Bekas Ahli Al Maunah Cadang Ternak Lembu


Ahmad Rabiul Zulkifli Kuala Berang: "Saya tidak mahu lagi mengingati pengalaman lepas dan ingin memberi fokus kepada kehidupan sekarang, sudah 20 tahun perancangan hidup tertangguh kerana berada di penjara," kata Awie, 49, (bukan nama sebenar) ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu 24 di sini, hari ini.
Awie sebelum ini menjalani hukuman penjara sepanjang hayat mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong ketika menyertai pergerakan Al-Maunah pada 2000.
Bagaimanapun, anak kelahiran Kuala Berang itu dibebaskan awal selepas mendapat perkenan pengampunan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Kebangsaan ke-63 pada 17 Ogos lalu.
Awie berkata, dia mempunyai kemahiran menjahit dan mengukir yang dipelajari ketika menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang dan Penjara Marang.
"Insya-Allah, sekiranya ada peralatan yang mencukupi untuk menjahit atau mengukir dan memperolehi tempahan, saya boleh meneruskan pekerjaan itu di rumah.
"Buat masa sekarang peralatan untuk menjahit dan mengukir masih tidak ada, tidak boleh lagi memulakan 'kerja' itu walaupun ada penduduk yang mahu membuat tempahan mengukir," katanya ketika ditemui selepas diziarahi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Maliaman Kassim hari ini.
Menurutnya, selain berhasrat untuk membabitkan diri dengan seni kemahiran itu, dia juga akan menceburi bidang penternakan.
"Saya berminat untuk menternak lembu dan boleh memulakannya secara kecil-kecilan dengan menternak dua ekor lembu terlebih dahulu," katanya.
Bercerita mengenai perancangannya untuk berumah tangga katanya, dia memang menyimpan hasrat untuk berkahwin tetapi bukan dalam tempoh terdekat.
"Sejujurnya sebelum ditahan pada 2000, saya memang ada perancangan untuk berkahwin dengan bekas teman wanita.
"Namun perancangan itu tidak kesampaian malah bekas teman wanita juga difahamkan sudah berkeluarga dan mempunyai cucu.
"Ramai juga kenalan yang ingin menawarkan calon isteri tetapi masih terlalu awal untuk memikirkan mengenai jodoh tetapi saya tidak menolak takdir sekiranya jodoh itu sampai," katanya.
Sementara itu, Maliaman berkata, pengalaman Awie termasuk ketika menjalani tahanan di penjara boleh dijadikan pengajaran kepada masyarakat terutama golongan muda.
"Saya merancang mengumpul remaja dan pemuda yang pernah terbabit dengan masalah sosial termasuk jenayah dan penyalahgunaan dadah untuk mendengar perkongsian pengalaman yang pernah dilalui Awie.
"Semoga perkongsian daripada Awie itu akan menjadi pengajaran dan peringatan kepada golongan muda itu supaya sentiasa patuh kepada undang-undang," katanya.
Menurutnya, pihaknya juga akan mengenal pasti bentuk bantuan yang boleh diberikan untuk membantu Awie dalam memulakan kehidupan yang baru.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/bekas-ahli-al-maunah-cadang-ternak-lembu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Bekas Ahli Parlimen Pkr Silap Langkah Sertai Ppbm Kata Petugas Dap

2 Bekas Ahli Parlimen Pkr Silap Langkah Sertai Ppbm Kata Petugas Dap

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 371 hits
Willie Mongin dan Ali Biju adalah antara 10 bekas ahli PKR yang menyertai PPBM PETALING JAYA Dua ahli Parlimen yang keluar PKR untuk menyertai PPBM tersilap langkah kerana PPBM tidak memperjuangkan komuniti Dayak kata pembantu seorang pemim...
Sering Dibuli Oleh Ahli Iluv Bekas Idola Shin Minah Didedahkan Cuba Mengambil Nyawa Sendiri Lagi

Sering Dibuli Oleh Ahli Iluv Bekas Idola Shin Minah Didedahkan Cuba Mengambil Nyawa Sendiri Lagi

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 365 hits
Amaran Perbincangan mengenai cubaan bunuh diri Mengejutkan apabila seorang bekas idola daripada kumpulan wanita dikhabarkan cuba terjun daripada Jambatan Sungsan namun sempat diselamatkan oleh pihak polis Menurut pihak berkuasa mereka berge...
Tak Putus Saya Dan Ibu Berdoa Kata Bekas Banduan Al Maunah

Tak Putus Saya Dan Ibu Berdoa Kata Bekas Banduan Al Maunah

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 271 hits
Sepanjang 20 tahun menjalani hukuman penjara Abang Li tidak putus putus berdoa selepas menunaikan solat fardu serta sunat tahajud dan duha agar dia dibebaskan dan mendapat perkenan pengampunan Yang di Pertuan Agong Ternyata usahanya itu tid...
Pegawai Pmo Mof Ahli Bn Minta Saya Lindungi Najib Bekas Ceo 1mdb

Pegawai Pmo Mof Ahli Bn Minta Saya Lindungi Najib Bekas Ceo 1mdb

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 425 hits
1 763 total views 691 views today KUALA LUMPUR Semasa isu 1Malaysia Development Berhad heboh diperkatakan pada 2015 ramai orang termasuk ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low serta pegawai di Pejabat Perdana Menteri memberi...
Umno Tak Perlu Campur Isu Ahli Bukan Melayu Ppbm Annuar Beritahu Ku Li

Umno Tak Perlu Campur Isu Ahli Bukan Melayu Ppbm Annuar Beritahu Ku Li

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 441 hits
PETALING JAYA Gesaan pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah supaya menteri Kabinet mewakili parti itu berundur dari kerajaan susulan langkah PPBM membuka keahliannya kepada bukan Melayu hanya pandangan peribadi beliau kata ...
Kumpulan Politik Sabah Buat Laporan Polis Ke Atas Shafie 2 Ahli Warisan

Kumpulan Politik Sabah Buat Laporan Polis Ke Atas Shafie 2 Ahli Warisan

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 559 hits
Kumpulan politik Sabah buat laporan polis ke atas Shafie 2 ahli Warisan August 29 2020 7 04 PM 126 Shares 123 Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia G57 Zulkarnain Mahdar membuat laporan di IPD Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini KUALA LUM...
Nur Jazlan Setuju Dengan Ku Li Ahli Umno Mesti Keluar Dari Kerajaan

Nur Jazlan Setuju Dengan Ku Li Ahli Umno Mesti Keluar Dari Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 245 hits
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dinasihatkan berhenti berdagang bagi mendapatkan sokongan ahli Parlimen sebelum pembentangan bajet Oktober ini Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Johor Datuk Nur Jazlan Moham...
Ppbm Dulu Curi Ahli Parlimen Sekarang Umpan Parti Komponen Khaled

Ppbm Dulu Curi Ahli Parlimen Sekarang Umpan Parti Komponen Khaled

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 356 hits
Tahniah MIC kerana keluar PN Naib Presiden Umno Khaled Nordin mengucapkan tahniah kepada MIC kerana membatalkan hasrat menyertai Perikatan Nasional Dia menyifatkan tindakan itu sebagai tepat Katanya Bersatu sebagai parti teras PN tidak lagi...
Pengalaman 2 Tahun Bersama Chatgpt Kenapa Saya Pilih Plus Untuk 2025

Tempat Tempat Menarik Di Beijing China

Doa Ketika Hujan Lebat Takut Berlaku Mudarat

Konsert Dia Misha Omar 2025

Transcendent Two Stroke A Smokin Suzuki 125 From Taiwan

Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial

Obey The Law Top Cop Tells Turun Anwar Rallygoers

Cik B Terkejut Dengar Penjelasan Doktor Selepas Jalani Mri Scan Video


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Singgah Pasar Malam Sekolah

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Breakthrough Insights New Clinical Trial Results Unveil Potential Of Incretin Therapies

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar