Beginilah Jadinya Jika Terlalu Kreativiti Dalam Diri
Beginilah Jadinya Jika Terlalu Kreativiti Dalam Diri | Assalamualaikum dan Salam Shalawat atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W 'Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarganya'. Sebenarnya keinginan niat untuk projek DIY menanam pokok-pokok herba dan cili dalam bekas air botol mineral yang terbuang sudah lama di hajati.
Percubaan pertama menanam pokok-pokok cili tidak berjaya. Pasir yang tidak berkualiti sehinggakan semua anak-anak pokok cili mati begitu sahaja. Alhamdulillah, untuk projek DIY kali ke-2, hasilnya sangat puas hati dan berbaloi-baloi.
Tidak memerlukan tanah yang luas untuk bercucuk tanam. Hanya memerlukan ruang yang ada. Boleh dihiasinya dengan tanaman herba seperti pokok pudina, kesom, serai, limau purut dan sebagainya
Apabila di sebut dengan pokok kesom, MYiDEAKiNi guna daun ini di dalam masakan Asam Rebus Ikan Patin tapi sayangnya, daun kesom ketika itu tidak ditanam. Hanya dibeli di pasar segar berdekatan. Sebab itulah, MYiDEAKiNi cuba merealisasikan tanaman herba di halaman rumah. In Shaa Allah
Beginilah Jadinya Jika Terlalu Kreativiti Dalam DiriProjek DIY MYiDEAKiNi yang kali ke-2, adalah menanam pokok pudina di dalam bekas botol air mineral terbuang. Jadi sayang untuk membuang bekas-bekas yang boleh digunakan untuk tanaman, cuma telah membeli tanah baja kompos yang berkualiti tinggi untuk menanamnya.
Secara jujurnya, kualiti pasir yang di jual di pasaraya besar atau runcit sangat tidak berkualiti. Hasilnya MYiDEAKiNi tidak dapat menanam pokok-pokok herba seperti yang dimpikan.
Jadi MYiDEAKiNi kongsikan bahan mudah untuk tatapan semua.
#1 Tanah gambut @ kompos kelapa sawit
#2 Botol Mineral Terbuang yang sudah ditebuk lubang yang ditunjukkan
#3 Benih Batang Pudina
#4 Pisau & Gunting
#5 Soldering Iron (Untuk tebuk lubang)
#6 Alatan tambahan lain untuk sistem penyiraman seperti drip chamber sistem
Proses penuaian pokok pudina tidak memerlukan masa yang lama, MYiDEAKiNi hanya menggunakan batang pudina sebagai benih semaian.
# Selepas Hari Kedua
Batang semaian sudah mulai segar dengan siraman dan tanah baja yang digunakan. Pertambahan anak-anak daun pada batang semaian pudina tersebut
# Selepas 1 Minggu
Pokok pudina membesar dan daunnya yang lebat sehingga menutupi permukaan botol mineral. Hasilnya boleh dituai. Selamat mencuba :)
Beginilah Jadinya Jika Terlalu Kreativiti Dalam Diri
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.myideakini.com/2021/03/beginilah-jadinya-jika-terlalu-kreativiti-dalam-diri.html