Belanja Poster Kempen Ph Melebihi Had
Nizam Zain                                                                                                                                                                                              

Setiausaha  Agung UMNO, Tan Sri Anuar Musa bercakap kepada media pada Program Makan  Malam Bersama Pengundi Anak Muda sempena Pilihan Raya Kecil P.078  Parlimen Cameron Highlands di Restoran Ikhwan, Tanah Rata, Pahang. foto  HAZROL ZAINAL 
        TANAH RATA – Perbelanjaan kempen Pilihan Raya Keci (PRK)  Cameron Highlands bagi calon Pakatan Harapan (PH) sejak lima hari lalu  didakwa melebihi had yang ditetapkan di bawah Seksyen 19 Akta Kesalahan  Pilihan Raya 1954.
 Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, berdasarkan  jumlah bunting dan poster yang diletakkan di sepanjang bahu jalan dari  Kuala Lipis ke sini mendapati ia melebihi had yang ditetapkan oleh  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
 “Saya perhatikan kalau dihitung jumlah papan tanda dan bunting saya  berjalan dari Kuala Lipis melalui Kampung Keledek dan Sg Koyan sampai ke  atas ini, saya sambil-sambil itu saya bilang jumlah poster.
 “BN tiada poster lagi tapi bunting dan papan tanda yang dipasang oleh  PH itu saya rasa kosnya sudah melebihi had perbelanjaan pilihan raya.
 “Itu jelas sekali, sangat bermewah-mewahan dan banyak sekali yang  mereka belanjakan,” katanya pada sidang media sebelum Majlis Makan Calon  BN Ramli Mohd Nor Bersama Pengundi Muda Cameron Highlands, di sini,  hari ini. 

Setiausaha  Agung UMNO, Tan Sri Anuar Musa (tiga kiri) diiringi Calon Barisan  Nasional, Ramli Mohd Noor (tiga kanan) beramah mesra dengan belia yang  hadir pada Program Makan Malam Bersama Pengundi Anak Muda sempena  Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Restoran Ikhwan,  Tanah Rata, Pahang. foto HAZROL ZAINALSebelum ini, calon BN, Ramli Mohd Nor mengakui pihaknya tidak  mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk memasang papan tanda dan  poster sepanjang kempen PRK Cameron Highlands.
 Mengikut Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, had  perbelanjaan bagi kempen pilihan raya yang ditetapkan mestilah tidak  melebihi RM200,000 bagi kerusi Parlimen dan RM100,000 setiap kerusi  negeri.
 Annuar juga menyifatkan BN kini miskin susulan ketiadaan sumber  kewangan mencukupi untuk memasang papan tanda dan poster sepanjang  kempen PRK Cameron Highlands ini.
 “BN sangat kekurangan (kewangan), kita orang miskin, sudah tentu  sumber (kewangan) merupakan satu perkara yang kita tidak boleh  dinafikan.
 “Kami mengakui kita memang menghadapi kekangan dari segi sumber tapi itu bukanlah merupakan perkara yang paling penting.
 “Apa yang penting ialah kita mengutamakan kempen rumah ke rumah, kita  bercakap hati ke hati serta kita menyantuni hati nurani rakyat, itu  yang lebih penting bagi kita,” katanya lagi. – MalaysiaGazette     
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/belanja-poster-kempen-ph-melebihi-had.html