Bekalan Ubatan Buat Bonda Dari Hospital Tunku Mizan


Bekalan Ubatan Buat Bonda Dari Hospital Tunku Mizan | Minggu lepas bonda buat check up di Hospital Tunku Mizan kali ke berapa yang dah tak terkira tapi tak pernah umi buat sebarang entri. Kalau beberapa bulan dulu, tugasan menghantar bonda ni memerlukan 2 orang sahaja iaitu Kak Ndak dan adik tapi kali ni perlu 3 orang sebab bonda makin tidak larat.


Kalau dulu, adik akan bawa kereta dan Kak Ndak akan jaga bonda dari berjumpa doktor hingga selesai dan adik akan tunggu untuk jemput bila selesai. Kali ni 3 orang diperlukan sebab umi akan bawa Kak Ndak dan bonda sementara adik akan bantu untuk memastikan bonda dapat naik ke kereta umi dan kemudian tunggu di HTM untuk bantu menurunkan bonda.


Seperti biasa Kak Ndak akan sediakan air mineral atau kuih atau cekodok untuk buat lapik perut sebab proses untuk berjumpa doktor tu sangat lama. Bayangkan kalau temujanji jam 10 pagi dan bonda akan menunggu lebih 5 ke 6 jam  sebelum dipanggil untuk diperiksa. Paling cepat jam 3.30 petang baru boleh selesai dan kemudian dapat slip untuk ambil ubat.


Tapi bab ambil ubat ni memang umi yang akan lakukan atau dulu Angah Ammar akan bantu sebab dia kerja dalam HTM. Kalau Kak Ndak nak ambil ubatan tu semua, rasanya jam 5 baru selesai dan pastinya bonda dah kepenatan sangat.


Bekalan Ubatan Buat Bonda Dari Hospital Tunku Mizan


Jadinya keeseokan hari atau sehari selepas tu baru umi mulakan tugas mengambil ubat. Nak dapat parking pun bukan mudah kat sini tapi lebih selesa sebab dekat dengan rumah. Kalau nak cepat kena pergi dalam jam 9 sebab pesakit yang ada temujanji masih tak ramai ke kaunter ubat


Kalau ambil ubat bonda ni umi kena ambil di kaunter ubat pesakit luar dan kaunter ubat di bahagian veteran. Kedua tempat ni memang kena ambil nombor dan menunggu. Lama atau tidak bergantung berapa ramai yang menunggu dan berapa ramai di kaunter


Sesiapa yang pernah ke Hospital Tuanku Mizan ni jangan risau bab makan sebab kat kantin di sini memang sedap-sedap juadah yang dijual cuma dah lama bonda tak ke sana sebab untuk ke sana akan mengambil masa dan bonda pun kalau makan pun agak perlahan. Bimbang juga terlepas  bila nombor dipanggil, Memang jenuh nak menunggu lama lagi



Nak tahu ubatan apa yang bonda harus makan?
Bekalan Ubatan Buat Bonda Dari Hospital Tunku Mizan

Talbina - makanan sunnah baik untuk kesihatan

1. Mecobalamin (methylcobal)
Kegunaan : Saraf
Pengambilan : 1 biji sekali makan 1 kali sehari selepas makan




2. Bromhexine HCL 8 MG Tab (Bisolvani)
Kegunaan : Cair Kahak
Pengambilan : 1 biji untuk 3 kali sehari




3. Calcium Carbonate 500 MG Tab
Kegunaan : Tulang
Pengambilan : 1 biji x 1 kali makan bersama makanan


4. Cartril-S 500mg capsule
Kegunaan : untuk tulang (Osteoarthritis)
Pengambilan : 1 biji untuk 2 kali sehari


5. Calcitrriol 0.25mg
Kegunaan : untuk tulang
Pengambilan : 1 biji x 1 kali lepas makan


6. Lyrica
Kegunaan : ubat tahan sakit saraf (penenang)
Pengambilan : 1 biji untuk 1 kali makan (malam)




Tu baru ubat dari Hospital Tunku Mizan yang merawat bonda untuk sakit tulang belakang dan nanti umi kongsi ubatan apa yang perlu bonda makan bila berjumpa doktor di Klinik Kesihatan Setapak.



Okay, next tarikh untuk ambil bekalan ubatan buat bonda pada 8 September 2022. Harapnya umi tak lupa tapi kalau lupa sehari dua, masih ok selagi ubatan masih ada kan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2022/07/bekalan-ubatan-buat-bonda-dari-hospital.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawatan Kosong Guru Dan Penyelia Di Sekolah Dalam Hospital

Jawatan Kosong Guru Dan Penyelia Di Sekolah Dalam Hospital

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 429 hits
Jawatan Kosong Guru dan Penyelia di Sekolah dalam Hospital ini merupakan hebahan terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan sebagai Penyelia dan Guru di Sekolah Dalam Hospital Se...
Dah Prepair Barang Standby Nak Ke Hospital Mua Bellaz Berdebar Tunggu Kelahiran Baby N

Dah Prepair Barang Standby Nak Ke Hospital Mua Bellaz Berdebar Tunggu Kelahiran Baby N

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 211 hits
Tinggal lagi dua minggu MUA Bellaz bakal menyambut kelahiran anak keempatnya yang dijangka bersalin pada penghujung bulan ini Menerusi Instagramnya MUA yang cukup disenangi ramai ini sudah pun mempersiapkan diri untuk ke hospital Malah kata...
Rumah Tangga Dibina 5 Tahun Hanc0r Wanita Dkwa Disihir Suami Dirampas Tukang Cuci Hospital

Rumah Tangga Dibina 5 Tahun Hanc0r Wanita Dkwa Disihir Suami Dirampas Tukang Cuci Hospital

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 245 hits
Luluh hati seorang wanita apabila mendkwa rumah tangga dibina selama lima tahun berakhir dengan penceraian gara gara orang ketiga Menerusi satu posting di laman Facebook wanita itu turut mendkwa rumah tangganya musnah akibat perbuatan sihir...
Polis Sahkan Penunggang Motosikal Keempat Meninggal Dunia Di Hospital

Polis Sahkan Penunggang Motosikal Keempat Meninggal Dunia Di Hospital

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 200 hits
Polis sahkan penunggang motosikal keempat meninggal dunia di hospitalPolis mengesahkan seorang lagi penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu awal pagi semalam meninggal dunia di Hospital Pulau Pin...
Fobia Nak Bawa Anak Keluar Sebulan Anak Di Hospital Sheera Iskandar Masih Takut

Fobia Nak Bawa Anak Keluar Sebulan Anak Di Hospital Sheera Iskandar Masih Takut

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 211 hits
Ibu mana yang sanggup melihat bayi kecilnya yang baru sahaja dilahirkan pada 22 Mei lalu terpaksa dimasukkan semula ke hospital selepas kelahirannya kerana masalah jangkitan pada paru paru Inilah yang dilalui Sheera Iskandar bila mana cahay...
Hospital Melaka Perlu Darah O Dan Ab

Hospital Melaka Perlu Darah O Dan Ab

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 480 hits
STATUS BEKALAN DARAH O dan AB Baru baru ini Tabung Darah Hospital Melaka menerima permintaan darah yang tinggi untuk beberapa pesakit yang dimasukkan ke Wad Kecemasan untuk pendarahan yang sangat banyak Salah satu kes ialah pesakit berumur ...
Islands Hopping In Tunku Abdul Rahman Marine Park

Islands Hopping In Tunku Abdul Rahman Marine Park

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 219 hits
What to do in Kota Kinabalu when you are not climbing the mountain If you have a day in Kota Kinabalu you may want to try out islands hopping at Tunku Abdul Rahman Marine Park The national marine park consists of 5 beautiful islands located...
Drugged 3 Year Old Boy Finally Discharged After 8 Day Stay In Hospital

Drugged 3 Year Old Boy Finally Discharged After 8 Day Stay In Hospital

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 278 hits
The child s mother is seen entering the Raja Perempuan Zainab II Hospital on Jun 22 2022 NSTP NIK ABDULLAH NIK OMARKOTA BARU The 3 year old boy hospitalised after being overdosed on drugs last month has returned home His mother said they re...
Kisah Benar Dari Rumah Mayat Pengalaman Seorang Petugas Hospital

Kisah Benar Dari Rumah Mayat Pengalaman Seorang Petugas Hospital

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 276 hits
Ayah aku bekerja sebagai petugas hospital selama 40 tahun Dalam bertahun tahun bekerja ayah pernah ditempatkan di unit kecemasan dan pernah juga menjadi tenaga pengajar di sekolah latihan kesihatan Sepuluh tahun terakhir sebelum bersara aya...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi