Bekalan Makanan Negara Stabil Tidak Perlu Panik


Noor Atiqah Sulaiman Foto hiasan BERNAMA PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menganggarkan keperluan antara 100,000 hingga 150,000 tan beras dalam tempoh dua minggu pelaksanaan sekatan pergerakan penuh, yang bermula esok.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata jumlah itu termasuk sekiranya berlaku pembelian panik oleh orang ramai.
Menurutnya, bekalan beras itu dapat ditampung berdasarkan kedudukan stok beras semasa sebanyak 764,000 tan pada masa ini yang berada di peringkat pengilang, pemborong dan peruncit.
"Bagi memastikan bekalan dan pengeluaran beras berterusan dan tidak terganggu, MAFI akan memastikan proses penanaman dan operasi kilang padi serta beras dapat beroperasi pada kadar yang dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.
"Ini termasuklah kebenaran pengedaran input pertanian seperti baja, benih padi dan penggunaan jentuai di sepanjang tempoh berkenaan.
"Penanaman dan penuaian padi pada masa ini sedang berjalan di beberapa negeri antaranya Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, MAFI berkata, pengedaran beras di peringkat pemborong dan peruncit juga dibenarkan untuk beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan setiap pelusuk daerah dan kawasan tidak terjejas dengan bekalan makanan utama itu.
Bagi stok semasa bekalan ikan negara pula, Ronald menganggarkan keperluan 185,000 tan sebulan ketika sekatan pergerakan penuh berbanding keperluan semasa sebanyak 155,000 tan.
"Sejumlah 89 Pasar Nelayan dan 33 Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Ikan (CCDC) masih beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh sekatan berkenaan.
"Bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ia tertakluk kepada arahan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan SOP yang ditetapkan," katanya.
Dalam pada itu, Ronald turut memaklumkan berdasarkan data bekalan komoditi, bekalan daging, ayam, telur dan susu turut mencukupi untuk keperluan negara.
"Untuk Jun ini, bekalan daging lembu dan kerbau dianggarkan sebanyak 22,590.58 tan, manakala bekalan daging ayam adalah sebanyak 125,067.61 tan.
"Bekalan telur ayam untuk Jun pula dianggarkan sebanyak 976,847,250 biji dan bekalan susu segar sebanyak 4,147,608.10 liter," katanya.
Tambahnya, bagi menjamin akses orang ramai terhadap keperluan bekalan makanan, MAFI turut membuka 43 lokasi Pasar Segar Terkawal (PST) di seluruh negara.
"Ia terdiri daripada 24 Pasar Tani Kekal, tiga MyFarm Outlet, 14 Pusat Operasi FAMA dan dua Agrobazaar berbanding 63 lokasi yang dibuka ketika PKP 1.0 yang lalu.
"Pengurangan ini disebabkan pelaksanaan SOP yang diperketatkan oleh MKN bagi menangani penularan gelombang ketiga COVID-19 yang kian meningkat," katanya.
Berikutan itu, Ronald berkata, bagi melancarkan semua aktiviti, pemain industri dan usahawan yang terbabit dalam rangkaian dan rantaian sektor berkaitan dinasihatkan untuk berhubung dengan Jabatan atau agensi bawah MAFI bagi mendapatkan surat pengesahan.
Ronald menegaskan MAFI akan terus komited untuk membantu pemain industri dan juga golongan petani, penternak dan nelayan dalam memastikan sektor pertanian dan industri makanan tidak akan terjejas berikutan penutupan sektor ekonomi dan sosial.
"Saya juga menyeru semua pengusaha agromakanan termasuk petani, penternak dan nelayan sentiasa patuh kepada SOP ditetapkan oleh MKN dan menjaga kesihatan diri sepanjang masa.
"Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat pembelian panik dan 'stock-piling' bahan makanan secara berlebihan yang boleh mengakibatkan keadaan di mana terdapat ketidaksamarataan dari segi akses bekalan makanan kepada orang ramai.
"MAFI juga akan terus bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta kementerian yang lain dalam memastikan bekalan makanan negara terus berada dalam tahap yang stabil, mencukupi dan terkawal sepanjang masa," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/bekalan-makanan-negara-stabil-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejoli Wn Inggris Pelanggar Aturan Karantina Dipulangkan Ke Negara Asal

Sejoli Wn Inggris Pelanggar Aturan Karantina Dipulangkan Ke Negara Asal

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 344 hits
Sejoli pelanggar aturan kekarantinaan kesehatan tersebut diinapkan di Rumah Detensi Imigrasi di Kali Deres Jakarta Barat
Maaf Saya Silap John Cena Mohon Maaf Ingatkan Taiwan Itu Negara

Maaf Saya Silap John Cena Mohon Maaf Ingatkan Taiwan Itu Negara

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 242 hits
BINTANG WWE dan pelakonfilem Fast amp Furious 9 John Cena memohon maaf kepada peminat di China apabila dia tersalah anggap Taiwan sebagai sebuah 8216 negara 8217 hingga menimbulkan kemarahan penduduk China Untuk pengetahuan Beijing melihat ...
Monako Negara Mungil Nan Indah Di Selatan Perancis Yang Jadi Primadona Tempat Liburan Artis Dunia

Monako Negara Mungil Nan Indah Di Selatan Perancis Yang Jadi Primadona Tempat Liburan Artis Dunia

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 469 hits
Monako adalah sebuah negara kaya yang memiliki pemandangan indah dan jalanan kotanya juga dijadikan sebagai sirkuit F1
Video Adakah Judi Sebagai Sumber Utama Negara

Video Adakah Judi Sebagai Sumber Utama Negara

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 241 hits
Orang ramai juga diingatkan supaya menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan dan syarikat kenderaan pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC sahaja bagi memastikan perkhidmatan diperolehi adalah terbaik dan selamat Pada masa ini Gelembung ...
Lembaga Pengarah 1mdb Bersandiwara Mengenai Dana Milik Umno Di Luar Negara

Lembaga Pengarah 1mdb Bersandiwara Mengenai Dana Milik Umno Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 246 hits
malaysiakini comDiterbitkan 27 May 2021 3 17 pmDikemaskini 3 20 pmLembaga pengarah 1MDB terlibat dalam sandiwara untuk menyembunyikan daripada rekod rasmi bahawa dana syarikat itu yang disimpan di luar negara adalah milik Umno kata bekas ke...
Diduga Rugikan Negara Rp1 68 M 3 Tersangka Korupsi Masker Di Banten Ditahan

Diduga Rugikan Negara Rp1 68 M 3 Tersangka Korupsi Masker Di Banten Ditahan

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 181 hits
Penyidik Kejaksaan Tinggi Banten menahan tiga tersangka korupsi pengadaan masker di Dinas Kesehatan setempat yang bersumber dari APBD Banten 2020 Mereka diduga telah merugikan negara Rp1 6 miliar
Selepas Panggil China Taiko Ruang Udara Pula Diceroboh Maruah Negara Dipijak O

Selepas Panggil China Taiko Ruang Udara Pula Diceroboh Maruah Negara Dipijak O

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 233 hits
MUKHLIS SHARIFSudah lebih lapan jam masih tidak ada apa apa respon daripada Menteri Pertahanan Menteri Pengangkutan ataupun Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia Tapi bab LRT yang bukan skop kerja dia bising bab kerja dia tak ketahuan ha...
Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Mca Should Reflect On Where Its Two Seats Are Akmal Shoots Back

Chegubard Mohon Maaf Di Mahkamah Kerana Memfitnah Anak Syarikat Mbi

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes

Syarikat Rakam Gambar Pekerja Mengular Dalam Tandas


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Nasi Ulam Simple Sedap

Panduan Pintar Menguruskan Wang Simpanan Untuk Masa Hadapan

Koleksi Resepi Dan Cara Mudah Buat Roti Bun Homemade Sendiri Di Rumah

Resepi Sup Telur Chinese Style

Apakah Itu Umami

Lelaki Ditahan Bakar Al Quran