumur 18 Tahun Ke Atas Akan Menerima Rm30 Untuk Merangsang Penggunaan Dompet Digital

Belanjawan 2020 Rakyat Malaysia Berumur 18 Tahun Ke Atas Akan Menerima Rm30 Untuk Merangsang Penggunaan Dompet Digital

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 638 hits
Sewaktu pembentangan Belanjawan 2020 hari ini Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas akan menerima wang sebanyak RM30 melalui dompet digital terpilih tidak lama lagi Menurut belia...
Belanjawan 2020 Cukai Perkhidmatan Digital Akan Dilaksanakan Mulai 1 Januari 2020

Belanjawan 2020 Cukai Perkhidmatan Digital Akan Dilaksanakan Mulai 1 Januari 2020

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 346 hits
Kerajaan telah mengumumkan perlaksanaan Cukai Perkhidmatan Digital pada tahun Belanjawan lepas dan pada Belanjawan 2020 hari ini kerajaan sekali lagi menekankan berkenaan perkara ini Cukai Perkhidmatan Digital akan dilaksanakan bermula 1 Ja...
Belanjawan 2020 3 Perpustakaan Digital Dirancang Untuk Diwujudkan Di Kedah Perak Dan Johor

Belanjawan 2020 3 Perpustakaan Digital Dirancang Untuk Diwujudkan Di Kedah Perak Dan Johor

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 371 hits
Ekonomi digital merupakan salah satu topik yang menjadi fokus pada Belanjawan 2020 kali ini Selari dengannya salah satu perkara yang turut menjadi fokus adalah kandungan digital dan juga kemudahan untuk pengguna mengikuti kandungan digital ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah