Bekas Presiden Abim Gesa Penyokong Anwar Solat Hajat


Oleh FAZLI RADZIOctober 11, 2020


Bekas Presiden kedua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Profesor Ustaz Dr Razali Nawawi menyeru rakyat Malaysia yang bersimpati dan menyokong perjuangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar melakukan solat hajat, zikir dan munajat menjelang 13 Oktober ini.

Katanya, amalan itu bagi memohon ke hadrat Allah agar memudahkan Anwar mengadap Yang di-Pertuan Agong mempersembahkan jumlah majoriti Ahli Parlimen yang menyokong beliau bagi mengambil alih Kerajaan Persekutuan dari Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Sebagaimana kita sedia maklum bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakan-rakannya sedang berusaha dengan bersungguh-sungguh dan gigih untuk menyelesaikan kemelut politik negara yang sudah sampai ke tahap kritikal.

“Kita juga maklum bahawa Datuk Seri Anwar akan mengadap Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong pada hari Selasa, 13 Oktober ini.

“Oleh itu, saya merayu dan mengajak rakan-rakan serta teman-teman yang bersimpati dengan perjuangan Datuk Seri Anwar untuk hadir menyertai majlis solat hajat, zikir dan munajat bagi merayu kepada Allah swt.

“Allah yang maha berkuasa membantu memudahkan segala usaha Datuk Seri Anwar dan rakan-rakannya dalam usaha mereka ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut bekas Dekan Kuliyyah Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu lagi, majlis khas akan diadakan di Anjung Rahmat, Sungai Merak, Kajang mulai solat Zohor esok dan berakhir pada Zohor hari Selasa.

Dalam masa sama, Dr Razali menasihatkan penyokong Anwar agar melakukan ibadah di kediaman masing-masing bagi yang tidak berkelapangan atau berjauhan.

“Saudara yang boleh hadir (di Anjung Rahmat) saya nasihatkan supaya puasa sunat pada hari Isnin.

“Manakala yang bersimpati dengan usaha yang baik ini, dapat juga ikut serta dengan berpuasa pada hari Isnin serta melaksanakan solat hajat, zikir dan munajat kepada Allah di tempat masing-masing,” kata Dr Razali lagi.

Anwar pada 8 Oktober lalu mendakwa mendapat perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, 13 Oktober ini.

Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat itu berkata, beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya seperti dinyatakan ketika sidang medianya pada 23 September lalu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/10/bekas-presiden-abim-gesa-penyokong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyokong Ph Diminta Solat Hajat Menjelang Anwar Mengadap Agong

Penyokong Ph Diminta Solat Hajat Menjelang Anwar Mengadap Agong

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 402 hits
Mantan Presiden kedua Angkatan Belia Islam Malaysia Profesor Ustaz Dr Razali Nawawi menyeru rakyat Malaysia yang bersimpati dan menyokong perjuangan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim agar melakukan solat hajat zikir dan munajat men...
Pas Kedah Patut Solat Hajat Tolak Covid

Pas Kedah Patut Solat Hajat Tolak Covid

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 349 hits
MSO Memandangkan kes baru positif Covid di Kedah tertinggi 397 kes berbanding dengan Sabah 219 wajarlah kalau kerajaan Kedah dibawah pimpinan Pas memanggil untuk mengadakan majlis munajat dan solat Hajat perdana Bukankah pendekatan Pas sebe...
Beri Bekas Banduan Kerja Gesa Jabatan Penjara Ngo Kepada Majikan

Beri Bekas Banduan Kerja Gesa Jabatan Penjara Ngo Kepada Majikan

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 570 hits
Beri bekas banduan kerja gesa jabatan penjara NGO kepada majikan Pengerusi Pergak Siti Murni Sheikh Ahmad berkata bukan mudah bagi bekas banduan mencari pekerjaan kerana sebahagian syarikat bimbang untuk menggaji mereka
Penyokong Anwar Masih Meroyan

Penyokong Anwar Masih Meroyan

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 353 hits
Anwar sewajarnya sudah tidak perlu dipertimbangkan sebagai PM Ucapannya di sidang media selepas berjumpa Agong dan penjelasan sebenar pihak Istana selepas itu membawa gambaran Anwar tidak bercakap secara telus Adalah membimbangkan gaya dan ...
Penganalisis Politik Bebas Buat Penyokong Anwar Hangin

Penganalisis Politik Bebas Buat Penyokong Anwar Hangin

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 483 hits
Serahkan pada PDRM untuk beraksi selepas beberapa laporan polis telah dibuat Bukankah penganalisis ini pernah bekerjasama dengan Nurul suatu masa dulu
Abim Gesa Kerajaan Pn Lanjutkan Moratorium Pinjaman

Abim Gesa Kerajaan Pn Lanjutkan Moratorium Pinjaman

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 298 hits
Angkatan Belia Islam Malaysia menggesa kerajaan Perikatan Nasional melanjutkan tempoh moratorium pinjaman bank yang berakhir pada September lalu Hal itu kerana situasi gelombang kedua pandemik Covid 19 yang mungkin menyaksikan sekali lagi n...
Masjid Amp Surau Wilayah Persekutuan Disaran Buat Solat Hajat Tiga Hari Berturut2

Masjid Amp Surau Wilayah Persekutuan Disaran Buat Solat Hajat Tiga Hari Berturut2

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 383 hits
Semua masjid surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Putrajaya dan Labuan disaran melaksanakan solat hajat selepas solat Maghrib selama tiga hari berturut turut mulai hari ini Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekut...
Solat Hajat Mohon Dari Maha Esa Ikhtiar Kita Terakhir

Solat Hajat Mohon Dari Maha Esa Ikhtiar Kita Terakhir

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 348 hits
Seluruh rakyat Malaysia yang berugama Islam yang mahukan kebenaran dan menolak pengkhianatan diseru untuk mengadakan solat hajat pada malam ini hingga keesokan hari bagi tujuan Semoga Allah memberi taufik dan hidayah serta kesihatan yang ba...
Siapa Agaknya Bekas Presiden Itu

Siapa Agaknya Bekas Presiden Itu

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 612 hits
Sepatutnya ahli parti kepada parti politik itu bebas memberi pandangan mengikut mereka Jika tidak sependapat mereka hormati dan hargai pandangan rakan separti mereka Tidak kira ahli biasa atau ketua setiap pandangan diraikan Jika pandangan ...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun