Bekas Ketua Hakim Senaraikan Kesilapan Sultan Muhammad V Termasuk Mengampunkan Anwar



(Malaysiakini) – Bekas Ketua Hakim Negara, Abdul Hamid Mohamad mendakwa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V melakukan beberapa kesilapan semasa menduduki takhta, termasuk berhubung pengampunan ke atas Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Menulis dalam satu rencana yang disiarkan di laman Umno Online dan juga laman web peribadinya, Abdul Hamid berkata, adalah satu kesilapan bagi Seri Paduka untuk memberitahu Perdana Menteri Dr Mahathir bahawa baginda bersetuju untuk mengampunkan Anwar.
“Bahawa adalah satu kesilapan bagi Yang di-Pertuan Agong memberitahu Dr Mahathir bahawa baginda bersetuju untuk mengampunkan Anwar sebelum mesyuarat Lembaga Pengampunan dan menerima kunjungan Anwar.
“Lebih buruk lagi apabila Seri Paduka memberitahu Anwar bahawa beliau diampunkan kerana ketidakadilan yang dilakukan kepadanya.
“Itu demoralise mahkamah, pendakwa raya dan polis kerana ia seolah-oleh menyatakan bahawa mereka kelihatan seperti alat kerajaan sebelumnya,” katanya.
Luar waktu pejabat
Selain peristiwa itu, bekas ketua hakim negara itu juga menyentuh tentang semasa pemerintahan Yang di-Pertuan Agong, baginda sering mengadakan majlis-majlis angkat sumpah di luar waktu pejabat.
Ini, katanya, termasuk majlis mengangkat sumpah pelantikan kontroversi Md Rauf Sharif sebagai ketua hakim Negara dan Zulkefli Ahmad Makinuddin sebagai presiden mahkamah rayuan untuk tempoh lanjutan yang dilakukan pada waktu malam.
“Begitu juga majlis angkat sumpah Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara. Ini adalah fungsi rasmi Yang di-Perttuan Agung yang serius. Ia patut dilakukan di waktu pejabat,” katanya.
Abdul Hamid juga berkata, majlis mengangkat sumpah Dr Mahathir sebagai perdana menteri ketujuh negara juga wajar diberi perhatian khusus.
Katanya, apa yang berlaku pada malam 9 Mei sebaik sahaja pengumuman keputusan pilihan raya ke-14 menunjukkan bahawa Pakatan Harapan (PH) telah mendapat majoriti, Dr Mahathir telah ke Istana Negara untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.
Tanpa diundang
Ini, kerana, beliau takut kiranya akan berlaku lompatan parti oleh ahli-ahli parlimen yang baru dipilih itu yang akan menyebabkan PH kehilangan majoriti.
“Bagi saya, adalah memalukan bagi seorang bakal perdana menteri untuk pergi tanpa diundang, pada waktu malam, mungkin untuk mengejutkan Yang di-Pertuan Agong jika baginda sedang beradu, untuk mengangkat sumpah beliau sebagai perdana menteri.
“Kedua, Agong tidak sepatutnya nampak seperti menjalankan tugasnya di bawah tekanan. Seri Paduka berhak memuaskan dirinya siapa, menurut pendapatnya, mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen yang baru dipilih itu,” katanya.
Menurut Abdul Hamid, jika ahli-ahli Parlimen yang baru dipilih hendak menyeberang dan menyeberang balik malam itu, mereka seharusnya dibenarkan berbuat demikian.
“Sekurang-kurangnya, Seri Paduka sepatutnya berpeluang untuk memuaskan diri baginda siapa yang mempunyai sokongan majoriti, pada siang hari keesokan harinya,” katanya.
Sambil menyifatkan upacara mengangkat sumpah perdana menteri adalah upacara paling penting yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong, kata bekas ketua hakim negara itu, ia perlu dilakukan di majlis yang sesuai.
“(Ia) dihadiri oleh para VIP termasuk, saya cadangkan, mantan perdana menteri terakhir, dan disiar secara langsung oleh televisyen.
“Ia akan membuktikan bahawa demokrasi berjalan dengan baik di Malaysia. Ia juga menunjukkan kematangan ahli-ahli politik di Malaysia..
“Saya harap di masa hadapan Yang diPertuan Agong tidak akan tunduk kepada tekanan. Biarkan calon perdana menteri piket di luar Istana Negara sepanjang malam jika beliau mahu,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/01/11/bekas-ketua-hakim-senaraikan-kesilapan-sultan-muhammad-v-termasuk-mengampunkan-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Ketua Hakim Negara Mengaku Cuai Dalam Mengeluarkan Kenyataan Berkaitan Kesilapan Sultan Muhammad V Dan Tun M

Bekas Ketua Hakim Negara Mengaku Cuai Dalam Mengeluarkan Kenyataan Berkaitan Kesilapan Sultan Muhammad V Dan Tun M

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 395 hits
Bekas Ketua Hakim Negara Mengaku CUAI Dalam Mengeluarkan Kenyataan Berkaitan Kesilapan Sultan Muhammad V Dan Tun M
Sultan Muhammad V Beri Ruang Luas Kepada Sistem Demokrasi Malaysia Anwar

Sultan Muhammad V Beri Ruang Luas Kepada Sistem Demokrasi Malaysia Anwar

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 345 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Rakyat Malaysia khususnya warga Parti Keadilan Rakyat menjunjung kasih setinggi tingginya atas jasa dan khidmat Sultan Muhammad V selama bertugas sebagai Yang di Pertuan Agong XV yang antara lain telah membe...
Bila Lagi Polis Nak Siasat Bekas Ketua Hakim Negara

Bila Lagi Polis Nak Siasat Bekas Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 496 hits
Sudahlah cuba mengaibkan Sultan Sultan Muhammad V melalui tulisannya yang membariskan kesilapan kesilapan baginda semasa menjadi Yang Dipertuan Agong bekas Ketua Hakim Negara Abdul Hamid Mohamad juga nampaknya berbohong dalam sebahagian dar...
Bekas Ketua Hakim Negara Telah Memalukan Diri Sendiri

Bekas Ketua Hakim Negara Telah Memalukan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 505 hits
Sehari selepas tampil membuat dakwaan terhadap Sultan Muhammad V dan Dr Mahathir Mohamad bekas ketua hakim negara Abdul Hamid Mohamed menarik balik kata katanya Malah beliau mengaku cuai dalam kenyataan yang menyenaraikan kesilapan Sultan M...
Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V Letak Jawatan

Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 1406 hits
KUALA LUMPUR Sultan Muhammad V telah meletak jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong ke 15 berkuatkuasa 6 Januari 2019 kata Istana Negara Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz baginda telah memaklumkan peletakka...
Hakim Cecar Uang Kondangan Rp 50 Juta Untuk Bekas Panitera Pn Jakpus

Hakim Cecar Uang Kondangan Rp 50 Juta Untuk Bekas Panitera Pn Jakpus

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 225 hits
Presiden Direktur PT Paramount Enterprise Ervan Adi Nugroho mengamini pemberian uang Rp 50 juta kepada bekas Panitera Pengadilan Negeri Jakarta Pusat Edy Nasution Menurut Ervan uang itu sebagai uang kondangan untuk anak Edy
Trio Arrested For Sedition After Social Media Remarks Against Sultan Muhammad V

Trio Arrested For Sedition After Social Media Remarks Against Sultan Muhammad V

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 308 hits
Police have confirmed that three individuals who allegedly insulted the monarchy on social media recently were arrested yesterday In a statement Inspector General of Police Mohamad Fuzi Harun said Eric Liew Chee Ling 46 Azham Akhtar Abdulla...
6 Moment Paling Diingati Sepanjang Sultan Muhammad V Menjadi Yang Di Pertuan Agung

6 Moment Paling Diingati Sepanjang Sultan Muhammad V Menjadi Yang Di Pertuan Agung

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 447 hits
Sultan Muhammad V mengumumkan perletakan jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong berkuatkuasa pada 6 Januari lalu Baginda yang sebelum itu dikenali sebagai Tengku Muhammad Faris Petra telah dilantik sebagai Yang di Pertuan Agong pada 13 Disem...
Kelantan S Sultan Muhammad V Resigns As Agong

Kelantan S Sultan Muhammad V Resigns As Agong

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 428 hits
Kelantan ruler Sultan Muhammad V has resigned as the Yang di Pertuan Agong This was confirmed through a statement by the Comptroller of the Royal Household Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz The Palace would like to inform that the Seri Paduka Bagind...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Understand Your Target Audience

Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Flava Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk Chord

Air Mineral Spritzer Sebundle Murah

Lirik Lagu Chand Chupa Badal Mein

Hukum Guna Duit Raya Anak Cara Simpan Duit Raya

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Najib Untuk Hadiri Istiadat Pengebumian Negara

Hiburan Begitu Sayangnya Rosmah Pada Tun Hasmah Video Dua Isteri Bekas Perdana Menteri Berpelukan Curi Tumpuan