Bekas Pemain Bass Amuk Meninggal Dunia


Bekas anggota pertama kumpulan Amuk, Aub yang berusia 50 tahun, meninggal dunia di rumahnya kira-kira jam 3.45 petang tadi, akibat kanser tulang.

 
Gambar terakhir Aub (tengah) ketika menerima rawatan di HUKM dan isterinya, Faizah (kiri).
 
Allahyarham meninggalkan balu serta lima anak, iaitu tiga lelaki dan dua perempuan.
Jenazah akan disolatkan di Surau Al-Faizin, Taman Tun Perak, Cheras dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn, selepas solat isyak.
Allahyarham Aub atau nama sebenarnya, Mohd Rauh Abu dianggap pemain gitar bass terbaik di era rock kapak hingga kini, dan pernah menganggotai kumpulan Satira, Burnmarks, Baba, Manterra dan Barongan.
Menurut isterinya, Faizah Ishak, 42, Allahyarham cukup dihormati dalam industri seni tanah air, disebabkan gayanya yang tersendiri.
“Sebelum ini, arwah tidak pernah cakap apa-apa mengenai penyakit yang dihidapinya. Cuma sekali dua, dia bagi tahu rasa sakit di bahagian tulang belakang.
“Selepas sakitnya itu semakin kerap dirasai, arwah menerima rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan ditahan di wad selama sebulan,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Beliau berkata, hujung November lalu, doktor memaklumkan Aub menghidap kanser tulang tahap empat.
“Walaupun menghidap kanser tulang tahap empat, arwah kelihatan sihat seperti biasa hinggalah tiga minggu lepas, penyakitnya itu semakin serius,” katanya.
Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Aub ada berpesan kepada Faizah supaya menjaga anak-anak dengan baik.
“Arwah sempat bertemu rakan-rakan yang datang melawatnya, ketika dirawat di hospital. Dia selalu berpesan supaya bersabar dan reda dengan segala ketentuan-Nya. Dia juga berpesan kepada saya supaya sentiasa mendoakannya, kerana umurnya itu dirasai tidak berpanjangan,” katanya menahan sebak.
Seorang rakan Allahyarham, Mustafa Kamal Rahmat atau lebih dikenali sebagai Mus Satira memberitahu, arwah adalah seorang yang penyabar dan bersemangat.
“Saya mengenali arwah hampir 20 tahun dan kami semakin rapat sejak beliau menganggotai kumpulan Satira yang ditubuhkan sekitar 1987, namun setelah tampil dengan dua album, anggota kumpulan ini membawa haluan masing-masing,” katanya.
Menurutnya, pada 2009, Satira kembali dengan anggota asal, tetapi Nan, Atoy dan Mie terpaksa menarik diri, kerana komitmen kerjaya dan juga keluarga.
“Bertitik tolak dari situ, Aub dan Zul telah diserapkan untuk berpayung di bawah lembayung Satira dan kami pernah beraksi bersama dalam konsert kumpulan muzik heavy metal dari Jepun, Loudness sebagai aksi pembukaan bersama kumpulan Sofea dan Shewolves.
“Dari situ, hubungan kami dengan Aub sudah seperti adik-beradik. Kehilangannya itu umpama hilangnya sebuah permata heavy metal, kerana beliau juga merupakan salah seorang pemain bass lagenda negara,” katanya.
Mohd Rauh atau Aub juga pernah membintangi filem ‘Aku Kaya The Movie’ bersama Bandi Amuk dan Stone.
Selain itu, Aub juga sering mengiringi persembahan dan menjadi pemuzik bagi rakaman album beberapa artis tempatan.

Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://gambarartis.blogspot.com/2014/12/bekas-anggota-pertama-kumpulan-amuk-aub.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kabar Duka Kapusdatin Bpbd Dki Jakarta Meninggal Dunia

Kabar Duka Kapusdatin Bpbd Dki Jakarta Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 187 hits
Kepala UPT Pusat Data dan Informasi Kebencanaan BPBD DKI Jakarta Mohammad Insaf meninggal dunia pada Rabu Insaf meninggal dunia di Rumah Sakit Harapan Kita Jakarta Barat
Kabar Duka Aktor Senior Ikranagara Meninggal Dunia Begini Kiprahnya Di Dunia Perfilman

Kabar Duka Aktor Senior Ikranagara Meninggal Dunia Begini Kiprahnya Di Dunia Perfilman

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 131 hits
Ikranagara sudah banyak menorehkan prestasi di dunia perfilman mulai dari Kejarlah Daku Kau Kutangkap sampai Laskar Pelangi
Wanita Meninggal Dunia Ketika Kahwin Diganti Dengan Adik Sendiri

Wanita Meninggal Dunia Ketika Kahwin Diganti Dengan Adik Sendiri

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 236 hits
NEW DELHI Seorang wanita di India terpaksa menggantikan tempat kakaknya sebagai pengantin selepas dia meninggal dunia akibat serangan jantung secara tiba tiba lapor laman berita Daily Star semalam
Wanita Cedera Parah Akibat Tong Gas Memasak Meletup Meninggal Dunia

Wanita Cedera Parah Akibat Tong Gas Memasak Meletup Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 247 hits
GEORGE TOWN Seorang wanita meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang di sini hari ini selepas dua hari bertarung nyawa setelah cedera parah akibat letupan tong gas memasak di rumahnya di Flat Taman Sri Bayu Jalan Kampung Bukit Bayan Lepas de...
3 Hari Menjelang Wisuda Mahasiswa Ui Ditemukan Meninggal Dunia

3 Hari Menjelang Wisuda Mahasiswa Ui Ditemukan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 351 hits
Berdasarkan informasi MPD mahasiswa program studi Ilmu Komunikasi Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik Universitas Indonesia angkatan 2019 MPD merupakan calon wisudawati yang seharusnya menjalani prosesi wisuda hari ini
Bapa Mas Idayu Meninggal Dunia Alhamdulillah Sempat Tatap Abah Buat Kali Terakhir

Bapa Mas Idayu Meninggal Dunia Alhamdulillah Sempat Tatap Abah Buat Kali Terakhir

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 184 hits
Penyanyi dangdut terkenal Mas Idayu memaklumkan bapanya Mesnun Hassan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kota Tingga Johor Selasa lalu Menurut laporan mStar difahamkan insan tersayangnya itu mengalami sesak nafas dan lemah sebel...
Kabar Duka Papa Gabor Ayah Mendiang Laura Anna Meninggal Dunia

Kabar Duka Papa Gabor Ayah Mendiang Laura Anna Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 207 hits
Greta Irene juga menuliskan harapannya agar Papa Gabor dan Laura Anna dapat kembali bertemu
Bobby Chua Meninggal Dunia

Bobby Chua Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 265 hits
Salam takziah pernah menghiasi era kegemilangan bola sepak Sang badak dan Ngap Sayot TERKINI Lagenda Bola Sepak Sabah Dan Sarawak Bobby Chua Meninggal Dunia Arwah Bobby Chua merupakan salah seorang lagenda bola sepak Sabah dan Sarawak TERKI...
1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Pilot In Kapar Crash Was Under Influence Of Alcohol Says Report

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ways To Monetize Your Domains

Rezeki Yang Tidak Disangka

Ibu Rindu Yaya

Bauan Teddys Dream Lovely Lace Wangi Ya Amat

Ayam Goreng Berebut Makan Goreng Macam Ni Ikut Cara Mak Mak

Ini Ker Namanya Menteri Dap Hipokrik