Bekas Banduan Al Ma Unah Kekok Dengan Dunia Luar


azrulhakimie Selepas selama 20 tahun terkurung, meringkuk di dalam penjara KUALA LUMPUR – Tersesat ke kampung lain, tidak pandai menggunakan telefon pintar, itu pengalaman baharu dilalui bekas banduan kumpulan Al-Ma’unah tatkala melangkah keluar dari tirai besi pada 17 Ogos lepas, setelah mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Kebangsaan ke-63.
Terkurung di sebalik tembok tinggi selama 20 tahun yang memisahkannya dengan dunia luar, bekas banduan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 49, mengakui kekok dan terkejut dengan keadaan semasa, terutama di kampungnya yang disifatkan jauh berbeza berbanding 20 tahun lepas.
Cahaya terang matahari juga mengganggu penglihatannya lantaran sudah terbiasa dengan suasana suram di penjara.
“Bayangkan daripada kawasan hutan pada 20 tahun lepas, kini dipenuhi rumah. Saya nak bawa motosikal pun rasa takut sebab banyak betul kereta dan lori atas jalan. Bukan macam dulu… televisyen sekarang pun banyak yang dah ‘kurus’ (skrin nipis). Motosikal pun dah canggih tak perlu dihidupkan guna kaki.
“Apa yang membuatkan saya tersenyum tentunya melihat betapa ramainya anak saudara… sampai hari ini saya masih ragu-ragu dengan jumlahnya. Mungkin lebih daripada 15 orang sedangkan ketika saya tinggalkan keluarga, hanya ada lima orang sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama, di sini.
Ahmad, yang sepatutnya menjalani hukuman penjara sepanjang hayat, adalah antara 13 bekas ahli kumpulan Al-Ma’unah yang dibebaskan awal susulan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Kebangsaan ke-63.
Ahmad telah dimasukkan ke Penjara Sungai Buloh seketika pada tahun 2000 sebelum ke Penjara Kajang selama lapan tahun, kemudiannya dipindahkan ke Penjara Marang selama 12 tahun, sejak 2008, dan akhirnya ada 17 Ogos lepas, beliau dibebaskan.
Mengimbas kembali detik pembebasannya, Ahmad berkata pada 16 Ogos, beliau dipanggil oleh pegawai penjara untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan diminta membaca sepucuk surat.
Ahmad berkata beliau diminta membaca satu persatu baris ayat di surat itu, yang memaklumkan keputusan penolakan empat kali rayuannya untuk pembebasan sebelum ini, sehinggalah pada baris terakhir yang menyatakan rayuannya diperkenankan.
“Apabila tiba pada ayat ‘diperkenankan’ bagi rayuan kali kelima, saya gagal teruskan bacaan dan pegawai meminta saya melakukan sujud syukur,” katanya, sambil menambah saat itu beliau bagaikan tiada keupayaan lagi untuk berdiri kerana terlalu terkejut sehingga dipapah oleh pegawai penjara.
Ahmad berkata malam terakhir di penjara juga dirasakan sangat panjang sehingga beliau tidak dapat melelapkan mata.
“Saya tak tidur. Saya hanya berbaring atas simen… semua peralatan termasuk tilam, selimut, bekas air dan segalanya telah saya agihkan kepada banduan lain.
“Pada hari terakhir, sebelum melangkah keluar dari pintu besi, saya dibawa berjumpa pegawai penjara. Di situlah saya dijamu makan durian. Ia adalah hadiah untuk pembebasan saya. Ketika itu jugalah air mata saya mengalir laju. Sudah 20 tahun tidak merasa enaknya buah durian,” katanya yang kelihatan ceria dan mesra sepanjang temu bual secara santai itu berlangsung.
Katanya, apabila tiba di rumah pada 17 Ogos, beliau disambut dengan penuh gembira oleh kaum keluarga dan rakan terdekat, sambil dijamu dengan nasi minyak serta pelbagai makanan lain manakala pada awal Muharam lepas, surau berdekatan rumahnya pula mengadakan kenduri kesyukuran menyambutnya pulang.
Ketika ditanya apakah yang akan dilakukan dalam masa terdekat, Ahmad yang mahir membuat perabot ketika di penjara berkata beliau ada menerima tawaran untuk bekerja tetapi masih belum membuat keputusan kerana mahu berehat seketika, selain mahu membalas jasa keluarga terutama kakaknya yang sering memberi sokongan dan sentiasa melawatnya di penjara walaupun terpaksa berhabis wang ringgit.
Bagi memastikan nilai positif pada dirinya terus kekal, Ahmad yang pernah meraih perhatian ramai kerana kehebatannya khatam al-Quran sebanyak 165 kali ketika di penjara berkata, beliau akan meneruskan amalannya membaca al-Quran pada setiap hari seperti di penjara.
“Saya benar-benar terharu atas pembebasan ini. Terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong. Saya yakin apa yang berlaku ini mempunyai kaitan dengan amalan saya di penjara, termasuk doa yang tidak putus daripada keluarga,” katanya. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/bekas-banduan-al-maunah-kekok-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Adun Bangi Amran Kasimin Meninggal Dunia

Bekas Adun Bangi Amran Kasimin Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 334 hits
Amran Kasimin merupakan Adun Bangi dari 2004 hingga 2008 dan bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia KUALA LUMPUR Bekas ahli Dewan Undangan Negeri Bangi Amran Kasimin meninggal dunia petang semalam pada usia 75 tahun Menantu beliau D...
Dr Amran Kasimin Yang Merupakan Bekas Adun Bangi Meninggal Dunia Petang Semalam

Dr Amran Kasimin Yang Merupakan Bekas Adun Bangi Meninggal Dunia Petang Semalam

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 938 hits
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi yang juga merupakan bekas akli Lembaga Pengarah Universiti Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Datuk Dr Amran Kasimin meninggal dunia petang semalam Menerusi akaun Facebook menantu Allahyarham iai
Perli Bekas Banduan Datang Kempen Slim Tapi Dalam Ceramah Ratip Najib Najib

Perli Bekas Banduan Datang Kempen Slim Tapi Dalam Ceramah Ratip Najib Najib

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 328 hits
Ada yang tak puas hati Najib datang berkempen tapi dalam masa sama dia ceramah sebut nama Najib Pelik sungguh di PRK Slim pun Boboi masih meratip Najib Najib Najib Walaupun bukan Najib yg bertanding kat situ Lagi pelik Dia selaku Presiden p...
Berkat Doa Ibu Dapat Pengampunan Agong Bekas Banduan

Berkat Doa Ibu Dapat Pengampunan Agong Bekas Banduan

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 262 hits
Foto hiasan MACHANG Sepanjang 20 tahun dalam penjara ibu tidak pernah putus berdoa supaya saya dibebaskan dan syukurlah doanya itu dimakbulkan melalui perkenan Yang di Pertuan Agong untuk pembebasan awal demikian luahan seorang bekas bandua...
Tak Putus Saya Dan Ibu Berdoa Kata Bekas Banduan Al Maunah

Tak Putus Saya Dan Ibu Berdoa Kata Bekas Banduan Al Maunah

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 234 hits
Sepanjang 20 tahun menjalani hukuman penjara Abang Li tidak putus putus berdoa selepas menunaikan solat fardu serta sunat tahajud dan duha agar dia dibebaskan dan mendapat perkenan pengampunan Yang di Pertuan Agong Ternyata usahanya itu tid...
Syarikat Kelapa Sawit Mahu Upah Bekas Penagih Banduan

Syarikat Kelapa Sawit Mahu Upah Bekas Penagih Banduan

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 351 hits
Gambar hiasan KUALA LUMPUR Syarikat syarikat kelapa sawit di Malaysia merancang untuk mengupah bekas penagih dadah dan banduan untuk menyelesaikan masalah kekurangan pekerja asing disebabkan pintu sempadan ditutup bagi membendung penularan ...
Urus Pertamina Malah Jadi Rugi Mantan Terpidana Kasus Penghinaan Agama Ini Diminta Kembali Ke Dunia Politik

Urus Pertamina Malah Jadi Rugi Mantan Terpidana Kasus Penghinaan Agama Ini Diminta Kembali Ke Dunia Politik

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 224 hits
Kehadiran mantan terpidana kasus penghinaan agama Basuki Tjahaja Purnama alias Ahok di tubuh PT Pertamina dianggap tidak bermanfaat Hal itu dikarenakan Pertamina mengalami kerugian mencapai 767 92 juta dolar AS atau setara Rp 11 33 triliun ...
Selangor Pengeluar Sarung Tangan Terbesar Dunia Hassan Azhari

Selangor Pengeluar Sarung Tangan Terbesar Dunia Hassan Azhari

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 331 hits
SEPANG 24 OGOS Selangor merupakan pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia kata ketua pengarah eksekutif Invest Selangor Berhad Dato Hassan Azhari Idris berkata ia susulan empat pengilang produk itu Top Glove Hartalega Kossan Rubber ser...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco