Bekerja Sepenuh Masa Dari Rumah
Trending terkini sejak beberapa tahun sudah, semakin ramai wanita memilih untuk memulakan perniagaan mereka dari rumah sendiri. Tidak kiralah hasilnya daripada tangan mereka atau menjual barangan orang lain. Setiap orang memiliki aspek terhebat demi membantu keluarga mengukuhkan kewangan mereka.
Syabas saya ucapkan! Anda wanita yang sungguh hebat.
Dahulu, sebelum saya mula mempunyai fikiran yang sama seperti kalian surirumah yang berjaya ini, kita sering dimomokkan dengan kartun wanita bekerjaya vs surirumah. Surirumah lazimnya tidak mempunyai sebarang harta atau sumber pendapatan selain dari pemberian suami yang bekerja. Tugas surirumah semata-mata menguruskan rumah dan anak-anak.
Oh ya. Membesarkan badan sekali! Tidak patut bukan?
Namun, saya harus akui dulu saya juga berfikir bahawa surirumah ini tidak kemana. Tetapi saya silap. Setiap insan mempunyai kebolehan yang Allah berikan iaitu akal fikiran (idea) dan 4 kerat (tindakan) yang jika kita gunakan sebaiknya dengan niat yang betul insha Allah. Sesiapa sahaja khususnya surirumah dalam kes ini pasti boleh menjana pendapatan dari rumah mereka sendiri.
Kita surirumah boleh lakukan apa sahaja untuk turut menyumbangkan sumber pendapatan kepada keluarga tercinta :)
Surirumah yang pandai memasak, boleh buka katering kecil sendiri di kawasan rumah dan taman berdekatan. Yang pandai menjahit, dan pelbagai lagi. Cukup-cukup mudah. Semuanya anda lakukan hanya dari rumah anda sambil anda menguruskan rumah dan anak-anak.
Tidak pening fikirkan kos upah bulanan seperti yuran taska, transit, duit bus dan tambahan-tambahan lain apabila kita bekerja dari luar rumah. Lagi pening jika mempunyai anak yang ramai, masih kecil dan usia yang rapat. Semua perbelanjaan terpaksa dibelanjakan sekaligus! (macam saya je tu.)
Okay. Indah khabar dari rupa.
Hakikatnya setiap kejayaan pasti ada kepayahan. Senangnya berusaha dari rumah namun andalah segala-galanya.
Andalah si pengurus rumah tangga.
Andalah baby sitter.
Andalah yang akan menguruskan urusan transit anak seharian.
Andalah si tukang masak.
Andalah si isteri paling istimewa buat suami anda!
dan
ANDALAH CEO/MARKETER/COURIER/AKUANTAN KEPADA PERNIAGAAN ANDA.
Semuanya adalah ANDA.
Oleh itu, seindah impian yang mahu kita kecapi. Pastikan bukan sahaja niat anda hebat, tindakan anda juga harus hebat disulami dengan mental dan kesungguhan yang tinggi.
Bukan hari ini buka kedai
Esok tutup dengan pelbagai alasan
Jika anda sekadar membantu, cukuplah RM500- RM1000 (wah ini pun kira banyak tahu) tetapi dapat bantu lagi banyak lagi bagus kan?
Setiap gaji anda, haruslah bertepatan dengan usaha anda.
Jangan lemau je bagi banyak alasan, anaklah, suamilah, tetamu, jiran haaa semua disebut. Sedangkan kegagalan itu datangnya dari diri kita sendiri.
Kita suri pasti boleh berjaya. Betulkan niat, minta izin suami dan ibu bapa. Raikan anak-anak dengan baik dan insha Allah Allah akan beri kita kejayaan dalam usaha kita mencari rezeki yang halal.
Sepanjang tempoh saya berniaga, saya jumpa ramai surirumah yang berjaya. Sungguh-sungguh hebat! Saya berharap agar saya juga dapat ikut jejak langkah mereka.
Bak kata mentor saya, yang baik kita follow, yang tak baik kita tinggalkan. Semoga entri hari ini berikan kalian semua 1001 semangat untuk terus berbakti kepada keluarga. Walau kita tidak bekerja dan berstatus sepertimana wanita-wanita diluar sana. Cikgulah, juruteralah, nurselah.. apa-apa pun jua. Anda jua ada nama tahu, WAHM!
Ya, anda termasuk dalam golongan Working at Home Mom (WAHM). Keep fighting, doa dan istiqomah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.emmemarina.com/2019/04/bekerja-sepenuh-masa-dari-rumah.html