Belajar Melepaskan Sesuatu Memang Sakit
Assalamualaikum Reader!
MONDAY AUGUST 12,2019
Mesti ada yang akan tekun untuk terus baca entry ini atau akan skip dengan tajuk itu.
Kaknad nak kongsi satu cerita iaitu melepaskan "SESUATU" sebenarnya memang sakit.
Kaknad teringat iaitu melepaskan seseorang yang kaknad pernah sayang.
Ya Allah, masa tu kaknad terus meraung menangis dan rasa kenapa mesti dia buat macam tu. Kenapa dia buat kaknad "TERASA HATI" tapi dia yang "PERGI!" dulu.
Tapi sekarang kaknad semakin kuat sebab kan "DIA". Sebelum kaknad teruskan, jom kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat "Arwah Mohd Azuan Bin Che Soh"
Siapa yang tak pernah hadapi dengan "KEHILANGAN" kan?4 Tahun dah rupanya dia pergi. Tapi selepas dengan pemergian dia, kaknad semakin terasa dia adalah "HADIAH PERKENALAN" dari Allah.
Setiap yang hidup, pasti akan mati dan setiap yang datang pasti akan pergi. Sebab itu kaknad akan hargai sesuatu sebelum ia pergi.
Kaknad belajar untuk "REDHA & SABAR" tapi ada masa kaknad tewas jugak untuk itu kerana kaknad juga seorang manusia, dan masih ada perasaan.
Tapi, untuk kita belajar melepaskan sesuatu itu memang sangat sakit. Kaknad tak nafikan yang kaknad pernah rasa sakit itu.
Tapi, kaknad tak lupa juga kerana sakit itu akan datang dan pergi. Sebab itu setiap perkara untuk "SESUATU" kaknad akan letak ia pada nilai yang "MAHAL"
Untuk perhubungan kaknad sekarang dengan Mohd Adzhar , kaknad meletakkan ia pada nilai yang "MAHAL" juga.
Selain itu, "SYUKUR" juga adalah satu perkara yang yang menghilangkan rasa sakit itu.
Semoga urusan kita untuk bersama di permudahkan AllAh. Amin.
https://.facebook.com/nor.nadiah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://miss-nadya.blogspot.com/2019/08/belajar-melepaskan-sesuatu-memang-sakit.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MissNadyaPunyerBlog+%28%21%E3%83%84+miss+nadya+punyer+blo