Bekas Ketua Kumpulan Wolf Pack Ancam Serang Kuil Dijel 10 Tahun



Oleh – Syeikh Baran

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas ketua kumpulan ‘Wolf Pack’ selepas didapati bersalah atas lapan pertuduhan termasuk mengancam untuk menyerang Kuil Sri Maha Mariamman Seafield di Subang Jaya.
Hakim Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Mahadi Mamat, 39, di akhir kes pembelaannya.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun masing-masing bagi pertuduhan pertama, kedua, ketiga dan ketujuh diikuti penjara enam tahun untuk pertuduhan keenam, manakala penjara lima tahun bagi pertuduhan kelima, keenam dan kelapan.
Hukuman itu diarahkan berjalan serentak bermula dari tarikh tangkapan pada 5 Mei 2019.
Dalam penghakimannya, Hakim Noorin berkata, walaupun tertuduh mempunyai skizofrenia atau gangguan mental, namun lelaki itu waras semasa melakukan kesalahan-kesalahan tersebut.
“Oleh demikian, pihak pendakwaan berjaya membuktikan di luar keraguan munasabah terhadap kelapan-lapan pertuduhan yang dikemukakan terhadap tertuduh. Tertuduh didapati bersalah atas kesemua pertuduhan itu,” katanya.
Penghakiman lanjut turut menyatakan mahkamah berpuas hati tertuduh gagal membuktikan ‘legal insanity’ (tidak sempurna akal mengikut undang-undang) selain berpuas hati dengan keterangan yang diberikan saksi pembelaan kedua berkaitan keadaan mental tertuduh.
“Setelah meneliti mesej WhatsApp dengan ahli-ahli kumpulan ‘Group Sejati Sejiwa’ saya mendapati tertuduh faham dan tahu akibatnya selain melihat cara tertuduh memujuk ahli-ahli kumpulan WhatsApp untuk bersama-sama beliau,” kata hakim itu.
Terdahulu, peguam Farida Mohammad memohon hukuman ringan dengan mengambil kira isteri tertuduh yang mempunyai Sistematik Lupus Eritematosus (SLE) selain tiada pekerjaan tetap. Sebelum ditangkap, anak guamnya bekerja di kebun sawit.
“Keutamaan adalah untuk memulihkan tertuduh dari segi memberi kaunseling dan perubatan,” kata peguam itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim memohon mahkamah mengenakan hukuman berat ke atas tertuduh dengan mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan tertuduh sendiri.
“Hasil tunjuk arah tertuduh menjumpai pistol dan paip bom. Ini menunjukkan keseriusan kesalahan yang dilakukan tertuduh,” katanya.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Mahadi didakwa mencari sokongan terhadap suatu perbuatan pengganas dengan mengancam untuk membuat serangan di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield di Subang Jaya, dan mengancam untuk membunuh empat individu warganegara Malaysia, melalui kumpulan WhatsApp ‘Sejati Sejiwa’.
Bagi pertuduhan ketiga, Mahadi didakwa memberi latihan penggunaan senjata api kepada anggota kumpulan WhatsApp ‘Sejati Sejiwa’ dalam persediaan melakukan suatu perbuatan pengganas di bawah Seksyen 130F (a) kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda.
Pertuduhan keempat, dia didakwa memberi arahan untuk melakukan perbuatan pengganas kepada anggota kumpulan WhatsApp tersebut mengikut Seksyen 130F (b) kanun sama yang boleh dikenakan hukuman maksimum tujuh tahun dan denda.
Bagi pertuduhan kelima dan keenam, Mahadi didakwa mendapatkan enam butir ‘pipe bom’ dan sepucuk pistol semi-automatik CZ 75 B serta 15 butir peluru jenis ‘Luger 9mm’ untuk melaksanakan perbuatan pengganas.
Bagi pertuduhan ketujuh, lelaki itu didakwa merekrut beberapa individu menyertai kumpulan WhatsApp ‘Sejati Sejiwa’, untuk melakukan perbuatan pengganas di bawah Seksyen 130E kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Pertuduhan kelapan pula, Mahadi didakwa memilik item yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Daesh dan perbuatan keganasan di dalam sebuah telefon bimbit.
Pertuduhan mengikut Seksyen 130JB (1) (a) kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, dan boleh dilucut hak mana-mana item berkenaan dan kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Kampung Teris, Hulu Terengganu, kira-kira 5.45 petang, 7 Januari 2019 dan 5 Mei 2019, pukul 9.48 malam.
Sumber – KOSMO! ONLINE
The post Bekas ketua kumpulan ‘Wolf Pack’ ancam serang kuil dijel 10 tahun appeared first on My TV ONLINE.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://my-tv.online/2024/10/02/bekas-ketua-kumpulan-wolf-pack-ancam-serang-kuil-dijel-10-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Gisbh Dijel 10 Tahun

Guru Gisbh Dijel 10 Tahun

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 244 hits
Perbuatan tidak bertanggungjawab seorang guru menekan dada murid menggunakan lutut dan merotan tiga kanak kanak di sebuah pusat pendidikan dan kebajikan GISB Holdings Sdn Bhd menerima hukuman setimpal apabila Mahkamah Sesyen menjatuhkan huk...
Ketua Pemuda Pas Disaran Menghadap Bekas Ydpa

Ketua Pemuda Pas Disaran Menghadap Bekas Ydpa

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 124 hits
HarapandailyPemuda AMANAH Nasional mengecam sekeras kerasnya kenyataan Ketua Pemuda Pas Malaysia Afnan Hamimi yang mempersoalkan tentang kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Muktamar Pemuda parti pembangkang tersebut baru baru ini Timb...
Genius Muda Pelajar 12 Tahun Cipta Sejarah Di Um

Genius Muda Pelajar 12 Tahun Cipta Sejarah Di Um

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 135 hits
Kagum apabila seorang kanak kanak berusia 12 tahun mencipta sejarah sebagai pelajar termuda yang pernah diterima masuk ke Universiti Malaya sejak penubuhannya pada tahun 1962 Izz Imil Shahrom secara rasmi mendaftar pada Sabtu lepas dan akan...
Pelajar Daftar Um Usia 12 Tahun Rupanya Anak Autisme Genius Matematik

Pelajar Daftar Um Usia 12 Tahun Rupanya Anak Autisme Genius Matematik

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 212 hits
Rupanya kanak kanak berusia 12 tahun mencipta sejarah sebagai pelajar termuda yang pernah diterima masuk ke Universiti Malaya sejak kecil adalah seorang yang genius Matematik Kira kira 6 tahun lalu majalah Keluarga telah mendedahkan kepinta...
Adik Bongkar Rahsia Dua Abang Bunuh Bapa 30 Tahun Lalu

Adik Bongkar Rahsia Dua Abang Bunuh Bapa 30 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 207 hits
AgensiNew Delhi Selepas 30 tahun menyimpan rahsia seorang lelaki dari Girlodpur di daerah Hathras Uttar Pradesh mendedahkan pembunuhan bapanya yang dilakukan dua abang kandungnya sendiri lapor portal Deccan Herald Panjabi Singh 39 berjumpa ...
Berbeza Dari Dah 33 Tahun Kim Goeun Dedah Sebab Tak Boleh Berkahwin

Berbeza Dari Dah 33 Tahun Kim Goeun Dedah Sebab Tak Boleh Berkahwin

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 203 hits
Terbaru Kim Go eun telah terlibat dengan satu temu bual khas susulan tayangan filem barunya Love in the Big City Artikel Berkaitan Untuk pengetahuan Love in the Big City akan mengikuti watak Kim Go eun dan Noh Sang hyun yang jatuh cinta sat...
Park Jiah Dari The Glory Meninggal Dunia Pada Usia 52 Tahun

Park Jiah Dari The Glory Meninggal Dunia Pada Usia 52 Tahun

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 272 hits
Seorang lagi pelakon berbakat telah meninggalkan kita Artikel Berkaitan Terbaru pada 30 September agensi mengumumkan bahawa pelakon Park Ji ah telah meninggal dunia pada jam 2 50 pagi selepas bertarung dengan infarksi serebrum pada usia 52 ...
Gadis 17 Tahun Kahwin Lebih 15 Kali

Gadis 17 Tahun Kahwin Lebih 15 Kali

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 127 hits
KOSMOJAKARTA Seorang gadis berusia 17 tahun mengundang perhatian orang ramai kerana sanggup menjadi isteri sementara lebih 15 kali demi menjana pendapatan lapor saluran berita South China Morning Post semalam nbsp Gadis bernama Cahaya itu b...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Shahirah Natasha Pasang Chord

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Seorang Jemaah Islam Maut Ditikam 50 Kali Dalam Masjid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umdap Paling Sesuai

Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik