Bearing Motor Pecah
Assalamualaikum
Hai Semua.
Harini dah malam baru sempat update blog. Rasa sedikit letih mental fizikal akibat sedikit ujian di pagi hari. Motor kami salami kerosakan bearing tayar depan pecah sebab terlanggar lubang. Tayar skuter dah la kecil. Tu yang rosak kot?
Sebenarnya, Ahad lepas(kelmarin) incek suami ada membeli daun maman semasa kami dalam perjalanan balik rumah dari Segamat melawat ayah bonda di kampung. Dia beli 3 kilo konon nak buat stok rendang sebab dia suka makan rendang ayam campur maman. Penjual tu kata 3 kilo tu boleh campur dengan 2 ekor ayam.
Bila kita balik kampung, memang takda beli stok lauk la sebab biasanya membeli pada hari Sabtu. Nak buat semalam incek suami ke office tak sempat beli ayam. Pagi tadi selepas dia hantar anak ke KAFA terus dia ke Pasar Basah di Serdang nak beli ayam kot di sana boleh sembelih sendiri tapi takda. Yang ada cuma ayam yang dah siap disembelih.
Bila dia balik dengan kehampaan LM pelawa ajak ke pasar pudu cari ayam tempat biasa kami cari setiap minggu. Di sana memang boleh sembelih sendiri. Semasa nak gerak tu hari nampak dah mendung, sempat la incek suami capai baju hujan bawa sekali
Nak masuk highway ada bunyi sedikit pada tayar motor. Kami ingatkan sebab kurang angin tapi bila check okey Je. Bila dah masuk highway bunyi tayar semakin kuat. Try bawa laju biar boleh ke bengkel tapi bunyi sangat kuat sampai jadi takut nak bawa laju. Beberapa kali juga kami berhenti tepi jalan.
Sampai je bengkel terus hujan lebat mencurah - curah.
Hujan lebat. Pekerja suruh tunggu di dalam. Ada kerusi menunggu di situ. Alhamdulillah. Ops tu bukan motor kami. Motor kami sedang diperbaiki. Hati rasa gelisah bila tengok jam pukul 9.30 masih lagi tak siap repair motor. Mujur kebetulan kakak MC harini dia muntah dan cirit birit, minta dia ambil 2 orang adiknya dari Kafa dan siapkan adik untuk ke sekolah kebangsaan.
Selesai saja repair motor terus ke pasar beli ayam dan sedikit sayur.
Balik tu mujur sempat jumpa anak kecil tu sebelum mereka naik bas. Dapat la peluk cium dulu supaya tak rindu sangat menanti mereka pulang dari sekolah lewat petang.
Busy kemas ayam dan ikan. Prep barang basah ni memang makan masa berjam. Mujur kakak ada, Sakit pun terpaksa la dia bantu ummi. Sambil tu LM masak rendang ayam campur maman untuk encik suami. LM tak makan rendang yang Campur maman, LM asing dulu sebelum letak maman. Tapi, tak makan juga akhirnya walau dah asing tepi. LM makan hati ayam saja tadi masak campur kacang panjang.
Alhamdulillah dugaan kecil dari Allah buat kita lebih sabar. Rupanya ada hikmah si kakak sakit, dapat LM minta dia bantu urus adik. Kalau dia ke office memang menangis la LM bila motor rosak dan terlewat ambil anak dari kafa. Lewat sejam pula tu. Mujur kakak ada. Alhamdulillah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://lydiamiza.blogspot.com/2024/10/bearing-motor-pecah.html