Bekas Juara Heavyweight Eropah Joe Bugner Meninggal Dunia


Bekas Juara Heavyweight Eropah Joe Bugner Meninggal Dunia
LONDON (Bernama-PA Media/dpa) — Joe Bugner, peninju heavyweight Britain yang pernah menentang Muhammad Ali dan Joe Frazier sehingga ke pusingan akhir, meninggal dunia pada usia 75 tahun, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Bugner yang dilahirkan di Hungary kurang mendapat sokongan di United Kingdom selepas menewaskan jaguh negara itu Henry Cooper menerusi keputusan mata yang diperdebatkan pada 1971 untuk muncul sebagai juara British, Komanwel dan Eropah.
Beliau tewas dua kali degan kiraan mata kepada Ali, termasuk ketika mencabar kejuaraan heavyweight dunia  dan sekali kepada Frazier. Bugner turut tewas kepada Rob Lyle, Earnie Shavers dan Frank Bruno.
Kerjaya beliau selama 32 tahun itu berakhir pada 1999. Pada ketika itu, beliau telah berpindah ke Australia dan menghabiskan tahun-tahun terakhir hidupnya di sebuah rumah jagaan di Brisbane selepas disahkan menghidap demensia.
Lembaga Kawalan Tinju British dalam kenyataan berkata: “Dengan dukacita kami memaklumkan bekas juara heavyweight British, Eropah dan Komanwel serta pencabar Kejuaraan Dunia, Joe Bugner, telah meninggal dunia di rumah jagaan di Brisbane, Australia.
“Lembaga Kawalan Tinju British mengucapkan takziah kepada keluarga Joe.” Bugner, yang merupakan seorang pelarian kanak-kanak ketika berpindah ke Britain selepas keluarganya melarikan diri dari Hungary susulan pencerobohan Kesatuan Soviet pada 1956, memenangi 69 daripada 83 pertarungan – 41 daripadanya melalui tumbukan tewas jatuh – dengan 13 kekalahan dan satu seri.
Selain menewaskan Cooper dengan kelebihan suku mata menerusi markah pengadil Harry Gibbs ketika sistem penjurian masih menggunakan pecahan, Bugner juga memegang gelaran juara British sebanyak dua kali dan menjadi juara Eropah tiga kali.
Beliau bersara selepas tewas kepada Bruno pada 1987 tetapi kembali semula lapan tahun kemudian kerana masalah kewangan. Pada usia 48 tahun, beliau berjaya merangkul gelaran juara Australia serta tali pinggang WBF yang kurang berprestij.
Bugner dikenali dengan panggilan mesra “Aussie Joe” pada tahun-tahun terakhir kariernya selepas mendapat sambutan hangat di Australia, sesuatu yang tidak pernah dialaminya ketika beraksi di Britain.
Selepas bersara, Bugner terlibat dalam industri perfileman dan pernah muncul dalam rancangan televisyen popular “I’m A Celebrity…Get Me Out Of Here!” pada 2009.
Promoter Frank Warren menulis di platform X: “Berita sedih tentang pemergian Joe Bugner, bekas juara British, Eropah dan Komanwel, serta lelaki yang pernah menentang Muhammad Ali dan Joe Frazier sehingga tamat pusingan.
“Beliau juga terlibat dalam pertarungan pertama yang saya kendalikan di ITV – seorang insan hebat yang akan dirindui. Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarganya. Semoga beliau bersemadi dengan tenang.”
BACA: Kemungkinan Bakal Berlaku Selepas Mahkamah AS Iktiraf Tarif Trump Tidak Sah
Sumber: BERNAMA
The post Bekas Juara Heavyweight Eropah Joe Bugner Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/02/bekas-juara-heavyweight-eropah-joe-bugner-meninggal-dunia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelakon Suara Anime Legenda Takaya Hashi Meninggal Dunia

Pelakon Suara Anime Legenda Takaya Hashi Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 980 hits
Pelakon Suara Anime Legenda Takaya Hashi Meninggal Dunia Pelakon suara legenda Takaya Hashi dilapor meninggal dunia akibat serangan jantung pada Rabu lapor Tokyo Weekender Terkenal memiliki suara yang sangat unik mendiang memulakan karierny...
Dua Beradik Ibu Saudara Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Rumah

Dua Beradik Ibu Saudara Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 1500 hits
Dua Beradik Ibu Saudara Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Rumah SEREMBAN 30 Ogos Dua beradik lelaki dan perempuan serta ibu saudara mereka ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Tanjung Port Dickson hari ini Ketua Polis Negeri Sem...
Ikon Fesyen Itali Giorgio Armani Meninggal Dunia

Ikon Fesyen Itali Giorgio Armani Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 719 hits
Ikon Fesyen Itali Giorgio Armani Meninggal Dunia Ikon dan pereka fesyen Itali Giorgio Armani meninggal dunia pada usia 91 tahun lapor AFP Berita duka itu dimaklumkan oleh syarikatnya dalam satu kenyataan pada Khamis Dengan kesedihan yang me...
Dua Bayi Meninggal Dunia Selepas Digigit Tikus Dalam Hospital

Dua Bayi Meninggal Dunia Selepas Digigit Tikus Dalam Hospital

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 1898 hits
KOSMOTangkap layar video menunjukkan seekor tikus berkeliaran di dalam Hospital Kerajaan Maharaja Yashwantrao NDTVNEW DELHI Dua bayi meninggal dunia selepas digigit tikus yang berkeliaran di sebuah hospital kerajaan terbesar dalam i negeri ...
Mak Lah Pencetus Penubuhan Amanah Meninggal Dunia

Mak Lah Pencetus Penubuhan Amanah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 724 hits
HarapandailyAugust 23 2025Pencetus kepada penubuhan Parti AMANAH Negara Ustazah Jamilah Ibrahim meninggal dunia pada jam 9 pagi tadi di Institut Jantung Negara Perkara itu dimaklumkan Timbalan Presiden AMANAH Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Raw...
Pesakit Jantung Meninggal Dunia Kerana Gangguan Bekalan Elektrik

Pesakit Jantung Meninggal Dunia Kerana Gangguan Bekalan Elektrik

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 428 hits
AgensiScunthorpe United Kingdom Seorang pesakit wanita meninggal dunia akibat kegagalan bekalan elektrik secara tiba tiba semasa menjalani pembedahan jantung menurut satu laporan koroner Memetik laporan BBC News Jean Dye 77 sedang menjalani...
Mualaf Meninggal Dunia Selepas 9 Hari Peluk Islam

Mualaf Meninggal Dunia Selepas 9 Hari Peluk Islam

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 753 hits
CYBERJAYA Seorang mualaf Jeremy Mah Ci Wei Abdullah 26 ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kereta berhampiran tempat kerjanya pada 19 Julai lalu Kisah arwah mula tular selepas dikongsi tunangnya Qistina Liew yang menceritakan detik cema...
Kanak Kanak 4 Tahun Meninggal Dunia Tubuh Dipenuhi Ribuan Cacing

Kanak Kanak 4 Tahun Meninggal Dunia Tubuh Dipenuhi Ribuan Cacing

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 494 hits
Kanak Kanak 4 Tahun Meninggal Dunia Tubuh Dipenuhi Ribuan Cacing JAWA BARAT Seorang kanak kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia dalam keadaan tubuhnya dipercayai dipenuhi ribuan cacing lapor CNN Indonesia Insiden tular itu dil...
Penerbit Rancangan Rtm Azizi Harun Meninggal Dunia

Penerbit Rancangan Rtm Azizi Harun Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 468 hits
Penerbit Rancangan RTM Azizi Harun Meninggal Dunia Penerbit Rancangan Unit Antarabangsa Bahagian Berita Ehwal Semasa Radio Televisyen Malaysia Azizi Harun meninggal dunia pada pukul 7 57 malam pada Rabu di Pusat Perubatan Universiti Malaya ...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Majlis Khatam Hafazan Perdana

Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Clean Walkways In Sabah Sparks Debate On Civic Culture