Bekas Ketua Audit Negara Nafi Musnahkan Salinan Asal Laporan Audit 1mdb


BERNAMA
Menurut Madinah, laporan audit itu mengandungi maklumat dan bukti material mengenai syarikat tersebut.

Bekas perdana menteri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Gambar: Bernama Bekas ketua audit negara Madinah Mohamad hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak memusnahkan salinan asal laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika mengambil alih jawatan itu daripada Ambrin Buang pada 2017 kerana ia mengandungi maklumat dan bukti yang material mengenai syarikat pelaburan strategik itu.
Madinah, 65, berkata beliau membuat keputusan itu selepas dimaklumkan tentang salinan asal laporan itu dalam satu taklimat bersama Pasukan Khas Audit (PKA) 1MDB pada 16 Mac 2017.
“Timbalan Pengarah Audit Nor Salwani Muhammad memaklumkan terdapat dua versi laporan pengauditan 1MDB dan telah menyerahkan satu-satunya versi asal laporan yang masih ada dalam simpanan beliau.
“Nor Salwani berkata tujuannya menyimpan salinan asal itu bagi mendapatkan arahan ketua audit negara yang baru (iaitu saya) sama ada ia perlu dimusnahkan atau tidak,” kata Madinah ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.
Saksi pendakwaan ke-12 itu berkata Nor Salwani turut memberitahunya bahawa laporan audit 1MDB telah dicetak dua kali pada awal 2016 dan sekali lagi pada 2 Mac tahun sama.
“Laporan yang dicetak pada awal 2016 merupakan laporan muktamad untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 24 Februari 2016.
“Bagaimanapun, isi kandungan laporan ini telah diubah dengan menggugurkan beberapa perenggan di dalamnya melalui mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Ali Hamsa pada 24 Februari 2016. Nor Salwani juga memberitahu saya tarikh awal pembentangan kepada PAC telah diubah kepada 4 Mac 2016,” katanya.
Madinah berkata beliau turut dimaklumkan tentang dua perenggan yang digugurkan daripada salinan asal laporan pengauditan itu adalah perbezaan maklumat dalam penyata kewangan 1MDB dan minit mesyuarat mengenai kehadiran ahli perniagaan, Low Taek Jho (Jho Low) pada mesyuarat khas lembaga pengarah 1MDB pada 26 September 2009.
“Pada ketika itu, Laporan Pengauditan 1MDB telah diklasifikasikan sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dan oleh sebab itu, saya tidak dapat mendedahkan kewujudan dua versi itu kepada mana-mana pihak.
“Bagaimanapun, pada 15 Mei 2018 saya telah mengklasifikasikan semula laporan tersebut sebagai dokumen terbuka berikutan kenyataan media perdana menteri yang mengarahkan ia diklasifikasikan sebagai dokumen terbuka,” katanya.
Dr Mahathir Mohamad merupakan perdana menteri ketika itu selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018.
Madinah berkata Nor Salwani turut memaklumkan PKA telah dijemput oleh Majlis Penasihat Kerajaan untuk membuat pembentangan pada 31 Mei 2018.
“Saya kemudian mengarahkan satu salinan asal Laporan Pengauditan 1MDB diserahkan kepada Majlis Penasihat Kerajaan, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ogos 2018.
“Selepas pendedahan saya mengenai wujudnya dua versi laporan pengauditan 1MDB pada 30 Ogos 2018, saya telah diarahkan Jabatan Perdana Menteri untuk membentangkan perkara sama dalam mesyuarat kabinet pada 23 November 2018,” katanya.
Menurut saksi itu, sejurus mesyuarat tersebut, kabinet telah mengarahkan beliau mengeluarkan kenyataan media selaku ketua audit negara mengenai beberapa perenggan di dalam laporan audit 1MDB telah diarahkan untuk digugurkan dan dipinda.
“Kenyataan media itu telah pun dikeluarkan pada 24 November 2018,” kata Madinah.
Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dibuat terhadap laporan akhir audit 1MDB yang telah dimuktamadkan Ketua Audit Negara, sebelum laporan itu “sekali lagi dimuktamadkan” dan dibentang di hadapan PAC bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadap beliau.
Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat, Putrajaya antara 22 dan 26 Februari 2016
Mereka didakwa di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/bekas-ketua-audit-negara-nafi-musnahkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tapak Kolam Takungan Banjir Diubah Guna Siasatan Boleh Mula Dari Laporan Ketua Audit Negara

Tapak Kolam Takungan Banjir Diubah Guna Siasatan Boleh Mula Dari Laporan Ketua Audit Negara

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 253 hits
Laporan Ketua Audit Negara 2019 mengenai tapak kolam takungan banjir di Jinjang Kuala Lumpur yang diubah syarat dan digunakan untuk pembangunan boleh disiasat dengan mudah Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil sebahagian besar la...
Pac Confirms Suspicion Bank Negara Funds Used For 1mdb Bailout

Pac Confirms Suspicion Bank Negara Funds Used For 1mdb Bailout

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 205 hits
The Public Accounts Committee has confirmed suspicions that a plot of land Bank Negara Malaysia purchased from the federal government for RM2 07 billion in 2017 was intended to pay off 1MDB s debts The PAC which tabled its report on the mat...
Bank Negara Beli Tanah Kerajaan Rm2 07b Selamatkan 1mdb Pac

Bank Negara Beli Tanah Kerajaan Rm2 07b Selamatkan 1mdb Pac

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 186 hits
Dakwaan bahawa kerajaan ketika pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak menggunakan Bank Negara Malaysia dalam operasi membayar hutang 1Malaysia Development Berhad dengan membeli tanah kerajaan bernilai RM2 07 bilion didedahkan oleh Jawatank...
Former Auditor General I Did Not Destroy Original 1mdb Audit Report

Former Auditor General I Did Not Destroy Original 1mdb Audit Report

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 225 hits
Former auditor general Tan Sri Dr Madinah Mohamad told the High Court that she decided not to destroy the original audit report on 1Malaysia Development Bhd when she took over the top position in the National Audit Department in 2017 After ...
I Didn T Destroy Original 1mdb Audit Report As It Contained Material Evidence

I Didn T Destroy Original 1mdb Audit Report As It Contained Material Evidence

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 158 hits
1MDB AUDIT TRIAL Former auditor general Madinah Mohamad testified that she decided not to destroy the original copy of the 1MDB audit report as it contained material evidence on the sovereign wealth fund The 12th prosecution witness was giv...
Penyelarasan Antara Agensi Lambat Pada Sabtu Ketua Polis Negara

Penyelarasan Antara Agensi Lambat Pada Sabtu Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 209 hits
Oleh Orang ramai mula pulang ke rumah selepas terjejas akibat banjir buruk di Taman Seri Muda Goto NSTP MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI SHAH ALAM Penyelarasan di antara agensi kerajaan perlahan pada hari pertama banjir di Shah Alam Sabtu lalu O...
Hiburan Bergetah Lagi Ni Ain Husniza Jadi Subjek L Cah Bekas Rakan Sekelas Bapa Buat Laporan Polis

Hiburan Bergetah Lagi Ni Ain Husniza Jadi Subjek L Cah Bekas Rakan Sekelas Bapa Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 418 hits
Pada minggu lepas bapa kepada Ain Husniza telah memuat naik satu entri di menunjukkan beberapa komen lucah mengenai anaknya di laman Tumblr Menurut Saiful Nizam komen tersebut dibuat oleh bekas rakan sekelas Ain sendiri yang berkongsi tenta...
Pelakon Badrul Muhayat Didkwa Bawa Lari Anak Anak Bekas Isteri Buat Laporan Polis

Pelakon Badrul Muhayat Didkwa Bawa Lari Anak Anak Bekas Isteri Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 933 hits
Seorang wanita yang dikenali sebagai Julia Ma wa memberitahu di sebuah hantaran Facebook miliknya bahawa bekas suaminya yang merupakan pelakon drama tempatan Badrul Muhayat telah melarikan anak anaknya Julia menerusi hantaran itu menjelaska...
Drama Genesis

Keir Staurmtrooper Says War Against Russia Will Continue

Dissatisfied Chinese Reluctant To Vote Says Analyst

The J Seri Alam Bawa Konsep Kontainer Food Court Santai Ke Johor Bahru

Kegagalan Yang Bukan Untuk Ditangisi

Speed Read A Ducati Streetfighter Inspired By The Mandalorian And More

Welcoming The Creation Of Beauty With Huawei S Latest Line Of Innovation

An Appointment To Sit Up And Notice



Info Sinopsis Pelakon Drama Berepisod Bawah Payung Awan Viu Malaysia Musim 1 2

Biodata Terkini Datin Che Puan Norjuma Habib Mohamed Bekas Isteri Nazim Razak Yang Selepas Bercerai Katanya Dah Kahwin Dan Bersuami Tapi Dengan Siapa

8 Fakta Biodata Scha Elinnea Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla TV3 Gandingan Jazmy Juma Khan

Info Sinopsis Kutipan Filem Kutukan Ilmu Hitam Waruga Black Magic Curse 2024 Kini Di Netflix Malaysia

5 Tumbuhan Berbentuk Aneh Yang Menyerupai Organ Manusia


Historical References In Brand Names

Cerita Dari Dinding

Rasmi Jawatan Kosong Pertahanan Awam Dibuka Besar Besaran Bagi Kemasukan Julai 2024

Doa Agar Anak Anak Dilindungi Dari Penyakit Ain

Biodata Aisha Retno Calon Juara Hardest Singing Show Malaysia

Biodata Sophia Albarakbah Ratu Telenovela Anugerah Telenovela Ke 9