Bebas Bersuara Tidak Bererti Bebas Memfitnah




 Oleh: Noraini Nordin

ULASAN: Dalam amalan demokrasi, semua orang bebas bersuara dan mengkritik apa sahaja yang dirasakan tidak kena.

Terutama apabila berkaitan pemimpin atau mereka yang ada kedudukan dalam parti, kerajaan atau pertubuhan.

Bagi seseorang pemimpin, mengkritik mereka adalah lumrah dan ramai yang boleh menerima dengan lapang dada demi kebaikan.

Hakikatnya, pemimpin perlu ditegur dan dikritik apabila terlihat melakukan sesuatu yang tidak bersesuaian, apalagi jika bercanggah dengan peraturan atau norma kehidupan.

Tujuan mengkritik atas nama kebebasan bersuara adalah semata-mata agar seseorang pemimpin itu sentiasa berhati-hati, sifar kesalahan atau tidak mengulanginya andai kata telah melakukan sesuatu yang salah.

Fitnah Dr Wan Azizah bersama isteri PM Israel

Minggu lalu, seiring dengan tercetusnya konflik perang antara Palestin dan Israel yang kemudian disusuli dengan kegigihan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengusahakan perdamaian, baik di dalam negara dan kemudian sewaktu melakukan lawatan ke Arab Saudi, Turkiye serta Mesir, tiba-tiba Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi sasaran kritikan sesetengah pihak, kononnya beliau tidak sensitif terhadap derita rakyat Palestin.

Gambar pada majlis meraikan isteri keyua kerajaan dimanipulasikan seolah olah Dr Wan Azizah rapat bersama isteri PM Israel
Ia berikutan tersebarnya gambar beliau bersama isteri beberapa pemimpin dunia, termasuk ada di dalam gambar berkenaan adalah isteri Perdana Menteri Israel, Sara Netanyahu.

Tanpa usul periksa dan tanpa menyemak fakta, ramai yang berkongsi serta menyebarkan gambar tersebut beserta keterangan yang mengkritik isteri Perdana Menteri itu.

Dr Wan Azizah dikritik lantaran digambarkan tidak sensitif dengan derita rakyat Palestin kerana dilihat sudi bergambar dengan Sara Netanyahu dan lebih parah lagi, beliau dipotretkan seolah-olah mempunyai pendirian yang kontras dengan suaminya sendiri iaitu Anwar.

Tanpa menyemak fakta, kritikan terhadap Dr Wan Azizah berkaitan gambar itu memang sesuatu yang boleh diumpamakan seperti “lauk yang sangat enak untuk dinikmati”.

Tetapi, setelah disemak fakta, mengaitkan gambar tersebut dengan konflik yang berlaku di Palestin adalah terang-terangan suatu fitnah yang nyata.

Kebebasan bersuara disalah guna

Ini kerana gambar itu diambil di New York ketika Perhimpunan Agung Tahunan PBB (UNGA) pada 21 September lalu, manakala konflik di Palestin hanya berlaku mulai 7 Oktober,

Dr Wan Azizah waktu itu mengiringi Anwar yang berucap di UNGA dan gambar itu ialah ketika isteri ketua-ketua kerajaan seluruh dunia diraikan oleh isteri Presiden Amerika Syarikat dalam satu jamuan makan malam.

Sudah tentu gambar itu tiada kaitan dengan konflik di Palestin dan menggunakan kebebasan bersuara untuk mengkritik Dr Wan Azizah sama sekali tindakan yang tidak kena.

Yang kena dengan perbuatan itu ialah ia merupakan suatu fitnah yang boleh mendatangkan dosa besar.

Oleh itu, sebelum mahu mengkritik atau mengviralkan sesuatu perkara, yang penting sekali adalah semak fakta terlebih dahulu.

Jika salah fakta, ia merupakan suatu fitnah walaupun dilakukan atas nama kebebasan bersuara.

Bebas untuk bersuara sama sekali tidak bermakna bebas untuk melakukan fitnah.

Fitnah tetap fitnah dan tidak menjadi halal atas nama kebebasan bersuara.

Diharap mereka yang membuat fitnah yang terlampau terhadap Dr Wan Azizah ini diambil tindakan oleh pihak berwajib sebagai satu pengajaran kepada orang lain.

_________________________________________________________________________________
Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat merangkap Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/10/bebas-bersuara-tidak-bererti-bebas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Disindir Tak Sokong Palestin Meerqeen Bersuara Bukan Semua Perlu Share

Disindir Tak Sokong Palestin Meerqeen Bersuara Bukan Semua Perlu Share

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 209 hits
Pelakon meningkat naik Meerqeen akhirnya bersuara selepas bertalu bertalu dikecam dan disindir warganet kerana tidak bersuara mengenai kekejaman yang berlaku di Gaza di platform media sosial Bukan semua perlu share Meerqeen Tegas pemilik na...
Perlu Ke Saya Tunjuk Kebaikan Di Media Sosial Elisya Sandha Bersuara Ditegur Seksi Amp Tiada Sensitiviti

Perlu Ke Saya Tunjuk Kebaikan Di Media Sosial Elisya Sandha Bersuara Ditegur Seksi Amp Tiada Sensitiviti

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 184 hits
Pelakon Elisya Sandha tampil bersuara mengenai teguran dan tuduhan warganet yang mengatakan dirinya tidak sensitif dengan isu yang sedang berlaku di Palestin Perlu ke tunjuk kebaikan di media sosial Elisya yang juga adik kepada aktres Fasha...
Asal Bersuara Mesti Nampak Bodo

Asal Bersuara Mesti Nampak Bodo

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 115 hits
MANTAN MEJAR JENERAL DAN DR YG DIKETAWAKANDulu saya terkejut bagaimana seorang Dr boleh mengatakan menu rahmah boleh membuatkan rakyat menghidapi kanser dan autisme Masa itu saya anggap dia terkena penyakit bebal kerana sikap kepartian Tapi...
Bebas Lelaki Direman Sprm Tahan Anggota Penguat Kuasa

Bebas Lelaki Direman Sprm Tahan Anggota Penguat Kuasa

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 274 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang anggota penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kelantan kerana disyaki menerima rasuah RM2 000 Harian Metro memetik Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain mengesahkan tangkapan itu untuk...
Buat Apa Sokong Perkara Keji Dituduh Sokong Israel Kevin The Boyz Tampil Bersuara

Buat Apa Sokong Perkara Keji Dituduh Sokong Israel Kevin The Boyz Tampil Bersuara

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 265 hits
Kevin telah tampil memberikan penjelasan terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya ARTIKEL BERKAITAN Sekarang sedang hangat isu mengenai krisis Israel Palestin malah konflik yang sedang berlaku di semenanjung Gaza itu juga sedang mendapat...
Nak Berperang Iman Saya Cetek Lagi Lantang Bersuara Isu Palestin Nadhir Nasar Tak Hirau Hilang Punca Rezeki

Nak Berperang Iman Saya Cetek Lagi Lantang Bersuara Isu Palestin Nadhir Nasar Tak Hirau Hilang Punca Rezeki

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 185 hits
Baru baru ini pelakon yang boleh dikatakan terkenal di antara kalangan anak muda Nadhir Nasar telah menyuarakan sokongannya terhadap negara Palestin oleh kerana situasi peperangan yang sedang berlaku di sana Berdasarkan pelakon muda ni dia ...
Laporan Polis Kebiadapan Ratu Fitnah Dalam Memfitnah Tindakan Terdesak

Laporan Polis Kebiadapan Ratu Fitnah Dalam Memfitnah Tindakan Terdesak

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 184 hits
Satu Laporan Polis oleh Angkatan Muda Keadilan terhadap fitnah mengaitkan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan perjumpaan yang kononnya dianjurkan oleh isteri pemimpin Israel beserta fitnah fitnah sisipan lain yang sengaja ditimbul...
Memalukan Mp Pas Memohon Maaf Selepas Sebuah Posting Memfitnah Ds Saif

Memalukan Mp Pas Memohon Maaf Selepas Sebuah Posting Memfitnah Ds Saif

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 318 hits
Ahli Parlimen Baling Hassan Saad memohon maaf susulan video yang dimuat naik di Facebook miliknya dengan persoalan sejak bila Pudin jadi juru nikah untuk pasangan bukan Islam Nauzubillahi min zalik Yang Dipertua Pas Baling itu mendakwa hant...
Ringgit Slips Against Dollar As Us Rate Cut Hopes Fade

Hard Rock Cafe S Annual World Burger Tour Competition Brings Locally Inspired Burgers To Genting Highlands

Fire Guts Tour Bus On Mex Highway

Navigating The Night How Moon Powered Navigation Is Revolutionizing Wilderness Survival

Digital Marketing For Business Success

Nst Turns 180 The Tun Reaches A Century And Media Council 50 Years In The Making Names Founding Members

Shila Amzah Diminta Berdamai Elak Aib Industri Terus Tular

Ceo Nvidia Puji Model Ai China Berkelas Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ming 37 02 Monolith Jam Tangan Dikenali Untuk Mereka Yang Mementingkan Gaya Dan Teknologi

Pertandingan Fotografi Wellcome 2025 Menggambarkan Persimpangan Antara Sains Kesihatan Dan Pengalaman Manusia

Demi Bekalan Akhirat Nabil Ahmad Penuhi Hasrat Ibu Bina Madrasah Bernilai Hampir Rm500 000

Pembuat Jam Mewah Lancar Motosikal Edisi Terhad Hanya 150 Unit Sahaja

Kursus Ahsas Madani Pada 14 07 2025 15 07 2025

Indonesia Terpaksa Jadi Pak Turut Untuk Dapat Tarif 19 Peratus