Bekalan Ayam Kurang Kerana Tidak Capai Berat Standard Peniaga Di Perlis Catu Jualan Bernama 22 05 2022


 

PADANG BESAR, 22 Mei (Bernama) — Rata-rata peniaga ayam di Perlis bertindak mencatu penjualannya susulan tindakan pengeluar menghentikan operasi buat sementara, dikatakan berpunca daripada berat ayam di ladang yang tidak mencapai standard untuk dipasarkan.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perlis, Dr. Adam Abdullah Kwan berkata langkah mencatu jualan ayam itu dilaksanakan oleh para peniaga sendiri bagi membolehkan lebih ramai pelanggan mendapat peluang untuk memperoleh bekalan ayam.
"Catuan dilaksanakan sendiri oleh penjual dan bukan daripada arahan penguat kuasa. Saya dimaklumkan pengeluar akan menghantar 13,000 ekor ayam ke peniaga di negeri ini hari ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Seorang peniaga ayam yang ditemui, Ismanizam Ismail, 40, berkata beliau menghadapi masalah apabila pengeluar tidak dapat membekalkan ayam mengikut jumlah yang ditempah.
"Saya tempah 200 ekor ayam tetapi hanya dapat 20 ekor sahaja. Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun-tahun sebelum ini pula, biasanya saya dapat jual 1,000 ekor ayam, tetapi tahun ini hanya dapat jual 150 ekor ayam: katanya.
Beliau berkata tahun ini bekalan ayam paling merosot berlaku sejak sambutan Tahun Baharu Cina pada bulan Februari lepas.
Seorang lagi peniaga ayam, Wan Shahrul Wan Choh, 31 berkata semalam beliau tidak berniaga disebabkan tiada bekalan ayam yang diterima.
"Mungkin bekalan ayam ada tetapi pengeluar tahan dulu keluaran ayam," katanya.
Beliau berkata bekalan ayam untuk Hari Raya Aidiladha nanti tidak boleh dijangka kerana risau tiada bekalan.
Seorang pelanggan, Rogayah Ali, 38 berkata beliau terpaksa pergi mencari sehingga dua atau tiga kedai untuk membeli ayam, bagi membolehkan beliau berniaga pulut ayam.
"Saya pernah terpaksa menutup kedai sehingga tiga hari kerana tiada ayam yang dapat dibeli," katanya.
Di KUALA LUMPUR, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan meminta peniaga runcit membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) sekiranya ada pengusaha ladang ayam menaikkan harga bagi meraih keuntungan lebih.
Nadzim turut menasihati pengguna untuk menolak produk dari pengeluar yang tidak bertanggungjawab serta peka dengan sumber ayam yang diperolehi oleh pembekal.
"Tindakan beberapa pihak yang mendakwa terdapat ladang ternakan ayam yang tiada bekalan ayam adalah tidak bertanggungjawab dan tidak masuk akar katanya.


Artikel oleh: Bernama
BEKALAN AYAM KURANG KERANA TIDAK CAPAI BERAT STANDARD, PENIAGA DI PERLIS CATU JUALAN

https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2083472


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/06/bekalan-ayam-kurang-kerana-tidak-capai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penganjuran Rumah Terbuka Didakwa Jadi Punca Bekalan Ayam Kurang Kata Peniaga Ayam

Penganjuran Rumah Terbuka Didakwa Jadi Punca Bekalan Ayam Kurang Kata Peniaga Ayam

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 229 hits
Kategori viral Penganjuran rumah terbuka didakwa jadi punca bekalan ayam kurang kata peniaga ayam Editor KEKASIH GELAPMU Penafian Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanya sekadar hiasan semata mata harap mak
Chicken Supply Shortage Prompts Traders In Perlis To Ration Sales Bernama 22 05 2022

Chicken Supply Shortage Prompts Traders In Perlis To Ration Sales Bernama 22 05 2022

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 201 hits
PADANG BESAR May 22 Most chicken traders in Perlis have started rationing their sales following the producers action to halt operations temporarily said to be due to the weight of chickens produced by the farms not meeting the standard requ...
Alasan Tiada Bekalan Ayam Tidak Masuk Akal Ppim Majoriti 22 05 2022

Alasan Tiada Bekalan Ayam Tidak Masuk Akal Ppim Majoriti 22 05 2022

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 212 hits
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia menyifatkan tindakan beberapa pihak yang mendakwa tiada bekalan ayam di ladang ternakan sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak masuk akal Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata pengguna di Malaysia...
Ppim Saran Peniaga Ayam Bawa Isu Ayam Ke Mahkamah Samudera My 27 05 2022

Ppim Saran Peniaga Ayam Bawa Isu Ayam Ke Mahkamah Samudera My 27 05 2022

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 269 hits
KUALA LUMPUR 27 Mei 2022 Dalam isu ketiadaan ayam di pasar terbuka peniaga runcit boleh dan harus membuat laporan kepada pihak berkuasa di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia atau membawa perkara itu ke mahk...
Bekalan Ayam Henti Cetus Keresahan Pengguna Ppim Samudera My 23 05 2022

Bekalan Ayam Henti Cetus Keresahan Pengguna Ppim Samudera My 23 05 2022

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 229 hits
KENYATAAN MEDIAPersatuan Pengguna Islam Malaysia mengingatkan kepada pihak tidak bertanggungjawab agar tidak mencetuskan panik di kalangan pengguna Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi berkata pengguna di Malaysia sering menjadi alat oleh ...
Ayam Pencen Kurang Sambutan

Ayam Pencen Kurang Sambutan

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 361 hits
KUANTAN Ayam tua atau ayam pencen dijual peniaga di sini sebagai pilihan kepada ayam standard yang terjejas bekalannya sejak beberapa hari lalu tidak begitu mendapat sambutan pengguna Peniaga ayam Muhammad Amirul Assifa Zam 23 dia biasaya m...
Ppim Sambut Baik Langkah Hentikan Eksport Ayam Malakat Tribune 23 05 2022

Ppim Sambut Baik Langkah Hentikan Eksport Ayam Malakat Tribune 23 05 2022

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 220 hits
CYBERJAYA Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyambut baik langkah kerajaan dalam menangani krisis harga makanan di negara ini dengan menghentikan eksport ayam sebanyak 3 6 juta ekor sebulan bermula 1 Jun ini Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim...
Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Man City Bergaya Bedal Juventus

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Profesional Taktik Kotor Lee Jangwoo Dapat Tawaran Berlakon Ini Dikritik Netizen

Tarif Letrik Naik

Autoimmune Disease

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer