Belajar Dan Iktibar Daripada Kejayaan Anwar


 
Tidak ada mana-mana Perdana Menteri yang sampai ke jawatan itu sebelum ini pernah melalui laluan sesukar seperti Anwar Ibrahim.
Dipecat pada 1998 ketika hanya setapak lagi untuk melangkah duduk di kerusi Perdana Menteri, kemudian berjuang melalui parti baru selama 24 tahun tanpa henti dengan pengalaman dipenjara, difitnah, diaibkan, dipukul setengah mati, dikhianati, dimungkiri janji dan diejek dengan gelaran PM tepi – apa yang dilalui Anwar bukan calang-calang orang mampu menghadapinya.
Seorang veteran UMNO, hampir 10 tahun dulu pernah berkata, jika dirinya melalui cabaran seperti Anwar itu, sudah lama beliau memilih jalan bersara.
Hari ini, dengan dikira lengkap semua pengalaman manis, pahit, sedih dan duka telah dilaluinya, Anwar akhirnya berjaya juga menduduki kerusi Perdana Menteri.
Apa yang kita boleh belajar daripada pencapaian Anwar sekarang ini?
Video Player00:0001:18Sekurang-kurangnya ada tiga sifat yang dimiliki Anwar yang mendorong kepada kejayaannya menjadi Perdana Menteri.
Pertama, cekal dalam usaha dan terus berusaha tanpa henti dan tanpa kenal erti penat.
Kedua, sabar dan tidak mudah mengalah, meski banyak kegagalan menghambatnya di pertengahan jalan.
Ketiga, pemaaf dan tidak berdendam dengan sesiapa saja yang pernah melukakannya.
Sementara kecekalannya berusaha itu memang dikagumi kawan serta lawan, sebaliknya sifat sabar dan pemaaf beliau yang luar biasa dan tidak berdendam itu kadangkala merimaskan sahabat-sahabat yang dekat dengannya.
Usaha beliau berkempen dan menjelajah dari satu negeri ke satu negeri dengan enam hingga tujuh prpgram setiap hari dalam fasa kempen PRU15 baru-baru serta dalam usianya sudah mencecah 75 tahun sekarang ini, harus diakui bahawa bukan sebarangan orang ada tenaga dan upaya melakukannya.
Berusaha seolah-olah tiada rasa penat itu, kita yang melihatnya ke sana sini saja pun kadangkala sudah penat dibuatnya.
Ketika diserang dan dikhianati, terutama oleh rakan parti sendiri, kerapkali Anwar hanya memilih untuk bersabar daripada membalas balik pengkhianatan tersebut.
Kesabaran luar biasa yang dimilikinya itu sehingga diungkapkan sebagai “sabar tahap dewa”.
Dalam hal pemaaf pula, tidak sedikit di antara mereka yang dekat dengannya mengeluh dengan sifat Anwar itu lantaran mereka melihat banyak musuh boleh dengan mudah berbaik semula dengannya.
Ketika menerima baik musuh yang ingin datang berbaik dengannya, Anwar kadangkala lamgsung tidak memperlihatkan beliau pernah disakiti oleh mereka.
Sebenarnya, mereka yang bimbang dengan sidatnya yang terlalu pemaaf itu adalah semata-mata tidak mahu beliau ditikam buat kali kedua oleh orang yang sama, bukan kerana ada perasaan-perasaan yang lain seperti dengki dan sebagainya.
Dari segi kesetiaan dan mengekalkan hubungan dengan sahabat-sahabat lama, Anwar memang tidak pernah meminggirkan mereka, cuma sifatnya yang terlalu mudah berbaik dengan musuh itu kadangkala menimbulkan kebimbangan kepada laluan cita-citanya mungkin sentiasa terhalang.
Sekarang ini dengan Anwar akhirnya berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri ke-10, sesuai dengan tarikh lahirnya pada 10 Ogos, selain dengan izin Tuhan, cekal berusaha, sabar dan pemaaf itulah yang diyakini merupakan antara yang memudahkan laluannya.
Berusaha dan terus berusaha memang merupakan tangga kejayaan, sementara jika disertai sama sifat sabar serta pemaaf, ia bererti pertolongan Tuhan sentiasa tidak jauh daripada cita-cita yang ingin dikejar itu. – ShahbudinHusin 28/11/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/belajar-dan-iktibar-daripada-kejayaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Jadi Pm Anwar Kata Sedia Terima Pn Dalam Kerajaan Dibentuk

Selepas Jadi Pm Anwar Kata Sedia Terima Pn Dalam Kerajaan Dibentuk

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 329 hits
agendaily com24 11 2022Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Istana Negara Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap dapat menerima penyertaan Perikatan Nasional dalam kerajaannya selepas mengangkat sumpah sebagai Perdan...
Sidang Parlimen 19 Dis Usul Undi Percaya Kepada Pm Anwar

Sidang Parlimen 19 Dis Usul Undi Percaya Kepada Pm Anwar

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 282 hits
Sumber Gambar BERNAMA KUALA LUMPUR Persidangan Parlimen ke 15 yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan pada 19 Disember Anwar yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke 10...
Anwar Undi Percaya Hari Pertama Persidangan

Anwar Undi Percaya Hari Pertama Persidangan

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 317 hits
PH BN GPS teras kerajaan perpaduan uji majoriti di Dewan Rakyat 19 DisemberIrene ChiaKUALA LUMPUR Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyanggah sebarang pertikaian mengenai kestabilan kerajaan perpaduan sekarang kerana terasnya adalah tiga gabun...
Muhyiddin Tuntut Anwar Kemuka Bukti Sokongan Mp

Muhyiddin Tuntut Anwar Kemuka Bukti Sokongan Mp

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 153 hits
MalaysiakiniPengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin mencabar Anwar Ibrahim mengemukakan jumlah sokongan dimiliki bagi mengabsahkan jumlah yang diperoleh bagi memegang jawatan perdana menteri Muhyiddin berkata beliau yakin telah mendap...
A Pyrrhic Victory At The End Of Anwar S Lifelong Dream

A Pyrrhic Victory At The End Of Anwar S Lifelong Dream

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 211 hits
While Anwar Ibrahim has finally achieved his decades long dream it marred by the circumstances and lack of support from a crucial section of voters Abdar Rahman Koya Malaysia Now Anwar Ibrahim is finally the prime minister after spending fo...
Ismail Sabri Ucap Tahniah Kepada Anwar Terima Kasih Kepada Keluarga Malaysia Yang Menyokongnya

Ismail Sabri Ucap Tahniah Kepada Anwar Terima Kasih Kepada Keluarga Malaysia Yang Menyokongnya

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR 8211 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke 10 hari ini Bekas Perdana Menteri itu turut merakamkan ucapan penghargaan kepada sel...
Anwar Janji Galas Amanah Penuh Tawaduk Dan Tanggungjawab

Anwar Janji Galas Amanah Penuh Tawaduk Dan Tanggungjawab

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 149 hits
ANWAR Ibrahim yang mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri ke 10 hari ini berkata beliau nbsp akan nbsp menggalas amanah itu dengan penuh tawaduk dan bertanggungjawab Pengerusi Pakatan Harapan itu menerusi ciapan ringkas di Twitte...
Anwar Frontrunner For Pm Post In Unity Government With Tok Mat Also In Contention To Be Dpm

Anwar Frontrunner For Pm Post In Unity Government With Tok Mat Also In Contention To Be Dpm

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 299 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim arrives at his office in Jalan Gasing Petaling Jaya November 23 2022 Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR Nov 24 Datuk Seri Anwar Ibrahim is on the cusp of finally becoming Malaysia s prime minister while Umno s Datuk Seri Mo...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rumahku Sepatutnya Syurgaku

Dododots Released Limited Edition Of The Powerpuff Girls Collection

Resepi Cucur Ubi Kentang

Lirik Lagu Gasoline Akim The Majistret

Resepi Puding Awan Nano Mr Ali

Bau Potret Chord