Bekas Pm Bidas Pm Kemudiannya Bekas Pm Bidas Bekas Pm Pula




Atau "PM7 bidas PM8.. Kemudiannya PM6 bidas PM7 pula.." boleh juga dijadikan sebagai tajuk tu.

Dalam buku kontrovesinya “My Story: Justice In Wilderness”, Thomas mendakwa Mahathir gagal menguruskan kerajaan PH dengan ketegasan yang dipamerkan semasa menerajui negara dari 1981 sehingga 2003.
Namun pandangan itu ditolak Mahathir yang mengupas kejayaan kerajaan pimpinan beliau selama 22 bulan sebelum dijatuhkan oleh Muhyiddin Yassin dan penyokongnya yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional.
Mahathir berkata anggapan bekas peguam negara itu tersasar dan PH sebenarnya mencapai banyak perkara, sungguhpun tidak memperolehi majoriti 2/3 pada pilihan raya umum 2019.
“Hanya pembangkang sahaja mengkritik bahawa kerajaan (PH) bukan Melayu, selain daripada itu prestasi kerajaan amat baik,” kata Mahathir.
Mahathir berkata selama 22 tahun menjadi PM bawah Barisan Nasional, “saya boleh bekerja dengan penuh keyakinan, kerana mempunyai sokongan 2/3 Ahli Parlimen.”
Mahathir berkata walaupun tidak mempunyai kelebihan itu apabila kembali menjadi perdana menteri pada 2018 bawah teraju PH, parti komponen PH atau parti yang mesra gabungan itu tidak menghalang kerja beliau.
“Saya dapat melakukan banyak benda. Contohnya, saya mampu menubuhkan kerajaan tanpa berasaskan prestasi parti komponen PH,” kata Mahathir.
“Walaupun DAP mempunyai 42 Ahli Parlimen dan PPBM cuma ada 13, dalam Jemaah Menteri (saya) mereka masing-masing mempunyai enam menteri. Jadi ini mencerminkan perwakilan sama rata dalam Jemaah Menteri.
“Seterusnya saya berjaya memperolehi persetujuan Jemaah Menteri ke atas sebahagian besar tindakan yang perlu saya lakukan. Saya dapat tangani krisis kewangan, hutang (negara), menyingkirkan ahli politik yang menerajui syarikat dan institusi (berkaitan kerajaan),” tambah beliau.
Mahathir berkata beliau juga memastikan pegawai kanan awam yang terbabit dalam rasuah berundur.
“Saya dapat melakukan penyesuaian yang perlu untuk memastikan saya mempunyai sokongan sebuah pentadbiran yang mantap,” kata Mahathir.
Mahathir menyifatkan prestasi kerajaan PH pimpinannya jauh lebih baik berbanding pentadbiran Muhyiddin yang disifatkannya begitu rapuh.
Beliau berkata PH tidak mempunyai masalah kerapuhan sedemikian untuk mentadbir negara, sehinggalah Muhyiddin bertindak mengeluarkan PPBM dari PH, bersama Mohamed Azmin Ali dan penyokongnya dalam PKR.

Bagaimanapun kemudiannya... Bekas Perdana Menteri ke-6 (Najib) pulak muncul membidas dakwaan bekas Perdana Menteri ke-7 (Tun Mahathir) itu..
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak menepis dakwaan Dr Mahathir Mohamad, prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan amat baik kerana berjaya menangani krisis kewangan dan hutang negara.
Najib berkata, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia khususnya tidak akan lupa “sumbangan” kerajaan PH, malah beliau percaya perdana menteri ke-7 itu mendapat laporan palsu daripada menteri kewangan dan menteri ekonomi ketika itu.
“Untuk maklumat Mahathir, semasa pentadbiran PH yang “amat baik”, pasaran saham Malaysia menjadi paling corot dalam dunia, dikalahkan Zimbabwe. Nisbah hutang negara naik dari 48.7% ke 54.4% setelah PH menambah hutang negara sebanyak RM140 bilion.
“Defisit negara untuk dua tahun berturut-turut lebih tinggi berbanding masa Barisan Nasional (BN). Pertumbuhan KDNK negara 2019 menjadi paling lemah sejak 10 tahun lalu, sebelum krisis Covid-19,” katanya di Facebook.
Najib berkata, semasa pentadbiran PH negara mengalami aliran keluar dana asing sebanyak RM25 bilion pada 2018 dan 2019, berbanding aliran masuk dana asing sebanyak RM11 bilion pada 2017.
“Malah, hibah dan dividen-dividen tabung rakyat menjadi paling rendah dalam sejarah untuk dua tahun tersebut. Manakala, aset bersih Khazanah Nasional Berhad jatuh dari RM116 bilion ke RM73 bilion setelah PH menjual aset negara secara lambak.
“Bahkan, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) diturunkan penarafan dua kali setelah PH jarah RM84 bilion dari rizab tunai RM176 bilion ditinggal BN. Serta, eksport negara semakin turun sehingga menjadi pertumbuhan negatif pada 2019,” katanya.
Najib turut mengingatkan Mahathir mengenai situasi hubungan Malaysia di peringkat antarabangsa ketika pemerintahannya, yang tegang ketika itu serta kenyataannya sebelum ini supaya rakyat mengikat perut dan tidak iri hati atas kekayaan dimiliki orang kaya.
“Negara tidak alami apa-apa krisis ekonomi sebelum Mahathir jadi perdana menteri ke-7 dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.9%, kenaikan eksport 18.9%, penurunan defisit kerajaan dan nisbah hutang negara ke 2.9% dan 48.7% masing-masing.
“Serta, dividen KWSP paling tinggi sejak 20 tahun lalu, pasaran saham Malaysia menjadi pasaran saham paling lama menaik dalam dunia sehingga mencapai tahap tertinggi 1,896 mata sebulan sebelum pilihan raya umum ke-14,” katanya ~ FMT
Memang susahlah Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.. sebab ada dua Bekas PM yang masih hidup dan menunggu langkahnya silap saja..

Silap saja.. kena bedal la dia... hmmm
Tapi bagus jugak ni.. ada check and balance..
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/02/bekas-pm-bidas-pm-kemudiannya-bekas-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Dah Jadi Kata Pkp Tapi Banyak Sektor Dibuka Kes Pula Masih Tinggi

Apa Dah Jadi Kata Pkp Tapi Banyak Sektor Dibuka Kes Pula Masih Tinggi

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 373 hits
Patutnya tutup sektor perkilangan kerana punca kes melonjak BANGI Rata rata pengguna media sosial keliru dengan pelaksanaan prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan yang umumkan kerajaan memandangkan kes jangkitan COVID 19 kini...
Buat Hal Lagi Kali Ini Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Menari Tiktok Pula

Buat Hal Lagi Kali Ini Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Menari Tiktok Pula

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 257 hits
Semenjak mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu pelakon Ayda Jebat dan suaminya Nabil Mahir sering muncul di media sosial membuat video ptong kaki mereka berdua Kali ini Ayda dan Nabil kembali dengan video masuk air mereka berdua yang ...
Rentasan 821 Kurangkan Musuh Kit Siang Bidas Kenyataan Tun Mahathir

Rentasan 821 Kurangkan Musuh Kit Siang Bidas Kenyataan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 248 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8211 PKP KETAT EKONOMI TENAT PM PECAH REKOD 2 TAMBAHKAN KAWAN KURANGKAN MUSUH 3 ZAHID MEMANG KEBAL DENGAN DESAKAN DAN KECAMAN 4 ZAILAH BIADAB PN PERLU UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI
Giliran Cd Projekt Red Pula Digodam Penggodam Tinggalkan Nota Ugutan

Giliran Cd Projekt Red Pula Digodam Penggodam Tinggalkan Nota Ugutan

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 184 hits
CD Projekt Red tidak habis lagi dengan kontroversi dan tumpuan kebencian menerusi pelancaran permainan video mereka baru baru ini Cyberpunk 2077 Tidak habis lagi dengan masalah Cyberpunk 2077 kini mereka berdepan lagi dengan masalah yang le...
Selepas Ibu Bapa Pula Tarbiah Aiman Tino

Selepas Ibu Bapa Pula Tarbiah Aiman Tino

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 245 hits
Hebahkan Malam tadi dia ada pulang ke rumah berjumpa dengan ahli keluarga terutama ibunya Selepas itu saya tarik Aiman bawa masuk berbincang dalam kereta iyalah mungkin kalau bercakap depan adik beradik lain dia malu Saya peringatkan
Malaysia Darknet Bertindak Lagi Laman Perak Gov My Pula Dicerobohi

Malaysia Darknet Bertindak Lagi Laman Perak Gov My Pula Dicerobohi

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 274 hits
Baru sahaja menerima maklumat mengenai serangan oleh Malaysia Darknet terhadap laman rasmi kerajaan negeri Kelantan Kini mereka tampil lagi dengan serangan lain Maklumat serangan telah disampaikan kepada kami oleh seorang pemberi maklumat M...
Covid 19 Belum Berakhir Ebola Pula Muncul Semula Di Congo

Covid 19 Belum Berakhir Ebola Pula Muncul Semula Di Congo

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 176 hits
BENI Penyakit Ebola muncul semula di Republik Demokratik Congo Menteri Kesihatannya semalam berkata pesakit baru itu seorang wanita meninggal dunia pada 3 Februari lalu selepas menunjukkan gejala Ebola dua hari sebelumnya Wanita terbabit ad...
Bekas Ketua Penolong Setiausaha Kanan Kementerian Dituduh Rasuah

Bekas Ketua Penolong Setiausaha Kanan Kementerian Dituduh Rasuah

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 278 hits
fotoBERNAMA SHAH ALAM Seorang bekas ketua penolong setiausaha kanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Khamis atas dua pertuduhan menerima suapan RM100 000 bagi tender pembe...
Pkp 3 0 Lebih Ketat Bakal Dilaksanakan Bekas Pm Kecam Kerajaan Pn Mengarut

Pkp 3 0 Lebih Ketat Bakal Dilaksanakan Bekas Pm Kecam Kerajaan Pn Mengarut

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 673 hits
Jika benar apa yang di bagitahu oleh Najib Razak dalam FB beliau Memang sah kerajaan PN amat bodoh seperti yang di tulis oleh Najib Sepatutnya PKP 2 0 terus diperketatkan tanpa menunggu sebulan baru hendak di ketatkan seperti PKP 1 0Dewan P...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy