Bekas Setiausaha Politik Mat Sabu Bebas 7 Tuduhan Rasuah Rm6 48 Juta



KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, atas tujuh pertuduhan menerima dan meminta rasuah berjumlah RM6.48 juta daripada syarikat kontraktor bagi membantu mendapatkan projek di kementerian itu.
Peguam, Haijan Omar, mewakili tertuduh, Mohd Azhar Che Mat Dali, 53, ketika dihubungi BH hari ini mengesahkan keputusan berkenaan dibuat Hakim, Rozina Ayob, pada Jumaat lalu.

"Saya sahkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur buat keputusan lepas dan bebas (anak guam atas tujuh tuduhan rasuah pada Jumaat lalu).
"Lima kes didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum ketujuh-tujuh tuduhan dibicarakan secara bersama di Mahkamah Sesyen di sini," katanya.
Bagi satu pertuduhan di Kuala Lumpur, Mohd Azhar didakwa meminta suapan RM5 juta daripada Pengarah Urusan Syarikat FEHM Entity Sdn Bhd, Elias Jemadi Tajudin, sebagai upah membantu syarikat itu untuk dipilih menjadi rakan strategik dan kontraktor senggaraan bagi peralatan perisikan Kementerian Pertahanan.
Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kampung Baru, di sini pada 22 Julai 2019.

Mengikut empat lagi pertuduhan, bekas Setiausaha Politik kepada Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu itu didakwa menerima suapan RM1.35 juta daripada Elias Jemadi melalui Pengarah Syarikat Ikaira Resources, Zainudin Abdul Majid dan Pengarah Syarikat Aqsa Solutions Sdn Bhd, Ahmad Hisham Mohd Tajuddin bagi tujuan sama.
Kesalahan dikatakan dilakukan di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya, antaranya di parkir kediaman rasmi Menteri Pertahanan antara September 2019 dan Februari 2020.
Di Mahkamah Shah Alam pula, Mohd Azhar menghadapi dua tuduhan menerima suapan RM130,000 daripada Elias Jemadi dan Zainudin bagi tujuan berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dan Kota Damansara, Petaling Jaya, pada 2019.
Semua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2024/01/bekas-setiausaha-politik-mat-sabu-bebas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasuah Rm6 Juta Sanusi Pula Ke Pejabat Sprm

Rasuah Rm6 Juta Sanusi Pula Ke Pejabat Sprm

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 267 hits
PUTRAJAYA Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di sini sekali lagi menjadi tumpuan hari ini apabila Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hadir untuk diambil keterangan berhubung dakwaan rasuah berkait persatua...
Sanusi Menghadap Sprm Berkait Isu Rasuah Rm6 Juta

Sanusi Menghadap Sprm Berkait Isu Rasuah Rm6 Juta

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 272 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Menteri Besar Sanusi Nor hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Putrajaya untuk memberi penjelasan lanjut berhubung isu rasuah lebih RM6 juta membabitkan Persatuan Bola Sepak Kedah Sanusi yang...
Mat Sabu S Ex Aide Acquitted Of Rm6 48m Graft Charges

Mat Sabu S Ex Aide Acquitted Of Rm6 48m Graft Charges

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 302 hits
A former aide to Mohamad Sabu at the Defence Ministry has been freed of seven charges of soliciting and accepting more than RM6 48 million in bribes However what led to the decision by the Sessions Court is unclear When contacted Mohd Azhar...
Bekas Pm Ketua Setiausaha Sulit Dipanggil Sprm Minggu Ini

Bekas Pm Ketua Setiausaha Sulit Dipanggil Sprm Minggu Ini

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 299 hits
HarapandailySeorang bekas Perdana Menteri dan ketua setiausaha sulit dipercayai akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia minggu ini Siasatan tersebut bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana kerajaan bernilai jutaan ...
Rasuah Agong Rm750 Juta Zahid Kata Tak Ada Maklumat Tahu Melalui Media

Rasuah Agong Rm750 Juta Zahid Kata Tak Ada Maklumat Tahu Melalui Media

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 268 hits
DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mempunyai maklumat berhubung rasuah RM500 juta ke RM750 juta yang disebut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan media sebelum ini Timbalan Perdana Menteri berkata beliau juga tidak...
Jangan Cakap Banyak Pi Cerita Kat Sprm Mb Sanusi Skandal Rm6 Juta

Jangan Cakap Banyak Pi Cerita Kat Sprm Mb Sanusi Skandal Rm6 Juta

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 195 hits
Cerita rasuah RM6 juta melibat persatuan bolasepak kedah KFA kini menjadi Semakin PANAS menarik Seperti yang dilaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam mereka akan memanggil Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor bagi mendapatk...
Misi Mat Sabu

Misi Mat Sabu

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 137 hits
Ni lah misi penting DS Mat Sabu cukupkan pengeluaran beras untuk negara dengan sasaran 100 Tahap Sara Diri Admin harap satu masa nanti kita pula eksport keluar beras Misi untuk jangka masa panjang tapi langkah kena mula sekarang Kenaikan me...
Tambah Pokok Money Plant Untuk Bunga Indoor

Pemerhati Bola Sepak Tak Guna Kekal Di Liga Super Jika Sri Pahang Terus Hanyut Dengan Masalah Kewangan

Resepi Murtabak Mini Homemade Ringkas Rasa Power Anak Pun Suka

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Najib Razak Pemerkasaan Industri Rel

May 17 2025

Janji Dengan Cikgu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm

Finding Your Perfect Fit The Best Yoga Mats For Your Practice

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang

Upuonline Lanjut Tarikh Tutup Pelajar Ada Masa Pilih Kursus Betul Betul Menteri Kpt

Di Balik Layar Dakwah Yufid

Oath Of Office A Testament To Our Founding Fathers Genius