Bedah Siasat Harimau Malaya Perlu Telus



LAPORAN lengkap mengenai prestasi skuad Harimau Malaya pada saingan Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura baru-baru ini perlu dibuat secara telus.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, laporan yang telus akan memudahkan Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dalam menetapkan hala tuju baharu skuad Harimau Malaya untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2023.
Beliau berkata, laporan lengkap tanpa menyembunyikan sebarang fakta amat penting bagi mengetahui sama ada pasukan negara masih berada di landasan tepat atau sebaliknya, selain mengambil maklum segala kekurangan untuk ditangani.
“Semua kena faham keputusan di Piala AFF menunjukkan terdapat kelemahan daripada segenap aspek, jadi semua pihak terlibat perlu menyediakan satu laporan yang telus untuk jawatankuasa menilai dan membuat tindakan susulan,” katanya pada Selasa.
Mohd Yusoff berkata, kedua-dua laporan lengkap dari pihak pengurusan dan kejurulatihan akan dinilai secara teliti oleh Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dipengerusikan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin pada mesyuarat yang dijadual berlangsung bulan depan.
Beliau yang juga pengurus skuad kebangsaan berkata, fokus utama mesyuarat tersebut adalah mengenal pasti punca kegagalan pasukan negara dalam mencapai sasaran layak ke final Piala AFF 2020 ditetapkan FAM selepas terkandas di peringkat kumpulan.
Katanya, mesyuarat berkenaan turut akan menumpukan terhadap segala faktor penyumbang kepada punca kegagalan dan kelemahan pasukan yang terserlah pada kejohanan dwitahunan itu yang berlangsung di Singapura.
“Kita tengok memang ada hiccups (sedikit kekurangan) yang jelas berdasarkan keputusan di Piala AFF dan ia menunjukkan banyak perkara perlu kita selaraskan semula atau pun diperbaiki untuk memastikan pasukan ini berdaya saing di kelayakan Piala Asia 2023 kerana sasaran kita untuk bermain di Piala Asia.
“Mesyuarat ini akan kaji dari segi pemain, pengurusan, kejurulatihan, apa yang perlu diperbaiki dan perkara mana perlu ditambah baik. Selepas itu baru jawatankuasa akan menentukan hala tuju baharu,” katanya sambil memaklumkan perincian hala tuju pasukan turut mengambil kira kedudukan ketua jurulatih.
Pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023 dijadual berlangsung pada Jun tahun depan.
Mohd Yusoff berkata, soal kesanggupan FAM membayar gaji tinggi kepada seseorang ketua jurulatih turut akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut seandainya terdapat keputusan untuk menggantikan pengendali terkini, Tan Cheng Hoe.
Pasukan negara menjadi tumpuan peminat dan pengkritik tempatan susulan kemerosotan prestasi dengan kemuncaknya pada kempen Kejuaraan Piala AFF 2020 apabila Malaysia selaku naib juara edisi 2018 gagal melangkah ke peringkat separuh akhir.
Harapan untuk melihat pasukan negara sekurang-kurangnya menyamai pencapaian tiga tahun lepas itu musnah selepas skuad bimbingan Cheng Hoe menamatkan saingan Kumpulan B di kedudukan ketiga di belakang musuh tradisi Indonesia dan juara bertahan Vietnam.
Malaysia yang melalui tempoh persiapan singkat dan mencabar terutama dari aspek ketersediaan pemain, memulakan kempen dengan cemerlang apabila membenam Kemboja 3-1 dan Laos 4-0, namun tewas di tangan Vietnam 0-3 dan Indonesia 1-4.
Senario itu sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kemampuan Malaysia menamatkan penantian lebih 40 tahun layak secara merit ke Piala Asia selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 1980 di Kuwait.
Layak ke Piala Asia 2023 adalah misi pasukan kebangsaan dalam Peta Hala Tuju FAM (F:30). – Bernama
‘Bedah siasat’ Harimau Malaya perlu telus
Baca Artikel Menarik:
Berlakon Bantu Mangsa Banjir, Sila Kembali Ke Hollywood – TMJ 2 ADUN Warisan keluar parti ikut langkah 3 ADUN sebelum ini Aksi rehat separuh masa pertama rentap nyawa pemain Majlis kahwin artis disiasat langgar SOP Taikun Cina rakan kongsi Mahathir – Najib Paru-paru Ebby Yus mungkin perlu ditebuk Kucing setia menunggu di pusara tuannya Tiada tindakan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM? Badrul Muhayat nafi melarikan anaknya KL Sentral Pasti Sunyi Tanpa Busking Dari Abang Meor, Pemergiannya Buat Ramai Sedih [VIDEO] Saya bukan sengaja memakai kostum Captain America bantu mangsa banjir Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Shila Amzah mangsa keganasan rumahtangga?

Damian pertahan tindakannya sambut Krismas

The post ‘Bedah siasat’ Harimau Malaya perlu telus appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/12/28/bedah-siasat-harimau-malaya-perlu-telus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harimau Malaya Lunyai Diganyang Indonesia

Harimau Malaya Lunyai Diganyang Indonesia

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 231 hits
Harimau Malaya lunyai diganyang Indonesia MISI Malaysia mara ke pentas semi final Piala Suzuki AFF 2020 lebur apabila tumpas 1 4 kepada Indonesia pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional Singapura sebentar tadi Berbanding Malaysia ...
Cheng Hoe Resigns As Head Coach Of Harimau Malaya

Cheng Hoe Resigns As Head Coach Of Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 155 hits
Tan Cheng Hoe has resigned as the head coach of the Harimau Malaya national football team This follows Malaysia s failure to qualify for the semi finals of the AFF Cup 2020 in Singapore last month the Football Association of Malaysia announ...
Tan Cheng Hoe Letak Jawatan Ketua Jurulatih Harimau Malaya

Tan Cheng Hoe Letak Jawatan Ketua Jurulatih Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 181 hits
Tan Cheng Hoe letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe telah meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan menurut Persatuan Bolasepak Malaysia Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar berka...
Jom Kita Baca Cerita Tangkap Harimau

Jom Kita Baca Cerita Tangkap Harimau

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 322 hits
Harimau kumbang masuk perangkap January 4 2022Harimau kumbang jantan itu memasuki perangkap selepas 11 hari mengganggu penduduk PETALING JAYA Seekor harimau kumbang berjaya ditangkap malam tadi selepas 11 hari menghantui penduduk Kampung As...
Dari Harimau Asia Jadi Harimau Kertas Di Bawah Pn Bn

Dari Harimau Asia Jadi Harimau Kertas Di Bawah Pn Bn

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 163 hits
Misi Pakatan Harapan mengambilalih pemerintahan negara pada Mei 2018 lalu adalah untuk mengembalikan kegemilangan Malaysia sebagai Harimau Asia yang memudar lewat skandal kewangan terbesar dunia 1Malaysia Development Berhad Dalam 5 tahun PH...
Wakil Keluarga Muhammad Hidayat Mohon Inkues Siasat Kematian Dalam Tahanan

Wakil Keluarga Muhammad Hidayat Mohon Inkues Siasat Kematian Dalam Tahanan

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 144 hits
December 17 2021Wakil keluarga Muhammad Hidayat Abdul Halim Ahmad Faiz Abdul Halim bersama wakil NGO Suara Rakyat Malaysia dan Gerakan Guaman Rakyat menghantar memorandum memohon prosiding inkues ke atas kematian abangnya ketika dalam tahan...
Sempena Hari Jadi V Bts Peminat Malaysia Adopsi Harimau Bengal Putih Atas Namanya

Sempena Hari Jadi V Bts Peminat Malaysia Adopsi Harimau Bengal Putih Atas Namanya

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 188 hits
Memandangkan hari ulang tahun V BTS semakin menghampiri banyak projek yang telah diadakan oleh peminat untuk meraikannya V terkenal dengan cintanya kepada harimau dan dia sering menggunakan emoji harimau untuk menggambarkan dirinya Diilhamk...
Cuaca Di Malaya Pada 18 Dan 19 Dis 2021 Dari Penerangan Megat Hisemudin Megat Kasim

Cuaca Di Malaya Pada 18 Dan 19 Dis 2021 Dari Penerangan Megat Hisemudin Megat Kasim

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 353 hits
PETIKAN DARITarikh 19 Disember 2021 Mengikut tiupan angin dan taburan hujan yg dicerap sekitar pukul 8 40 pagi ini Lembah Kelang telah tiada hujan dan matahari pagi bersinar terang Taburan kawasan hujan beralih ke utara dari Perak ke Perlis...
Wang Kertas Malaya 1 000 Jadi Tumpuan Acara Lelongan

Wang Kertas Malaya 1 000 Jadi Tumpuan Acara Lelongan

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 287 hits
Wang kertas 1 000 yang bakal menjadi tarikan ketika lelongan numismatik hujung minggu ini KUALA LUMPUR Sekeping wang kertas khas Malaya 1 000 dari 1959 yang tidak pernah dikeluarkan akan menjadi tarikan pada acara lelongan numismatik yang b...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok