Belajar Susun Buku Sekolah Ikut Jadual Waktu Sendiri
Khusyuk sangat belajar pertama kali susun buku
Abg Qi oh Abg Qi, dah masuk bulan Ogos 2019 hoooreyyyy. Minggu depan cuti sekolah 1 minggu dan juju pun cuti juga bertambah lah HOOREYYY haha. Bulan lapan adalah bulan kelahiran Abg Qi korang lah. Semangat nak update sebab bulan kelahiran Abg Qi tau. Yelah juju yang melahirkannya 9 bulan, masih segar dalam ingatan masa mengandungkannya, pengalaman menyeronokkan ada satu nyawa dalam rahim tu tau.
31 Ogos 2019Akan genaplah beliau umur 7 tahun, kalau tak juju asyiklah tak nak percaya dia belum lagi tujuh tahun tau. Masih rasa dia baby masyam, masyammm haha.
Hmm, dekat lapan bulan lamanya walid dia selalu susunkan buku sekolah dia tau. Abg Qi releks je lah sebab ada orang tolong susun buku sekolah. Ish-ish tak boleh jadi ni, Abg Qi ni dah pandai membaca, maka harusnya dia dah sesuai untuk mengorak langkah mencuba susun jadual buku ikut hari.
Aku malam tadi nak seterika baju, sempatlah bagi dia semangat untuk yakinkan dia boleh susun buku sekolah dalam beg sekolahnya sendiri. Waktu ni baru lepas buat kerja sekolah, itu yang sepintas lalu aku nasihatkan dia yang dia boleh buat.
Tak ada meja belajar khusus untuknya, nanti kita hijrah ke kediaman baru ada duit lebih umi dan walid nak beli meja belajar khas yang cantik untuk Abg Qi belajar dan buat kerja sekolah.
Waktu ini walid dia belum balik kerja, kalau aku je dengan dia memang dia senang dengar kata. Kalau ada walid dia kan sangat manja dengan walid, maka kalau aku minta suruh dia apa-apa macam dia pandai melengahkan supaya walid dia boleh tolong buatkan untuknya.....bijak, pandai sangat ye hahaha.
Bila orang kanan dia tak ada, apa lagi cepat lah juju masuk jarum motivasi. Memang dia sekali suruh je dia buat, sebab aku tak suka guna ayat suruh secara memaksa.
Ayat suruhan aku berbunyi begini, "Qaiser dah pandai membaca, umi yakin Qaiser mesti boleh tengok jadual sekolah sendiri tau, cuba Qaiser buat umi nak tengok"
Aku guna teknik memuji diawalan ayat, di pertengahan kaedah memujuk, ayat ketiga aku masukkan ayat menyuruh.
Ayat : Memuji ----> Memujuk ----> MenyuruhNi tips aku, ingat senang ke? Aku kena fikir dulu ayat sebelum keluar pada Abg Qi. Dia bukan robot, tapi seorang yang mempunyai akal dan banyak strategi untuk menepis atau menerima nasihat dan suruhan tau. Alahhh macam kitalah yang dah tua ni, bila ayat penyata suruhan memang kita tak berminat nak ikut...tapi kalau orang gunakan perkataan "tolong, bolehkah"cepat je kita rasa nak buat kan.
Macam itulah dengan dengan anak-anak. Kena lembut tapi ada ketegasan di hujung ayat. Jangan pisahkan ketiga-tiga tips tu ya.
Mana juju tahu ni?
Aku suka membaca, kadang-kadang aku rangkumkan pengalaman parenting sebenar aku dengan kaedah teori aku baca. Maka memang menjadi.
Hasilnya...Malam tadi 8/8/19 dia berjaya susun buku sendiri tanpa aku tunjuk langsung. Ye langsung aku tak tunjuk, tau sebab apa?
Sebab aku yakin bila seseorang pandai membaca, tindakan taakul dia akan sendiri menyerlah dan dia sendiri seronok melakukannya sebab nak tunjuk bukti yang "Aku boleh buat dan buktikan dekat mak ayah aku". Gituuu...
Alhamdulilah, dia susun dengan jayanya sampaikan aku tak percaya Abg Qi berjaya buat...siap susun beg sekolah cantik-cantik...eh dia hargai pula air tangan dia...ahhh besar dah anak aku...ehhh sebak.
Inilah mak...asal apa anak pandai buat kau nak sebak...asal sebak air mata kau turun walaupun tengah sibuk seterika baju...ahhhh lap air mata.
Nanti aku nak share satu pengalaman lagi...pengalaman dari hati ke hati dengan anak. Ya aku suka masuk zon hati si anak dalam-dalam, aku nak dia rasa apa orang dewasa rasa dan apa kami rasa kehadiran dia di dunia ini menuju ke akhirat nanti.
Tunggu jap lagi aku update...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.juliajohari.com/2019/08/belajar-susun-buku-sekolah-ikut-jadual.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WithJulia+%28With+Julia...%29