Belajar Al Quran Kena Bayar Yuran Tinggi
Masih ada sesetengah orang kita, yang berfikiran sebegini, ok saya jawab satu persatu.
𝗜) 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶 𝗔𝗹 𝗾𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗷𝗲𝗿, 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗶𝗻𝘀 𝗳𝗶𝘇𝗶𝗸 𝗸𝗶𝗺𝗶𝗮 𝗮𝗱𝗱 𝗺𝗮𝘁𝗵 𝗽𝘂𝗻, 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗻𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸𝗽𝗲.
Yang ni kene tanam dalam kepala, Al quran adalah satu perkara yang mempunyai value yang paling tinggi dalam dunia, sehingga mereka para pembaca Al quran akan diberikan ganjaran besar oleh Allah didunia dan akhirat.
Bukan sahaja baca, sentuh dan melihatnya sahaja pun sudah diberikan ganjaran pahala disisi Allah taala, tapi ramai yang masih menganggap belajar Al quran ini bukan menjadi keperluan lagi, “tunggu bila sudah kahwin belajar lah, sebab saya bukan nak jadi ustaz atau bekerja sebagai pak imam masjid”, (mentality kita zaman sekarang).
Dik, Al Quran tak sama dengan mata pelajaran lain, belajar Al Quran bukan untuk dijadikan pekerjaan akan datang, tapi ia kefardhuan yang kita gunakan tiap tiap hari setiap kali kita menunaikan kefardhuan solat 5 waktu, dan juga sebagai peneman dan jalan kehidupan kita seharian.
Amat malang kehidupan seseorang itu, apabila berfikir “belajar Al Quran ini semata untuk dijadikan salah satu jalan pekerjaan (cari duit) akan datang.
𝗜𝗜) 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝘆𝘂𝗿𝗮𝗻? 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗯𝗮𝗯 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗽𝘂𝗻 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗸𝗲? 𝗠𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗱𝗮𝗴𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮?
Soalan panas ni. Saudara kene tahu realiti seorang tenaga pengajar sama macam kita, mereka pun ada keluarga, ada anak bini untuk menyara kehidupan, ada bil elektrik yang perlu dibayar, ada bil air perlu diselesaikan, ada tanggungan, ada tanggungjawab.
Kalau rasa 30 ringgit sebulan tu mahal untuk anak mengaji Al Quran, saudara boleh mengajar sendiri anak saudara, dan itu lebih baik bagi seorang ibu atau bapa. Tapi itu pun saudara kene mengaji dulu dengan tok guru dari sudut makhrajnya, tajwidnya, sifat huruf, kesalahan kecil dan besar dalam bacaan, so sama konsepnya, tetap kene belajar.
Kalau tuisyen mata pelajaran sekolah sebulan RM300 pun kita tak complain, kenapa yuran belajar Al Quran RM30 kita rasakan itu mahal? Murah sangat ke nilai mata pelajaran Al Quran dimata saudara? Fikirkan..
Mengajar Al Quran tidak mudah, bukan main lepas tangan, mengajar dan balik tidur. Tidak semudah itu, semuanya ada sistem yang perlu diteliti oleh tenaga pengajar.
𝗜𝗜𝗜) 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝘀𝗲𝗶𝗸𝗵𝗹𝗮𝘀 𝗵𝗮𝘁𝗶 !!
Jawapan saya mudah, Hati mana yang nak ikhlas, kalau saudara pun tidak berhati hati dalam bertutur dan tidak mampu berkorban sedikit untuk anak demi belajar kalamullah ini. Renungkan.
“𝐌𝐨𝐠𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐩𝐢𝐧𝐭𝐮 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐥 𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧”
kredit : saiful islam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://faizsaaid.com/belajar-al-quran-kena-bayar-yuran-tinggi/