Bekas Ketua Hakim Dijangka Ketuai J Kuasa Kaji Alternatif Hukuman Mati


Martin Vengadesan 
   
Selaras dengan keputusan kabinet pada 29 Ogos lalu, kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji alternatif kepada hukuman mati mandatori, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong.

Dalam kenyataan, beliau berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh seorang bekas ketua hakim negara, dan dianggotai antara lain bekas hakim Mahkamah Persekutuan, bekas pegawi Jabatan Peguam Negara, bekas pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia, wakil Majlis Peguam, wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), ahli akademik, pakar kajian jenayah dan wakil pertubuhan masyarakat sivil.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Richard Malanjum, yang bersara daripada jawatan ketua hakim negara April lalu, dijangka mengetuai Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian terhadap Hukuman Mati Mandatori.

Nama lain yang disebut untuk menganggotainya ialah pengerusi bersama jawatankuasa hak asasi manusia Majli Peguam Andrew Khoo dan peguam hak asasi Edmund Bon, yang kini pengarah Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR).

Sumber juga memberitahu bekas Peguam Cara Negara II Zauyah Be Loth Khan, ahli kriminologi Universiti Sains Malaysia P Sundramoorthy dan pensyarah undang-undang Universiti Malaya Farah Nini Dusuki antara yang dijangka menganggotai jawatankuasa itu.

Mandat jawatankuasa itu ialah untuk mengkaji hukuman alternatif bagi undang-undang yang membawa hukuman mati mandatori.

Kajian itu dijangka mengambil masa dua atau tiga bulan sebelum mengemukakan syornya, kata sumber itu lagi.
Pada 4 Julai, Liew berkata kerajaan sedang menimbang untuk men
ggantikan hukuman mati mandatori bagi sebelas kesalahan jenayah.

Di bawah cadangan pindaan itu, hukuman mati masih boleh dijatuhkan hakim, selain hukuman penjara 30 tahun atau penjara seumur hidup.

Jawatankuasa khas itu dijangka mengkaji lebih lanjut perkara itu dan mengemukakan cadangan muktamad berkenaan pindaan itu.

Sementara itu, Liew dalam kenyataan berkata walaupun kerajaan masih boleh menjatuhkan hukuman mati berdasarkan budi bicaranya, ia perlu berdasarkan "fakta kes".

Kerajaan mengambil langkah proaktif dan berhati-hati dengan menubuhkan jawatankuasa khas ini bagi memastikan hukuman alternatif ini adalah setimpal dengan kesalahan jenayah yang dilakukan serta mengambil kira implikasi dan kebajikan terhadap mangsa perlakuan jenayah tersebut," katanya lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/bekas-ketua-hakim-dijangka-ketuai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hakim Izin Tangguh Hukuman Penjara Bekas Isteri Bos Naza World

Hakim Izin Tangguh Hukuman Penjara Bekas Isteri Bos Naza World

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 667 hits
Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini menangguhkan hukuman penjara tujuh hari terhadap bekas isteri Pengerusi Eksekutif Naza World Emilia Hanafi kerana melanggar perintah mahkamah berhubung hak penjagaan ketiga tiga anaknya Peguam Emilia F...
Sederet Alasan Kenapa Kebiri Kimia Dianggap Jauh Lebih Menyiksa Ketimbang Hukuman Mati Ngeri Sih

Sederet Alasan Kenapa Kebiri Kimia Dianggap Jauh Lebih Menyiksa Ketimbang Hukuman Mati Ngeri Sih

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 349 hits
Predator anak asal Mojokerto yang katanya jadi orang pertama di Indonesia yang bakal dikebiri kimia aja katanya lebih pilih dihukum mati lo Memang seseram apa ya hukuman ini
Surat Tahanan Hukuman Mati Singapura Dituduh Menipu

Surat Tahanan Hukuman Mati Singapura Dituduh Menipu

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 203 hits
Surat tahanan hukuman mati Singapura dituduh menipu Dikemas kini 48 minit yang lalu Diterbitkan pada 24 Aug 2019 11 14AM
Kejagung Soal Kebiri Paedofil Diperbolehkan Hakim Berhak Cantumkan Hukuman Itu

Kejagung Soal Kebiri Paedofil Diperbolehkan Hakim Berhak Cantumkan Hukuman Itu

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 260 hits
Muhammad Aris warga Dusun Mengelo Desa Kecamatan Sooko Mojokerto dijatuhi hukuman kebiri kimia oleh hakim karena terbukti memerkosa 9 orang anak
Mendekam Dipenjara Dan Terancam Hukuman Mati Zul Zivilia Mengaku Rindu Anak

Mendekam Dipenjara Dan Terancam Hukuman Mati Zul Zivilia Mengaku Rindu Anak

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 421 hits
Zul Zivilia kini tengah mendekam di balik jeruji besi karena kasus penyalahgunaan narkoba Menjalani masa tahanan Zul mengaku rindu kepada anak
Bekas Ketua Polis Negara Bidas Pihak Guna Taktik Diskriminasi Terbalik Buat Tuntutan

Bekas Ketua Polis Negara Bidas Pihak Guna Taktik Diskriminasi Terbalik Buat Tuntutan

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 403 hits
Musa Hassan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang membangkitkan isu perkauman dan menghina kaum Melayu agama Islam serta institusi diraja KUALA LUMPUR Bekas ketua polis negara Musa Hassan mendakwa ada pihak yang men...
Seorang Lelaki Mer Gol 9 Kanak Kanak Perempuan Dan Dikenakan Hukuman Mandul Tetapi Doktor Rakyat Tak Setuju

Seorang Lelaki Mer Gol 9 Kanak Kanak Perempuan Dan Dikenakan Hukuman Mandul Tetapi Doktor Rakyat Tak Setuju

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 270 hits
Pada tahun 2016 hukuman mandul secara kimia dan hukuman mati telah ditetapkan sebagai hukuman untuk individu yang melakukan kesalahan seksual terhadap kanak kanak di Indonesia Individu pertama yang disabitkan bersalah atas jenayah pedofilia...
Kejati Jatim Surati Kejagung Minta Petunjuk Pelaksanaan Teknis Hukuman Kebiri Kimia

Kejati Jatim Surati Kejagung Minta Petunjuk Pelaksanaan Teknis Hukuman Kebiri Kimia

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 206 hits
Surat tersebut dilayangkan lantaran hingga kini belum ada peraturan khusus yang mengatur tentang pelaksanaan teknis kebiri kimia
Pembunuh Suzaily Mukhtar Sempat Senyum Masa Dijatuhkan Hukuman Gantung

Pembunuh Suzaily Mukhtar Sempat Senyum Masa Dijatuhkan Hukuman Gantung

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 250 hits
Siapa sangka hari yang sepatutnya menjadi sinar baru kepada satu satunya puteri dalam keluarga ini untuk memulakan hidup baru di alam pekerjaan berubah menjadi tragis Riwayat gadis yang bernama Suzaily Mukhtar berakhir dengan insiden ngeri ...
Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Sky Mirror Pantai Sasaran Kuala Selangor Pengalaman Magis Pantulan Cermin Langit Di Malaysia

Kisah Seorang Apeque Yang Menjual Sebuah Basikal Kepada 5 Orang Yang Berbeza

Kashmir Kembali Bergolak Pada Tahun 2025

Koleksi Mikrokontroller

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga