Belajar Asas Kamera Dalam Kelas Fotografi Digital Saiful Nang


Apa azam tahun baru saya tahun ni?



Entahlah. Tak sempat nak buat azam sebab saya agak sibuk bersihkan rumah mak yang dilanda banjir akhir tahun lepas. Bila semua dah setel, sedar-sedar saya dah berada dalam minggu kedua tahun 2023. Hari ini baru lega rasanya bila saya dapat luangkan masa untuk menaip di blog yang makin bersawang ni. 


Bayangkanlah bila kelas berbayar yang saya langgan dalam pertengahan bulan November tahun lepas pun baru dapat saya buka dua hari yang lalu. Hari ini merupakan hari terakhir saya dapat akses video kelas tersebut dan nasib baik saya berjaya habiskan keseluruhan modul mengikut masanya. 


Belajar Asas KameraSebenarnya saya dah lama mencari kelas fotografi digital yang boleh saya sertai memandangkan saya sangatlah tak pandai menggunakan kamera mirrorless yang saya miliki dalam mode manual. Apa gunanya beli kamera kalau hanya nak gunakan mode automatik kan? Lebih baik saya pakai kamera phone je kalau macam tu. 


Atas alasan inilah saya mencari kelas yang saya boleh sertai untuk belajar mengenai pengendalian kamera. Pada awalnya saya mencari kelas fizikal untuk belajar secara face to face dan berdepan. Tentu susah kalau belajar online sebab tak nampak apa yang perlu ditekan dan tak boleh nak ambil gambar masa belajar, tapi tak berjumpa pula yang berdekatan dengan lokasi saya berada.


Saya ada seorang kenalan sekolah yang menjadi fotografer. Saya mungkin boleh tanyakan kepada beliau soal nak belajar tapi disebabkan malu, saya lebih rela cari guru yang saya tak kenali di alam maya..haha. Almaklumlah member tu pun orang lelaki, seganla pulak nak minta ajarkan walaupun berbayar.


Kelas Fotografi Digital Saiful NangSehinggalah saya terjumpa laman web Saiful Nang yang menawarkan pelbagai jenis kelas pada harga yang sangat mampu milik. Samada nak belajar ambil gambar menggunakan kamera atau handphone, atau nak shoot video masakan, semua jenis kelas ada di Saiful Nang Academy. Tak fikir panjang, saya terus buat bayaran untuk sertai kelas Fotografi Digital.


Hanya perlu bayar RM70 dan saya layak sertai kelas dan terima juga nota berkaitan kelas yang dipilih. Tambah menarik lagi, dengan tambahan RM30 sahaja lagi, saya juga boleh sertai kelas lain yang dianjurkan oleh Saiful Nang Academy. Jadi dengan bayaran RM100, saya boleh mendaftar masuk untuk dua kelas berbeza. Murah kan?

Ada juga kelas fizikal yang disediakan di Saiful Nang Academy. Sebagai contoh pada bulan ini, kelas fizikal yang bakal dijalankan adalah kelas Smartphone Photography dan Smart Phone Editing dengan setiap satu kelas berharga RM150. Kelas ini tentunya amat bermanfaat bagi mereka yang ingin lebih kefahaman dalam mengoptimizekan penggunaan smartphone masing-masing.


Boleh tengok senarai kelas dan harga yang ditawarkan di sini > Saiful Nang Academy.


Bagi kelas yang saya sertai, kelas dijalankan samada dalam bentuk live atau rakaman. Jika sewaktu mendaftar ada kelas live yang akan diadakan, jadi pelajar boleh terus sertai kelas live mengikut tarikh yang diberi tapi jika tiada kelas live, pelajar boleh tengok video rakaman yang disediakan. 


Kelas saya berlangsung selama tiga jam dan disebabkan ia adalah kelas rakaman, jadi saya ada banyak masa untuk pause dan berehat sepanjang kelas. Kelas rakaman ini boleh diakses selama sebulan selepas mendaftar dan membuat bayaran ya.


Banyak Ilmu Fotografi Digital Saya BelajarSaya tak pasti tentang kelas yang lain kerana saya hanya sertai satu kelas sahaja iaitu kelas Fotografi Digital dan memang niat saya nak belajar tentang kamera semata-mata. Jadi saya tak mendaftar masuk untuk kelas lainnya. Namun apa yang dapat saya simpulkan dalam kelas yang dah saya sertai itu, kelasnya amat berbaloi kerana saya dapat hampir 80% ilmu baru yang saya tak pernah tahu tentang kamera sebelum ini!


Kenapa saya katakan berbaloi? Kerana saya dapat ilmu yang saya cari. Selama ini saya hanya buat pembacaan di Google dan melihat video di Youtube untuk tahu tentang cara penggunaan kamera. Bila saya sertai kelas buat pertama kalinya, baru saya tahu bahawa masih banyak yang saya tidak tahu.

Sebelum ini saya pernah baca tentang aperture, ISO, shutter speed, white balance dan beberapa terms lain dalam fotografi tapi penggunaan secara tepat tidak saya ketahui. Setelah menyertai kelas rakaman, baru saya tahu cara untuk setkan ISO dalam ruangan indoor, cara untuk mendapatkan gambar objek bergerak dalam bentuk pegun atau cara mengambil gambar objek dalam bentuk landskap.

Banyak yang saya pelajari dalam kelas Saiful Nang ini namun masih banyak juga yang perlu saya lakukan. Saya masih belum sempat untuk buat latihan menggunakan nota yang saya ambil daripada kelas tetapi latihan demi latihan akan memantapkan pengetahuan saya mengenai cara pengendalian kamera digital. Jadi next step, saya perlu lebih banyak practice menggunakan kamera mirrorless saya.


Bagi yang berhasrat untuk buat side income bersama Saiful Nang Academy, boleh mendaftar di sini > Affiliate Saiful Nang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2023/01/belajar-asas-fotografi-kamera-kelas-digital-saiful-nang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dekorasi Kelas Poster Classroom Rules Printable Editable

Dekorasi Kelas Poster Classroom Rules Printable Editable

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 362 hits
Peraturan dalam bilik darjah ada banyak dan bukan mudah untuk memastikan pelajar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh guru Setiap sekolah bilik darjah mempunyai peraturan tertentu yang adakalanya berbeza dari sekolah lain Peratu...
Tak Perlu Kelas Baca Buku Banyak Banyak Mak Ayah Praktik Cara Ni Nak Rangsang Anak 0 6 Tahun

Tak Perlu Kelas Baca Buku Banyak Banyak Mak Ayah Praktik Cara Ni Nak Rangsang Anak 0 6 Tahun

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 216 hits
Usia dari satu hingga enam tahun diketahui sebagai usia emas buat anak anak kecil kita membesar Maka rangsanglah minda anak sebaiknya ketika bersama anak Tak perlu kos yang tinggi dengan membeli flash card atau membeli banyak buku buku maha...
Eh Kuaci Pun Ada Cikgu Mengajar Di Depan Murid Makan Nasi Lemak Dekat Belakang Sudahnya Satu Kelas Dapat Habuan

Eh Kuaci Pun Ada Cikgu Mengajar Di Depan Murid Makan Nasi Lemak Dekat Belakang Sudahnya Satu Kelas Dapat Habuan

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 216 hits
KERENAH anak kecil pastinya mencuit hati Mereka ibarat kain putih bebas kotoran dan hanya mahu bergembira dalam dunia ini yang ada kalanya kej4m Susuk tubuh yang kerap dapat menyaksikan telatah si cilik ini membesar tidak lain tidak bukan i...
Dilema Seorang Guru Kelas

Dilema Seorang Guru Kelas

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 192 hits
Picture Awak Down Ker Tu The past few days were a bit busy and hectic Updating the class PAJSK and marking books as the exam is just around the corner In fact it will be starting next week on Monday Plus coughing badly in the middle of the ...
Kamera Tersorok Dalam Fitting Room Butik Pakaian Terkemuka

Kamera Tersorok Dalam Fitting Room Butik Pakaian Terkemuka

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 166 hits
KOSMO Tangkap layar beberapa rakaman video di dalam bilik persalinan di sebuah butik pakaian terkemuka di Kuala LumpurPETALING JAYA Kecoh di media sosial apabila beberapa tangkap layar rakaman video di dalam bilik persalinan di sebuah butik...
10 Prinsip Asas Kejayaan Sesebuah Perniagaan

10 Prinsip Asas Kejayaan Sesebuah Perniagaan

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 310 hits
10 Prinsip Asas Kejayaan Sesebuah Bisnes ini di ilhamkan daripada sesi temubual yang dijalankan oleh Pavlina Papalouka bersama Dr John Demartini Siapa Dr John Demartini Dia merupakan seorang penceramah profesional penulis buku dan juga meru...
Cara Cara Mengesan Kamera Cctv Tersembunyi Menggunakan Telefon

Cara Cara Mengesan Kamera Cctv Tersembunyi Menggunakan Telefon

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 322 hits
Tular gambar dan video dari kamera litar tertutup tersembunyi di bilik persalinan baju di sebuah pusat membeli belah Macamana lah CCTV boleh ada dalam bilik persalinan Dah tentu ada yang merancang nak pedajal orang Tapi yang peliknya ada ya...
Tutorial Menjalankan Kelas Pdpr Menggunakan Video Chat Telegram

Tutorial Menjalankan Kelas Pdpr Menggunakan Video Chat Telegram

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 153 hits
Assalamualaikum dan Salam SejahteraBerikut saya kongsikan langkah langkah untuk membantu guru2 menjalankan PdPR menggunakan video chat di Telegram yang berfungsi lebih baik berbanding google meet Tapi sebelum itu mari saya perkenalkan sedik...
Understanding Artificial Intelligence A Malaysian Corporate Perspective

Kelas Berenang

Apa Punya Bengap Angkara Salam Tak Cium Tangan Vokalis Skinhead Kena Belasah

Digital Twins In Urban Planning Building Smarter Cities Before They Re Built

Khaled In Turin To Inspect Work On Maritime Aircraft

Advice To Senior Citizens

Eh Xperience Kafe Menarik Di The Campus Ampang

Mocha Cafe Parit Buntar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pacheco House By A4estudio Elevated Living Overlooking The Green

Us China Trade War Over Rejoice

Man Nabbed In Probe Into Alleged Abuse Of 3 Year Old Nephew

Indian Pm Modi Set To Address Nation After Pakistan Truce

Operation Sindoor And The New Face Of India S Military Posture

Panduan Freelancer Untuk Meneroka Perdagangan Atas Talian Di Malaysia