Bekas Pegawai Kerajaan Dakwa Wang Simpanan Dalam Tabung Haji Lesap


 hmetro.com.my
Mohd Roji Kawi
[email protected]
JABIDAH menunjukkan laporan polis mengenai kehilangan wang simpanannya. FOTO Mohd Roji Kawi
Kuching: Bekas pegawai kanan kerajaan kerugian lebih RM30,000 selepas wang di dalam akaun Tabung Haji miliknya disyaki dipindah ke akaun milik orang lain serta dikeluarkan dengan menggunakan mesin juruwang automatik (ATM) sejak tahun 2018.

Bagaimanapun, kehilangan wang itu hanya disedari Datuk Jabidah Monseri, 66, pada 30 November tahun lalu.

Jabidah berkata, selepas bersara sebagai Timbalan Ketua Pengarah, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pada tahun 2017, beliau ditawarkan jawatan baharu sebagai Pengerusi Unimas Holdings iaitu anak syarikat milik Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

"Berikutan terlalu sibuk dengan tugas baharu, saya tidak mengemaskini akaun Tabung Haji, tambahan pula saya amat yakin dengan keselamatan wang yang disimpan di Tabung Haji.

"Pada 2019, saya dilantik pula sebagai ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sarawak dan saya bertambah sibuk apabila perlu kerap bergerak di seluruh negeri sehingga saya terus tidak menyemak akaun Tabung Haji," katanya kepada wartawan NSTP.

Menurutnya, pada November tahun lalu, beliau terjumpa semula buku akaun Tabung Haji itu.

"Saya kemudian ke pejabat Tabung Haji di Jalan Satok di Kuching untuk mengemas kini buku akaun saya itu.

"Namun, saya hampir pengsan sebaik sahaja kerani yang membuat semakan memberitahu akaun saya hanya berbaki RM1,816.74, sedangkan wang saya di dalam akaun itu sepatutnya ada lebih RM31,000," katanya.

Menurutnya, semakan lanjut pada penyata terperinci akaunnya mendapati wang simpanannya itu dikeluarkan menerusi 30 transaksi bermula 26 Februari 2018.

Tujuh transaksi dibuat menerusi pemindahan dari Tabung Haji ke beberapa akaun bank, manakala 23 lagi menerusi pengeluaran menggunakan mesin ATM.

Pemindahan pertama ke akaun bank pada 26 Februari 2018 berjumlah RM10,000 dan pada tarikh sama, satu pengeluaran sebanyak RM1,000 dibuat menggunakan kad ATM.

Selepas itu, enam lagi pemindahan dari Tabung Haji ke akaun bank dibuat pada 11 Mac 2018 (RM5,000), 7 Mei 2018 (RM6,000), 21 Mei 2018 (RM5,000), 30 Mei 2018 (RM4,000), 27 Jun 2018 (RM3,500) dan 1 Januari 2019 (RM5,000).

Pengeluaran menggunakan mesin ATM pula bermula 26 Februari 2018 dan berlarutan sebanyak 23 transaksi sehingga 21 Januari 2020 dengan setiap pengeluaran antara RM1,000 hingga RM1,500.

Berikutan itu, Jabidah membuat laporan di Balai Polis Gita di sini, pada 1 Disember tahun lalu bagi menuntut pihak Tabung Haji mengambil tindakan terhadap kes kehilangan wang itu.

Bagaimanapun, beliau kesal apabila sehingga kini, tiada sebarang makluman diterimanya daripada pihak Tabung Haji meskipun sudah tiga bulan laporan dibuat.

"Saya mengharapkan pihak Tabung Haji memberi maklum balas dan bertanggungjawab terhadap kehilangan wang simpanan saya itu," katanya.
Disiarkan pada: Mac 7, 2024 @ 9:12am

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/bekas-pegawai-kerajaan-dakwa-wang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Haji Hadi Selalu Tiada Di Parlimen Sekali Datang Gelar Kerajaan Ibarat Burung Tiung Kakak Tua

Haji Hadi Selalu Tiada Di Parlimen Sekali Datang Gelar Kerajaan Ibarat Burung Tiung Kakak Tua

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 210 hits
HarapandailySelalu tiada di Parlimen sekali datang gelar kerajaan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim ibarat burung tiung yang hanya tahu mengikut sahaja kata kata tuannya tanpa memahami maksudnya Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang juga m...
Pengarah Syarikat Di Dakwa Duduki Tanah Kerajaan Pahang Tanpa Kebenaran Di Pekan

Pengarah Syarikat Di Dakwa Duduki Tanah Kerajaan Pahang Tanpa Kebenaran Di Pekan

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 372 hits
KUANTAN Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menduduki tanah kerajaan negeri Pahang tanpa kebenaran tahun lepas Cheong Chin Chong 62 dituduh melakukan kesalahan itu di Kampung ...
Hembuskan Nafas Terakhir Di Hospital Kerajaan Bekas Ahli Parlimen Paling Tua Meninggal Dunia

Hembuskan Nafas Terakhir Di Hospital Kerajaan Bekas Ahli Parlimen Paling Tua Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 390 hits
Beliau menghembuskan nafas terakhirnya hari ini di sebuah hospital tempatan Ahli Parlimen tertua India Shafiqur Rahman Barq telah kembali ke rahmatullah pada usia 94 tahun Barq merupakan anggota Parti Samajwadi dan mewakili kawasan Sambhal ...
Tabung Haji Depositor Apologises Over Missing Funds Claim

Tabung Haji Depositor Apologises Over Missing Funds Claim

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 404 hits
The pilgrims fund board said the depositor had apologised after being shown evidence about the transfer of funds KUALA LUMPUR Tabung Haji has accepted an apology from a depositor who had alleged that funds in her account had gone missing Th...
Apakah Usaha Dan Kejayaan Kerajaan Madani

Apakah Usaha Dan Kejayaan Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 406 hits
Apakah usaha dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI Saya maklum ramai yang bertanyakan soalan ini Ini jawapannya Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara yang saya pengerusikan petang tadi secara rasmi memaklumkan bahawa Malaysia pada 2023...
Gambar Muka Sebenar Vtuber Di China Terdedah Setelah Peraturan Baru Kerajaan

Gambar Muka Sebenar Vtuber Di China Terdedah Setelah Peraturan Baru Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/2/2024 - jumlah : 609 hits
Vtuber adalah seorang pencipta kandungan video dengan avatar palsu Biasanya avatar yang digunakan dalam video mereka adalah daripada watak anime kartun permainan video ataupun watak unik mereka sendiri Ramai memilih menjadi Vtuber kerana me...
Kerajaan Perlu Segera Beri Kata Putus Harga Siling Beras Sinar Harian 25 02 2024

Kerajaan Perlu Segera Beri Kata Putus Harga Siling Beras Sinar Harian 25 02 2024

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 304 hits
Artikel oleh Sinar Harian KERAJAAN PERLU SEGERA BERI KATA PUTUS HARGA SILING BERAS
Agong Beri Amaran Jangan Ganggu Kerajaan

Agong Beri Amaran Jangan Ganggu Kerajaan

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 243 hits
MSOYang diPertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar menyeru semua ahli dewan berkerjasama dengan kerajaan untuk bangunkan negara dan ketepikan kepentingan politik masing Baginda juga mengingatkan dengan tegas sepanjang pemerintahann...
Speaker By Election Needed For Three Perlis State Seats

National Pride Does Not Pay The Bills For Malaysia S Medal Winners

As Gold Prices Climb Many Malaysian Families Find A Hidden Financial Cushion

Selamat Menyambut Malam Raghaib

Rutin Harian Orang Malaysia Di Musim Hujan

Pelaburan Online Yang Selamat Panduan Praktikal Untuk Elak Risiko Scam

Calon Utama Pm Bangladesh Kembali Ke Tanah Air Setelah 17 Tahun Berada Di Perantauan

Tindakan Pecat Tiga Adun Bukti Ketegasan Pas Pertahan Prinsip Disiplin Amp Amanah Mb Perlis


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

Delicious Healthy Muffin Recipes Sally S Baking Addiction

Bukan Urusan Kita

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

Vibrasi Ayat Ayat Tuhan

Derma Arab 1mdb Ejen Propaganda Kekal Berkuasa Najib Kekal Penjara Kajang