Bekas Tentera Imbau Kejadian Gadai Nyawa Tentang Komunis


KOTA BHARU, 21 Ogos – Di sebalik nikmat kemerdekaan dan keamanan yang dinikmati rakyat Malaysia hari ini, tidak ramai generasi muda masa kini menghayati dan mengambil tahu hasil pengorbanan tokoh-tokoh perjuangan demi mempertahankan kedaulatan tanah air ini.
Bagi seorang pejuang, Ab Rahman Yaacob, 65, berkata pengalaman bertempur dengan komunis, malah dibedil bertalu-talu termasuk melihat rakan seperjuangan gugur di tangan komunis dalam operasi di Sadao, Thailand pada 1976 antara yang tidak dapat dilupakan oleh beliau.
Segala yang berlaku masih segar dalam ingatan Ab Rahman yang menamatkan perkhidmatan berpangkat sarjan dalam Rejimen Renjer Diraja (RRD) kini menetap di Kampung Paloh Rambai, Ketereh.

Bercerita lanjut mengenai operasi yang dinamakan Op Toya Musnah itu, bapa kepada empat anak itu berkata dalam kejadian itu, platunnya seramai 20 orang dikerahkan masuk ke kawasan bukit Sadao bagi menjejaki kumpulan komunis.
“Dalam operasi itu kami menerima maklumat dan arahan untuk mengepung dan menyerang kawasan berkenaan, yang dianggarkan terdapat kira-kira 200 pengganas komunis di sana,” katanya ketika ditemui di Ketereh di sini baru-baru ini.
Ab Rahman berkata, pada hari pertama operasi ketika membuat rondaan di sekitar kawasan bukit berkenaan, rakan sekerjanya telah maut akibat terpijak jerangkap samar sehingga menyebabkan bahagian geraham mangsa pecah. “Keesokan harinya pula, platun kami diarahkan untuk membuat rondaan dalam kawasan kem berkenaan, tiba di sana kami menahan lima pengganas komunis perempuan yang lengkap beruniform, tetapi mereka tidak dibunuh kerana khuatir sedang mengandung.
“Mereka yang ditahan dibawa ke satu tempat dan berkemungkinan pengganas komunis yang lain sudah dapat menghidu kedatangan kami dan telah melarikan diri ke kawasan lain,” katanya.
Katanya, pada hari ketiga operasi beliau serta ahli kumpulannya yang lain diarahkan pula untuk menyambung membuat rondaan di kawasan sekeliling kem komunis berkenaan.
“Semasa membuat rondaan, kami menjumpai satu kebun yang terdapat pokok betik, pokok pisang dan tebu yang sudah masak, namun ianya tidak dipetik (mungkin ianya hanya satu taktik pengganas komunis). “Ketika itu kami dah penat buat rondaan, rasa lapar, jadi nak petik buah betik berkenaan untuk makan, masa nak suap betik itu kami diserang hendap dan dibedil bertalu-talu oleh komunis,” kata Ab Rahman.
Katanya, selepas 15 minit kejadian berkenaan beliau dan rakan yang lain diselamatkan oleh sebuah helikopter untuk dibawa ke Hospital Alor Setar.
Walaupun seorang anggota platun terkorban dalam operasi itu, dan beberapa yang lain tercedara termasuk beliau, namun ianya menjadi kebanggaan apabila kawasan berkenaan akhirnya berjaya ditawan.
Ab Rahman yang telah berkhidmat selama 20 tahun itu berkata, akibat serangan berkenaan beliau mengalami kecederaan parah pada bahagian betis kaki kanan akibat terkena tembakan sehingga terpaksa tinggal di hospital hampir dua bulan lebih untuk menerima rawatan.
“Kesan daripada tembakan itu juga memberi impak kepada saya sehingga ke hari ini yang menyebabkan saya merasa kebas apabila bersila walaupun hanya lima minit dan ianya sedikit sebanyak menjejaskan deria rasa di bahagian kaki kanan saya.
“Walaupun kecederaan itu meninggalkan parut sehingga ke hari ini, namun ianya tidak pernah sesekali melunturkan semangat pahlawan saya malah berasa bangga kerana dapat memberi khidmat kepada tanah air yang dicintai demi keharmonian dan keamanan negara ini,” katanya.
Pada November 1978, beliau ditukarkan untuk bertugas sebagai kerani di Batalion Infantri 105 Askar Wataniah (AW) untuk mengendalikan pendatang tanpa izin Vietnam, sebelum menggalas tugas terakhir sebagai Ketua Kerani di Batalion Infantri 105 (AW) dan bersara pada 1993.
Sumber: Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/08/21/bekas-tentera-imbau-kejadian-gadai-nyawa-tentang-komunis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tudm Juga Hadapi Cabaran Besar Tentang Komunis Bekas Juruterbang

Tudm Juga Hadapi Cabaran Besar Tentang Komunis Bekas Juruterbang

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 569 hits
ALOR SETAR 9 Ogos Setiap kali menjelang Hari Kebangsaan kita sering disajikan dengan pelbagai kisah pejuang semasa era penentangan komunis kebiasaannya kalangan anggota mahupun pegawai Tentera Darat Malaysia atau Polis Diraja Malaysia Kali ...
Koon Yew Yin Tidak Prihatin Peranan Dan Sumbangan Anggota Tentera Kata Bekas Panglima

Koon Yew Yin Tidak Prihatin Peranan Dan Sumbangan Anggota Tentera Kata Bekas Panglima

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 671 hits
Sumber dari Berita HarianBeberapa hari lepas Koon Yew Yin seorang ahli perniagaan mengeluarkan kenyataan di laman blog beliau yang mempersoal tugas anggota tentera yang hanya makan tidur dan majoriti mereka tidak pernah melepaskan tembakan ...
Coretan Bekas Pm Australia Tentang Cina Australia

Coretan Bekas Pm Australia Tentang Cina Australia

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 493 hits
1 Orang Cina yang harus sesuaikan diri di negara ini bukan kami sebagai Australian Terima atau keluar sahaja dari sini Saya selaku bekas Perdana Menteri bosan dengan negara yang bimbang tentang sama ada kita menyinggung orang Cina yang ting...
Ditegur Pakai Tudung Tapi Muatnaik Status Lu Cah Shaheizy Sam Akhirnya Buka Mulut Tentang Isterinya

Ditegur Pakai Tudung Tapi Muatnaik Status Lu Cah Shaheizy Sam Akhirnya Buka Mulut Tentang Isterinya

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 400 hits
Beberapa bulan lalu sebuah perkongsian gambar pelakon cantik Syatilla Melvin di Instagram beliau telah mendapat maklum balas neg4tif di kalangan netizen Ditegur Pakai Tudung Tapi Muatnaik Status Lu cah Shaheizy Sam Akhirnya Buka Mulut Tenta...
Ya Allah Sihatkan Anakku Tercungap Membiru Jantung Membengkak Izz Bertarung Nyawa Untuk Hidup

Ya Allah Sihatkan Anakku Tercungap Membiru Jantung Membengkak Izz Bertarung Nyawa Untuk Hidup

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 260 hits
Tidak menyangka situasi mencungap dan penat semasa menyusu petanda si kecil alami kelainan pada jantung dan paru paru Kini Izz bertarung nyawa untuk terus hidup Tiada ibu bapa sanggup melihat penderitaan anak Namun itulah yang perlu didepan...
Nyawa Ibu Terancam Risiko Kandungan Pecah Hamil Luar Rahim Jangan Cuba Cuba Urut

Nyawa Ibu Terancam Risiko Kandungan Pecah Hamil Luar Rahim Jangan Cuba Cuba Urut

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 346 hits
Hamil luar rahim atau ectopic pregnancy adalah situasi yang banyak berlaku di awal kehamilan Ia mungkin tidak dapat disedari oleh para ibu kerana kerap terjadi pada peringkat awal kehamilan Hamil luar rahim sangat bahaya kerana boleh mengak...
Kejam Anjing Hilang Nyawa Perut Bocor Dipanah Individu Tak Dikenali

Kejam Anjing Hilang Nyawa Perut Bocor Dipanah Individu Tak Dikenali

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 315 hits
Sejak kelmarin telah tular beberapa keping gambar seekor anjing yang telah mati dengan anak panah tertanam di badannya Situasi kejam tersebut mengudang rasa sedih pencinta haiwan kerana anjing tersebut ditemui berlumuran darah di bahu jalan...
Ujian Peluru Berpandu Rusia Ragut Nyawa

Ujian Peluru Berpandu Rusia Ragut Nyawa

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 208 hits
Ujian peluru berpandu Rusia ragut nyawa Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 12 Aug 2019 10 15PM
Pemerintah Akan Buat Uu Tentang Ibu Kota Negara Baru

Pemerintah Akan Buat Uu Tentang Ibu Kota Negara Baru

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 322 hits
Plt Dirjen Otonomi Daerah Kemendagri Akmal Malik mengatakan pemerintah pastinya akan merevisi Undang Undang nomor 29 tahun 2007 tentang DKI Jakarta sebagai Ibu Kota Negara Sehingga nantinya UU yang mengatur dan menyinggung terkait ibu kota ...
Penyakit Mental Isu Kesihatan Yang Perlu Kita Fahami

Kita Bukan Data

Ppim Tidak Iktiraf Gem Tiada Sebarang Hubungan Kerjasama Harian Metro 26 08 2025

Comment On Faktor Mempengaruhi Keberkesanan Aktiviti Pemasaran By Sabree Hussin

Comment On Buat Minisite Menggunakan Platform Blogspot By Faizul

Cryolipolysis Treatment Malaysia Non Surgical Fat Reduction That Works

Amazing Healthy Greek Recipes For Weight Loss

Sup Kosong Ala Gerai Tetap Sedap Walau Tiada Isi Nak Buat Sendiri Ini Resipinya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ikan Cencaru Bakar

Menang Kes Video Kelepok Raya Aliff Syukri Menangis Amp Mohon Maaf Pada Netizen Saya Janji Akan Buat Lagu Lebih Baik

2 Warga Thailand Maut Rumah Terbakar Di Pontian

Kelantan Wanita Berstatus Isteri Orang Didakwa Menjalin Hubungan Terlarang Dengan Seorang Doktor

Festival Cita Rasa Warisan Pantai Timur 2025 Jom Bekwoh

Chef Ini Raih Pujian Kongsi Resipi Guna Bahan Terhad Untuk Warga Gaza