Bekalan Air Bersih Kepada 1 5 Juta Penduduk Selangor Mulai Malam Ini Span


PUTRAJAYA, 23 Dis (Bernama) — Bekalan air bersih akan mula disalurkan secara berperingkat kepada 1.5 juta penduduk di Selangor pada selewat-lewatnya malam ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Santiago.
Katanya pihak Air Selangor menyatakan kerja mengepam  air ke dalam loji telah bermula pada 1 tengah hari tadi bagi menstabilkan air di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan selepas itu air akan disalurkan kepada premis-premis pengguna terlibat.
“Jadi pada malam ini, air sepatutnya sudah mula disalurkan dan keluar secara berperingkat. Harapannya, dalam tempoh tiga hari, seluruh negeri Selangor akan dapat bekalan air sepenuhnya,” katanya dalam sidang media berhubung penutupan LRA Sungai Semenyih ekoran pencemaran bau, di sini hari ini.
Pencemaran bau air dilaporkan berlaku di Bandar Bukit Mahkota, Bangi yang terletak berhampiran loji kumbahan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).
Charles berkata siasatan mendapati kira-kira 50 meter padu sisa haram, telah mencemarkan sistem air sedia ada, disebabkan pembuangan sisa haram seperti minyak hitam, sisa lemak yang digunakan untuk makanan dan sisa industri.
Oleh itu, SPAN telah meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memantau restoran dan kedai makan, sama ada mereka menggunakan sistem gris atau perangkap minyak selain memantau pihak industri.
“Ini penting kerana kita dapati dalam lurang ada sisa lemak dari restoran. Kita minta PBT supaya pantau dan restoran yang didapati tidak guna gris atau perangkap minyak, akan dikenakan kompaun atau diminta mendapatkan perangkap minyak,” katanya.
Charles berkata tindakan susulan akan meminta IWK bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar untuk mengemukakan cadangan menaik taraf kawasan di loji rawatan air, menutup lurang dengan plug dan pemantauan 24 jam di kawasan loji.
“Kita telah minta IWK beri satu cadangan, supaya masalah ini tidak berulang kerana kawasan telah digunakan dua kali untuk mencemarkan air di Selangor. Oleh itu kita ambil isu ini serius dan saya memberi jaminan kalau IWK atau Air Selangor tidak mengikut pelan yang dibincangkan, SPAN akan ambil tindakan serius,” katanya.
Charles berkata SPAN telah membuat laporan polis semalam berkait insiden ini, selepas netizen telah menyuarakan pendapat insiden tersebut kemungkinan angkara sabotaj, kerana kejadian yang sama berlaku dua kali di tempat yang sama.
Beliau berkata juga dicadangkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan menggunakan sensor di lurang, supaya aktiviti haram akan dikesan IWK dan Air Selangor.
“Ini akan dihalusi dan cadangan tersebut akan dikemukakan kepada SPAN dalam dua tiga hari ini, supaya SPAN boleh membuat keputusan dan meminta peruntukan dari kerajaan untuk menaik taraf,” katanya.
Charles berkata SPAN juga akan mencadangkan kepada kerajaan untuk aktif semula ‘off-river storage’, supaya bekalan air bersih dapat disalurkan kepada pengguna, sekiranya berlakunya pencemaran di masa hadapan.
Sementara itu, Ketua Agihan Pengurusan Air Selangor, Siew Kelvin menggesa orang awam memaklumkan sebarang aktiviti pelepasan sisa secara haram, dan beliau akan mengemukakan kepada pihak pengurusan untuk memberikan ganjaran setimpal, kepada sesiapa yang memberi bukti dalam bentuk video dan gambar.
Sumber: BERNAMA
The post Bekalan Air Bersih Kepada 1.5 Juta Penduduk Selangor Mulai Malam Ini – SPAN appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/23/bekalan-air-bersih-kepada-1-5-juta-penduduk-selangor-mulai-malam-ini-span/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Betapa Rapuhnya Sumber Bekalan Air Bersih Kita

Betapa Rapuhnya Sumber Bekalan Air Bersih Kita

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 646 hits
1 Bekalan air di beberapa kawasan di Selangor terganggu lagi sejak beberapa hari lepas Puncanya loji Rawatan Air Sungai Semenyih sekali lagi tercemar dengan pencemaran bau 2 Ini kali kedua berlaku dalam tahun ini kali pertama pada bulan Sep...
Dah Masuk Zaman Kereta Terbang Tapi Pencemaran Air Di Selangor Berlarutan

Dah Masuk Zaman Kereta Terbang Tapi Pencemaran Air Di Selangor Berlarutan

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 315 hits
Ketua Pembangkang Selangor Rizam Ismail kenapa pihak kerajaan negeri tidak memberi keutamaan kepada isu air sedangkan negara sudah hendak masuk zaman kereta terbang Katanya beliau mengambil prihatin kepada seluruh 336 930 akaun pengguna yan...
Heboh Fenomena Bioluminescene Terjadi Di Pesisir Barat Lampung Air Laut Terang Di Malam Hari

Heboh Fenomena Bioluminescene Terjadi Di Pesisir Barat Lampung Air Laut Terang Di Malam Hari

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 705 hits
Ada fenomena baru yang terjadi di wilayah Pesisir Barat Fenomena bernama Bioluminescene membuat warga yang bermukim di sepanjang pesisir pantai keheranan Masyarakat Kabupaten Pesisir Barat sejak beberapa hari terakhir dihebohkan oleh fenome...
Water Supply Almost Fully Restored Says Air Selangor

Water Supply Almost Fully Restored Says Air Selangor

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 358 hits
Water supply has been almost fully restored to 98 4 percent of areas in Petaling Hulu Langat Sepang and Kuala Langat as at 6am after an odour pollution incident in Sungai Semenyih Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd Corporate Communications hea...
Air Mata Air Selangor Apa Dah Jadi

Air Mata Air Selangor Apa Dah Jadi

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 450 hits
Oleh EZAM MD NOORAIR SELANGOR Antara airmata rakyat dan kemewahan elit kaya raya Deal air Selangor mencecah RM2 billion Dari mana datangnya billion ini Dari kantung rakyat yang sengsara ini Kemana perginya billion ini Ke kantung elit politi...
Air Selangor Sukar Mb Gegar Vaganza

Air Selangor Sukar Mb Gegar Vaganza

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 550 hits
Seronokk yee MB Selangorrr nii layannn finall GV Masalahh airr Selangorr dahh selesaii kee Dato Serii Kesiann rakyatt Selangorr kenaa angkott airrr darii lorii kann Haaa tepokkk Tepokkk lagiii
Air Selangor Tambah 6 Pili Awam Salur Air

Air Selangor Tambah 6 Pili Awam Salur Air

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 523 hits
Air Selangor tambah 6 pili awam salur air Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 22 Dec 2019 10 32PM
Air Selangor Tiada Air Hingga Pencemaran Bau Capai 0 Ton

Air Selangor Tiada Air Hingga Pencemaran Bau Capai 0 Ton

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 313 hits
Operasi Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi tidak dapat dijalankan sehingga pencemaran bau di sumber air mentah Sungai Semenyih mencapai tahap 0 ton Foto oleh Dawn ChinKUALA LUMPUR 23 Dis Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd Air Se...
Bercuti 3 Hari 2 Malam Di Bangi Resort Hotel Bandar Baru Bangi Selangor

Bercuti 3 Hari 2 Malam Di Bangi Resort Hotel Bandar Baru Bangi Selangor

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 866 hits
Kami sekeluarga menghabiskan cuti Deepavali yang lepas dengan Bercuti 3 Hari 2 Malam Di Bangi Resort Hotel Selangor Pada mulanya kami mencari hotel yang berdekatan dengan kawasan Sungai Long kerana ada kenduri kahwin sedara di situ Cari pun...
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Kekal Sahabat

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean