Belajar Dalam Talian 52 Peratus Pelajar Sabah Tiada Akses Internet


azrulhakimie  Jadikan sesi PdPc dalam talian begitu mencabar buat guru
KOTA KINABALU – Sebanyak 52 peratus pelajar di Sabah tidak mempunyai akses internet dan telefon pintar, komputer atau peranti mudah alih lain untuk memastikan sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam talian berjalan lancar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang memasuki fasa keempat sejak dikuatkuasakan pada 18 Mac

Pengarah Pendidikan Sabah Dr Mistirine Radin berkata ketiadaan kemudahan itu terutama dalam kalangan pelajar di luar bandar dan pedalaman negeri ini, menjadikan pelaksanaan sesi PdPc dalam talian begitu mencabar buat guru-guru

Bercakap kepada Bernama, Mistirine berkata daripada data dikumpul, kira-kira 98 peratus guru Sabah bersedia melaksanakan PdPc dalam talian memandangkan masing-masing mempunyai kemudahan WiFi, data internet dan gajet diperlukan selain berkemahiran mengendalikan sesi berkenaan kerana ia biasanya dijalankan di makmal komputer sekolah

“Walau bagaimanapun, cabaran mengendalikan sesi PdPc dalam talian wujud ketika PKP dilaksanakan kerana para pelajar terpisah dengan kemudahan itu memandangkan mereka perlu menyertai sesi pembelajaran di rumah. Ada pelajar tiada akses internet selain faktor pemilikan gajet yang rendah,” katanya

Pada awal pelaksanaan PKP, Mistirine berkata, jabatannya menerima beberapa aduan termasuk terdapat adik-beradik berkongsi telefon pintar ibu bapa mereka semata-mata untuk mengikuti sesi pembelajaran dalam talian, selain perlu mengambil masa untuk menyiapkan tugasan diberikan guru

Menurutnya, PdPc dalam talian berjalan lancar bagi guru-guru dan para pelajar yang mempunyai kemudahan internet serta peralatan menyokong sesi tersebut, dengan WhatsApp, Telegram dan Google Classrom merupakan antara aplikasi paling tinggi digunakan dalam tempoh PKP ini

“Kami akan memastikan tiada seorang pun pelajar tertinggal atau tercicir daripada mengikuti sesi pembelajaran,” katanya dan menambah, mesyuarat melalui persidangan video diadakan bersama guru besar, pengetua dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi membincangkan alternatif terbaik mengatasi cabaran itu

Antara langkah pertama diambil guru-guru termasuk menghantar bahan pembelajaran seperti buku teks, buku kerja dan lembaran kerja ke rumah pelajar atau ke pusat transit seperti rumah ketua kampung supaya pelajar yang tidak memiliki kemudahan internet dan gajet tetap dapat mengikuti pembelajaran, katanya

Mistirine berkata penghantaran bahan pembelajaran itu antara lain mendapat kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, selain PPD turut memohon surat kebenaran daripada pegawai daerah dan pihak berkuasa bagi memudahkan urusan penghantaran

Bagaimanapun, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah mengambil inisiatif tambahan dengan menguatkuasakan pembelajaran berasaskan projek (PBP) yang dilihat lebih sistematik serta praktikal, sekali gus sebagai usaha untuk mengurangkan kekerapan pergerakan guru-guru dalam tempoh PKP

Mistirine berkata jabatannya telah memberikan garis panduan dan contoh pelaksanaan PBP kepada semua guru Sabah dan kaedah ini boleh diikuti dengan tiga cara iaitu dalam talian, luar talian atau campuran (dalam dan luar talian)

PBP memberi tempoh masa lebih panjang kepada para pelajar untuk menyiapkan tugasan, dan JPN Sabah optimis kaedah ini akan dapat mengatasi kekangan dihadapi pelajar terutama mereka yang tidak dapat mengikuti sesi pembelajaran secara dalam talian

Kaedah ini juga secara tidak langsung menjadi platform menyokong pembelajaran abad ke-21 yang berupaya membentuk perkembangan positif pelajar menerusi pemikiran kritis kerana setiap mereka dikehendaki menyiapkan tugasan mengikut kreativiti sendiri dengan bimbingan guru yang minimum, katanya

“PBP dirangka sebagai satu daripada strategi menjejaki 52 peratus pelajar yang tiada internet dan tidak memiliki gajet untuk menyertai sesi pembelajaran supaya mereka ini mendapat ilmu pengetahuan dan pendidikan sama rata dengan pelajar mempunyai kemudahan tersebut

“Selain ia juga sebagai persediaan jika keadaan sama berlaku (sesi persekolahan ditutup sementara waktu) di masa depan. Selepas ini, guru-guru Sabah ada pilihan dalam mengendalikan sesi pembelajaran untuk pelajar mereka,” katanya

Dalam pada itu, Mistirine melihat pentingnya untuk setiap kawasan di negeri ini mempunyai jaringan internet percuma yang pantas, selain para pelajar terutama daripada keluarga kurang berkemampuan perlu dilengkapi gajet bersesuaian bagi sesi pembelajaran dalam talian

Sebanyak 70 peratus sekolah di Sabah terletak di luar bandar dan pedalaman, manakala selebihnya di kawasan bandar

“Akses Internet efisien dan gajet adalah perantara atau bahan menyokong kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian kerana kedua-duanya mampu mewujudkan komunikasi dua hala lebih berkesan antara guru dan pelajar

“Jika ini tidak ada, maka, pembelajaran secara bersemuka masih penting bagi memastikan mesej pembelajaran disampaikan guru difahami para pelajar,” katanya, selain berpendapat kemudahan teknologi amat penting seiring kepesatan Revolusi Industri 4.0 turut mempengaruhi perkembangan bidang pendidikan. – Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/belajar-dalam-talian-52-peratus-pelajar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid19 Kerajaan Akan Menyediakan Penerbangan Bagi Pelajar Yang Pulang Sabah Sarawak

Covid19 Kerajaan Akan Menyediakan Penerbangan Bagi Pelajar Yang Pulang Sabah Sarawak

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 558 hits
KERAJAAN AKAN MENYEDIAKAN PENERBANGAN BAGI PELAJAR YANG INGIN PULANG KE SABAH SARAWAK DAN AKAN MENJALANI KUARANTIN WAJIB 14 HARI COVID19 StayAtHome MovementControlOrder PerintahKawalanPergerakan KitaMestiMenangKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA...
Pemerintah Terapkan Belajar Di Rumah Pelajar Di Sumut Malah Jualan Sabu

Pemerintah Terapkan Belajar Di Rumah Pelajar Di Sumut Malah Jualan Sabu

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 253 hits
Ketiga pelajar ini masing masing berinisial AA YL dan IY kata Kanit Satresnarkoba Polres Madina Bripka Jack Fernando Siregar
Pelajar Dari Semenanjung Sarawak Kembali Ke Sabah Perlu Jalani Swab Test

Pelajar Dari Semenanjung Sarawak Kembali Ke Sabah Perlu Jalani Swab Test

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 563 hits
Yusof berkata ia adalah prosedur yang telah ditetapkan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Pelajar dari Semenanjung Sarawak kembali ke Sabah perlu jalani ujian swab Pelajar Sabah yang terkandas di Semenanjung dan Sarawak dan mahu kembali ke Saba...
Pelajar Luar Negara Jalani Swab Di Ipgm Keningau Sabah

Pelajar Luar Negara Jalani Swab Di Ipgm Keningau Sabah

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 371 hits
Pelajar Luar Negara Jalani SWAB Di IPGM Keningau SabahAsalamualaikum Salam Sejahtera Semua 6 5 2020 bersamaan hari rabu pelajar dari Luara Negara warga Keningau telah selamat sampai di Daerah Keningau dan terlebih dahulu dihantar di IPGM Ka...
Pelajar Pulang Ke Sabah Mungkin Tak Perlu Dikuarantin Kata Menteri

Pelajar Pulang Ke Sabah Mungkin Tak Perlu Dikuarantin Kata Menteri

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 337 hits
Pelajar IPTA terperangkap di pusat pengajian masing masing sejak 18 Mac lalu KOTA KINABALU Pelajar Sabah yang kembali ke negeri itu mulai minggu depan akan dihantar terus ke kampung halaman masing masing kata menteri Sabah Menteri Pendidika...
Adik Beradik Kongsi Satu Telefon Pintar Belajar Dalam Talian

Adik Beradik Kongsi Satu Telefon Pintar Belajar Dalam Talian

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 432 hits
Adik beradik kongsi satu telefon pintar belajar dalam talian nbsp Dikemas kini 9 minit yang lalu Diterbitkan pada 26 Apr 202
Guru Guna Unsur Jenaka Tarik Minat Belajar Dalam Talian

Guru Guna Unsur Jenaka Tarik Minat Belajar Dalam Talian

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 287 hits
SHAH ALAM 28 APRIL Seorang guru menggunakan elemen jenaka untuk mendidik pelajar dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Muhd Zahiruddin bin Abdul Wahab 34 yang mengajar subjek sains di sebuah sekolah menengah memilih imej...
Masa Belajar Di Rumah Bagi Pelajar Di Diy Diperpanjang Hingga 15 Mei 2020

Masa Belajar Di Rumah Bagi Pelajar Di Diy Diperpanjang Hingga 15 Mei 2020

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 301 hits
Bambang Wisnu menambahkan selain perpanjangan masa pembelajaran di rumah ada pula penyesuaian jam belajar Penyesuaian ini terkait dengan bulan Ramadhan
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Bila Pn Buat Pusingan U

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Lava168 1

Lirik Lagu 123 Iman Troye Ft Mal Hamka