Bekas Banduan Jadi Rebutan Kerana Jadi Imam Dalam Penjara



Remaja yang mengalunkan hafalan surah al-Quran di sebalik tirai besi sejak awal Ramadhan lalu kini menjadi perhatian ramai pihak termasuk untuk menjadikannya sebagai anak angkat.

Remaja lelaki tersebut yang dikenali sebagai Muhammad Jamaluddin, 16, ditahan akhir Jun dan dihantar ke Penjara Machang selepas Mahkamah Majistret Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam bulan kerana kesalahan tinggal di negara ini melebihi tempoh sah.

Sejak viral rakaman berdurasi 2 minit 29 saat itu mula tersebar di laman-laman sosial terutamanya Youtube dan Facebook, pelbagai respons positif diterima dari masyarakat seluruh negara.

Malah, menurut sumber, kerajaan negeri juga tidak akan melepaskan peluang bagi memastikan remaja yang diibaratkan mutiara berharga itu tidak pulang ke negara asalnya dan membina kehidupan di sini.

Melalui viral yang dikongsi di laman sosial Facebook dan Youtube, seorang individu  sanggup bersusah payah mengesan Muhammad dan mahu menjadikan beliau sebagai anak angkat.

Antara lain beliau telah mendapatkan maklumat Muhamamd melalui polis Kota Bharu dan jabatan imigresen dan mencari prosedur mengeluarkan remaja itu dipenjara dengan membayar denda.

Difahamkan, Muhammad juga turut dikunjungi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Aloyah Mamat bagi mengetahui sendiri perkembangan Imam muda dari penjara itu.

Menurut sumber, rakaman tersebut dilakukan ketika dalam proses pemilihan imam untuk penjara di mana beliau ditahan, malah kini Muhammad dijadikan Imam untuk solat fardu dan terawih di penjara berkenaan.

Banyak pihak yang tidak menyangka Muhammad sebenarnya menjadi perhatian golongan atasan yang kini masing-masing cuba untuk membantu remaja itu menyelesaikan beberapa proses dengan mahkamah dan Jabatan Imigresen.

Tujuan utama adalah untuk memastikan permata berharga seperti Muhammad tidak disia-siakan sekali gus boleh dijadikan ikutan kepada golongan muda di Malaysia.

 Dalam masa yang sama, Ibu Muhammad didakwa berasal dari Thailand manakala bapanya pula berasal daripada Kemboja dan bukanlah berketurunan Rohingya sebagaimana yang dilaporkan di Youtube dan sebagainya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman telah mengesahkan Muhammad ditangkap penduduk kampung di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa pada 18 Jun lalu kerana didakwa mencuri.

“Bagaimana pun beliau dilepaskan kerana tiada bukti kukuh dan ditahan kembali pada keesokan hari kerana tiada dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menyatakan hasrat untuk menjadikan anak muda tersebut sebagai anak angkatnya.

Ahmad Zahid berkata, proses kini dilakukan untuk mendapatkan dokumen asal bagi membolehkan prosedur pengambilan anak angkat.

 “Ada dakwaan mengatakan dokumennya telah dicuri. Jika benar, pastinya ada maklumat asal ibunya warganegara Thailand dan bapanya dari Kemboja,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, sekiranya dokumentasi remaja itu berjaya, beliau bercadang menjadikan MuhamMad pembantu imam di maahad tahfiz miliknya di Melaka.

Beliau sebelum ini menyatakan hasratnya untuk mengambil Muhammad sebagai anak angkat susulan video mengalunkan bacaan al-Quran ketika berada dalam lokap polis menjadi viral di laman sosial. ~ Sumber


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pakuderas.blogspot.com/2014/07/bekas-banduan-jadi-rebutan-kerana-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwa Bekas Isteri Ada Npd Ahli Politik Ini Dedah Benda Mengejutkan Di Instagram Cari Perhatian Nak Jual Produk Ke

Dakwa Bekas Isteri Ada Npd Ahli Politik Ini Dedah Benda Mengejutkan Di Instagram Cari Perhatian Nak Jual Produk Ke

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 206 hits
Kemelut antara ahli politik Datuk Shahrul Nasrun dan bekas isterinya Fatin Amyra masih belum menemui noktah apabila Shahrul tampil lantang di Instagram Story dengan beberapa pendedahan mengejutkan Sebagai reaksi terhadap situasi itu Shahrul...
Bekas Isteri Safee Sali Diberi Hak Penjagaan Penuh Anak Selesai Secara Damai

Bekas Isteri Safee Sali Diberi Hak Penjagaan Penuh Anak Selesai Secara Damai

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 161 hits
Bekas Isteri Safee Sali diberi hak penjagaan penuh anak selesai secara damai Perasaan syukur dan kelegaan menyelubungi Fitria Elfina Maharip 44 apabila mahkamah memutuskan hak penjagaan anak diberikan kepadanya Bekas Isteri Safee Sali Diber...
Bekas Pemain Hoki Remaja Kebangsaan Mohamad Asmawi Zaidi Didakwa Tak Siuman Kini Ditempatkan Di Htaa

Bekas Pemain Hoki Remaja Kebangsaan Mohamad Asmawi Zaidi Didakwa Tak Siuman Kini Ditempatkan Di Htaa

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 167 hits
KUANTAN Bekas pemain hoki remaja kebangsaan Mohamad Asmawi Zaidi yang dikatakan tidak siuman kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk menerima rawatan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang Khairul Amri Ahmad
Petinju Mma Ditikam Tiga Kali Oleh Bekas Ahli Gim

Petinju Mma Ditikam Tiga Kali Oleh Bekas Ahli Gim

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 291 hits
Astro ArenaInsiden berlaku pada 10 Mei di Radical Mixed Martial Arts New York Gambar Stadium AstroSEORANG petinju MMA berusia 24 tahun ditikam tiga kali di New York oleh seorang bekas ahli gim yang sebelum ini dilarang daripada masuk ke kem...
Pakcik Pakcik Bergaduh Di Masjid Berebut Jadi Imam

Pakcik Pakcik Bergaduh Di Masjid Berebut Jadi Imam

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 193 hits
KOSMOBeberapa lelaki berusia berebut untuk menjadi imam di Masjid Pos 3 Kota Bau Bau kelmarin XJAKARTA Satu klip video tular memaparkan beberapa jemaah berebut untuk menjadi imam sehingga berlaku pertengkaran mulut di sebuah masjid di wilay...
Telefon Sekecil Pemetik Api Tapi Boleh Arah Jenayah Dari Dalam Penjara

Telefon Sekecil Pemetik Api Tapi Boleh Arah Jenayah Dari Dalam Penjara

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 207 hits
Pasti anda pernah melihat filem di mana jenayah dilakukan dari dalam penjara Rasa macam tidak masuk akal tapi ia benar Siapa sangka telefon sekecil pemetik api boleh jadi alat untuk urus jenayah dari balik tembok penjara Tapi itulah realiti...
Lagi Kes Lori Warden Penjara Maut Digilis Lori Simen Dipercayai Kerana Brek Rosak

Lagi Kes Lori Warden Penjara Maut Digilis Lori Simen Dipercayai Kerana Brek Rosak

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 271 hits
Belum pun reda tentang nahas tragis membabitkan lori muatan batu yang mengorbankan 9 anggota FRU satu lagi kemalangan dilaporkan berlaku juga melibatkan lori Menurut laporan seorang wanita maut digilis lori simen dipercayai kerana masalah b...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Radiohead Let Down Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Grindelwald Day 7 2

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange