Beg Impian Jadi Kenyataan Di Zalora
Beg Impian Jadi Kenyataan Di Zalora | Assalamualaikum..Zalora merupakan salah satu laman online shopping yang menjadi pilihan kebanyakkan rakyat Malaysia mahupun Brunei Darussalam untuk bershopping. Terdapat pelbagai barangan yang dijual di Zalora antaranya pakaian, aksesori, beg dan banyak lagi. Selain itu juga, service yang diberikan oleh Zalora sangat memuaskan hati dan layak diberikan 5 bintang! Kenapa 5 bintang? Kalau nak tahu kenalah baca entri ni sampai habis.
Saya sering ‘singgah’ di Zalora. Tak shopping pun, sekadar singgah dan cuci mata sahaja. Sambil sambil singgah saya letak barang yang menjadi impian saya ke dalam wishlist Zalora. Konon-konon nak tunggu duit masuk baru cashout. Malangnya perkara itu jarang berlaku kerana setiap kali ada duit rasa sayang pulak nak beli barangan yang saya rasa saya belum betul betul perlu. Bukan kedekut, tapi kena utamakan benda yang penting dulu. Betul tak?
PENGALAMAN PERTAMA SHOPPING DI ZALORA MALAYSIA
Sehinggalah pada suatu hari yang cerah saya menerima cash voucher bernilai RM140 daripada Zalora Malaysia. Salah satu daripada voucher tunai tersebut saya perolehi daripada giveaway HOTLINK dengan menjawab soalan yang diberikan. Soalannya “Bilakah Zalora mula ditubuhkan?” Saya cepat cepat bagi jawapan memandangkan masa tu tinggal 11 voucher lagi yang available. Nak tahu bila Zalora ditubuhkan? Zalora ditubuhkan pada tahun 2012.
Untuk menebus baucer tunai tersebut, saya dikehendaki untuk shopping di Zalora. Shopping di Zalora merupakan pengalaman pertama saya. Tipulah kalau tak kekok kan?
APA YANG SAYA BELI DI ZALORA
Saya mengambil kesempatan untuk shopping di Zalora sempena promosi jualan online Hari Raya Aidilfitri 2015. Banyak sangat pilihan di Zalora ni sampai saya jadi rambang mata. Almost tiga hari juga saya mengambil keputusan untuk beli barangan yang saya rasa saya betul betul inginkan. Dahsyat tak? Tu maksudnya dekat laman online shopping Zalora terdapat banyak barang yang best sampai susah nak buat keputusan. HEHE.
Apa yang saya telah beli? Sebuah beg tangan jenama Alfio raldo untuk diri sendiri dan kasut jenama ZALORA Seashells Printed Ballerina Loafers untuk cousin. Kalau nak tahu harga kedua dua barangan tersebut, anda boleh lihat di Zalora. Sebenarnya harga kedua dua barangan tersebut telah melebihi nilai voucher yang saya ada. Saya hanya perlu tambah beberapa ringgit sahaja lagi untuk cashout barangan tersebut. Setelah selesai membayar, saya hanya perlu tunggu barangan tersebut di pos ke salah satu daerah di Sarawak. Dalam masa tiga hari saya telah menerima barangan yang telah saya beli di Zalora dan barangan tersebut telah dibawa balik ke Brunei Darussalam. So HAPPYYYY!
TRANSAKSI GAGAL, VOUCHER TAK AKTIF
Nak dijadikan cerita, ketika saya shopping di Zalora saya menghadapi masalah untuk membayar jumlah barangan yang saya nak beli. Setiap kali buat pembayaran barangan tersebut, transaksi failed. Kali ketiga tiba tiba voucher saya tak aktif. I felt like ”WHATT????????!” Banyak kot nilai vouher tu tetiba tak aktif, siapa tak terkezut, tergamam dan terkesima kan?
Bila dapat tahu voucher tersebut tak aktif, saya cepat-cepat hantar email kat customer service Zalora. Tak sampai 30 minit saya dah dapat feedback dari pihak Zalora. Pihak Zalora mengatakan voucher tersebut telah digunakan untuk pesanan sebelum ni dimana pesanan tersebut tak sah. Saya sangka saya dah tak boleh guna voucher tersebut, tapi sangkaan saya tak tepat sama sekali. Pihak Zalora telah membatalkan pesanan tersebut dan saya boleh menggunakan voucher itu semula.
Customer service Zalora TERBAIK! Mereka tak menyalahkan saya sama sekali walaupun tu memang salah saya malah mereka melayan customer seperti VVIP. So kalau anda ada masalah ketika shopping di Zalora, jangan teragak agak untuk menghubungi customer service mereka. Staff yang melayan anda sangat mesra dan senang untuk berkomunikasi dengan mereka.
Konklusinya, saya sangat berpuas hati dengan servis dan barangan yang saya beli di Zalora Malaysia. Kepada Zalora Malaysia,terima kasih kerana memberikan cash voucher kepada saya, dengan voucher tersebut impian saya untuk memiliki beg tersebut menjadi kenyataan. Alhamdulillah. Nanti ada rezeki, nak shopping lagi di Zalora. ZALORA MALAYSIA MEMANG CLASSLAH! Sekian~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://creamylittlediary.blogspot.com/2015/07/beg-impian-jadi-kenyataan-di-zalora.html